BAB 36

300 4 0
                                    

Pagi ini, Salsabila Hana terlewat bangun untuk menyediakan juadah bersahur.  Sekarang  sudah jam 3.45 pagi. Dia perlu segera memasak. Menu yang ringkas iaitu sayur goreng, sambal telur dan  telur dadar. Setelah siap dia menghidangkan makanan. Dia perlu mengejutkan Harris Iskandar dan Nurin Inara.

“Tuan... Puan. Bangun” kejut Salsabila Hana sambil mengetuk pintu.

Harris Iskandar bangun disusuri Nurin Inara. Mereka membasuh muka terlebih dahulu sebelum turun ke bawah. Selepas itu, mereka ke ruang makan. Salsabila Hana sudah menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

“Emm… Lauk apa yang you masak ni, Hana” tanya Nurin Inara sambil mengosok mata.

“Maafkan saya, puan. Saya terlewat bagun tadi. Saya tak sempat masak. Menu yang simple je saya sempat masakan” jelas Salsabila Hana.

“Ala, you ni. Makan je lah. Dah lewat ni” ajak Harris Iskandar lalu menyuap nasi ke mulut.

Usai Harris Iskandar dan Nurin Inara bersahur. Harris Iskandar duduk di ruang tamu manakala Nurin Inara masuk ke dalam bilik.

“Hana……..Hana…….. Kau datang ke mari” panggil Harris Iskandar.

“Ya, tuan” balas Salsabila Hana berjalan menuju ke ruang tamu. Dia masih belum sempat mengemas dapur.

“Begini, esok pagi dalam pukul 10 pagi. Saya nak bawa kau dan Nurin ke butik. So, kita beli baju raya , okay. Tinggal seminggu je lagi kita dah nak raya ni. Satu apa pun kita tak beli lagi” beritahu Harris Iskandar supaya Salsabila Hana bersiap untuk keluar membeli persiapan lebaran.

“Baik, tuan” balas Salsabila Hana berlalu ke dapur untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

Jam menghampiri 9.45 pagi. Salsabila Hana sudah bersiap untuk keluar bersama Harris Iskandar dan Nurin Inara. Dia berasa gembira kerana Harris Iskandar pertama kali mengajaknya bersama. Sebelum ini, dia tidak berpeluang untuk membuat persiapan lebaran bersama Harris Iskandar.

“Sayang, cepat sikit. Hana dah tunggu ni” pekik Harris Iskandar sambil menuruni tangga. Dia melihat Salsabila Hana sudah siap menunggu mereka.

“Kejap la, sayang. I tengah siap ni” balas Nurin Inara lalu mengalas beg tangan dan menuruni tangga menuju ke arah Harris Iskandar.

Mereka bergerak menuju ke pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Harris Iskandar dan Nurin Inara memilih untuk ke Butik MySara. Butik MySara mempunyai pelbagai koleksi baju, jubah, dress yang cantik dan berkualiti. Salsabila Hana hanya mengikuti mereka berdua. Mereka mula memilih pakaian untuk dipakai untuk lebaran nanti.

“Haaaaa… Mahalnya baju ni RM 1,500.00..” tergamam Salsabila Hana melihat tag harga pada sepasang baju kurung.

“Hana… Pilihlah baju mana yang kau suka” suruh Harris Iskandar sambil mencari baju melayu yang sesuai dengannya.

“Sayang, warna kita sedondonkan?” tanya Nurin Inara sambil menunjukkan sepasang kurung moden berwarna dusty pink.

Mereka memadankan baju yang telah dipilih. Setelah hampir 2 jam mereka memilih. Mereka membuat keputusan untuk membeli beberapa pasang baju lagi untuk digayakan pada lebaran nanti.

“You, jangan ambil apa-apa pun!” larang Nurin Inara dengan berbisik ke telinga Salsabila Hana yang sedang leka memilih baju.

“Baik, puan” balas Salsabila Hana dengan meletakkan kembali baju yang dipegangnya. Tebantut semangat dia memilih baju.

“Sayang, dah siapkan.Mari kita bayar” ajak Harris Iskandar.

“Okay, sayang. I suka lah baju yang kita pilih tu
Tak sabar i nak pakai nanti” balas Nurin Inara dengan nada yang manja. Melentok kepalanya ke bahu Harris Iskandar.

Juruwang yang berada di kaunter terus mengira harga bagi baju yang dibeli oleh Harris Iskandar dan Nurin Inara seperti yang diarahkan. Harris Iskandar tidak nampak sehelai pun baju Salsabila Hana di situ.

“Hana, mana baju kau?” soal Harris Iskandar.

“Maaf, tuan. Mahal sangat harganya. Nanti saya beli kat pasaraya je. Murah sikit, tuan” balas Salsabila Hana sambil diperhati oleh Nurin Inara dari jauh.

“Ala, biarlah sayang. You bayarlah cepat” ajak Nurin Inara sambil menarik tangan Harris Iskandar ke kaunter bayaran untuk membuat pembayaran.

Setelah selesai membuat pembayaran. Mereka beredar dari Butik MySara. Harris Iskandar memegang tangan Nurin Inara. Mereka berdua berjalan seiringan. Salsabila Hana hanya mengekori mereka berdua dari belakang sambil membawa beg berisi pakaian yang dibeli oleh mereka tadi.

“Sayang, you nak beli apa lagi” bisik Harris Iskandar ke telinga Nurin Inara.

“Sayang, jom. I nak beli rantai leher lah. Tu kedai emas kat sana” balas Nurin Inara sambil menunding jari ke arah kedai emas di hadapan mereka.

“Okay, sayang. Everything for you” ajak  Harris Iskandar.

Nurin Inara dan Harris Iskandar meneliti setiap barangan kemas yang ada di kedai itu. Salsabila Hana hanya menanti di luar kedai.

"Untungnya Nurin. Baju dapat barang kemas pun dapat. Aku ni hanya boleh pegang dan tengok je" mengomel Salsabila Hana apabila melihat kemesraan Harris Iskandar dan Nurin Inara.

"Emm.. I nak yang nie, sayang" tunjuk Nurin Inara kepada Harris Iskandar.

"Okay, sayang" jawab Harris Iskandar sambil melihat gelagat Salsabila Hana yang berada di luar kedai.

"Sis, ambil yang ni" beritahu Harris Iskandar sambil menghulurkan sekeping kad kredit.

Harris Iskandar meninggalkan Nurin Inara sebentar. Dia pergi melihat Salsabila Hana yang duduk di sebuah kerusi di luar kedai.

"Hana.... Kau okay" soal Harris Iskandar.

"Maaf, tuan. Saya duduk sekejap. Saya rasa kurang sihat. Pening sikit" balas Salsabila Hana sambil mengangkat mukanya.

"Hana, ada darah kat hidung kau" tunjuk Harris Iskandar. Dia melihat darah sedang mengalir keluar dari hidung Salsabila Hana.

"Maaf, tuan. Saya tak perasan" terang Salsabila Hana sambil mengelap hidungnya dengan sehelai sapu tangan.

"Kau okay ke tak ni? Muka kau pucat sangat tu" tanya Harris Iskandar lagi.

"Saya okay, tuan. Itu pun, Puan Nurin dah keluar" balas Salsabila Hana sambil menunding jari ke arah Nurin Inara.

Mereka berjalan menuju ke tingkat bawah. Salsabila Hana dan Nurin Inara menunggu Harris Iskandar di pintu keluar. Salsabila Hana mula berasa sakit. Tetapi dia tetap gagahkan diri untuk berjalan.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now