BAB 76

313 4 0
                                    

"Hana.... Hana... Buka pintu ni" arah Harris Iskandar sambil mengetuk kuat pintu bilik.

"Ishhhh... Ke mana pula dia pergi pagi-pagi buta ni?" soal Harris Iskandar.

Harris Iskandar segera ke lobi untuk mendapatkan bantuan. Dia bimbang jika sesuatu yang buruk telah menimpa Salsabila Hana.

Seorang kakitangan hotel bersama Harris Iskandar menuju ke bilik Salsabila Hana dengan membawa kunci pendua. Setelah pintu dibuka, Harris Iskandar bergegas masuk ke bilik Salsabila Hana untuk melihat keadaannya.

"Hana... Hana.. Bangun" panggil Harris Iskandar sambil memangku kepala Salsabila Hana.

Salsabila Hana ditemui oleh Harris Iskandar dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kelihatan wajahnya yang pucat serta kesan darah yang mengalir dari tepi bibirnya.

"Hana... Kenapa ni? Maafkan abang. Abang perlakukan Hana sedemikian. Abang biarkan Hana keseorangan" bisik Harris Iskandar ke telinga Salsabila Hana.

Kakitangan hotel telah menghubungi klinik kesihatan yang berdekatan. Harris Iskandar cuba menyedarkan Salsabila Hana. Harris Iskandar mengendong Salsabila Hana turun ke lobi untuk menunggu ketibaan ambulans.

Salsabila Hana di hantar ke hospital berdekatan kerana keadaanya yang tidak stabil. Dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Harris Iskandar mengikuti ambulans yang dinaiki Salsabila Hana. Harris Iskandar begitu kesal dengan sikapnya yang pentingkan diri dan mengabaikan Salsabila Hana.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now