BAB 8

287 6 0
                                    

Hari yang dinanti telah pun tiba. Hari ini Salsabila Hana perlu menghadiri temujanji bersama Doktor Zulaika. Dia juga perlu membawa Harris Iskandar bersamanya.

"Tuan, Hari ni saya perlu ke hospital. Tuan boleh temankan saya tak?" soal Salsabila Hana kepada Harris Iskandar sambil menuangkan kopi ke dalam cawan di atas meja makan.

"Ohh.... Aku ada meeting pagi ni. Kau pergi sorang sahajalah" balas Harris Iskandar sambil menyuap nasi goreng kampung yang Salsabila Hana masakkan.

"Emmm. Baiklah tuan. Lagi satu, boleh tuan tumpangkan saya ke hospital?" pinta Salsabila Hana sambil memerhatikan Harris Iskandar yang leka menikmati sarapan.

"Ishhh kau ni. Aku dah lewatlah. Kau naik la teksi ke bas ke. Aku busy hari ni" arah Harris Iskandar lalu mencapai beg bimbitnya menuju ke garaj kereta.

Harris Iskandar menaiki kereta dan berlalu pergi meninggalkan Salsabila Hana tanpa ada sedikit pun rasa simpati. Dia tidak suka tumpangkan Salsabila Hana.

"Emmm... Nasib badan. Aku kena naik bas. Duit pun ada 50 ringgit je ni. Aku terlupa nak minta duit kat dia tadi" rungut Salsabila Hana sambil membuka dompetnya.

Salsabila Hana pergi ke hospital dengan menaiki bas. Masa yang diambil terlalu lama. 2 jam rasanya perjalanan untuk dia ke hospital. Dia perlu berjalan kaki untuk keluar dari perumahan untuk ke hentian bas. Jauhnya lebih kurang 2.5 kilometer. Jauh Salsabila Hana perlu berjalan.

Setibanya Salsabila Hana di Hospital Netro. Dia terus menuju ke kaunter pertanyaan. Setelah mendapat nombor giliran dia menunggu dengan penuh kesabaran. Kadang-kadang dia akan rasa juga kesakitan. Kesakitan yang masih lagi boleh ditahan.

Nombor gilirannya dipanggil, dia melangkah laju menuju ke bilik Doktor Zulaika. Jantungnya berdegup laju. Dia perlu mendengar dengan baik untuk mengetahui perkara yang sebenar.

" Assalamualaikum, doktor" sapa Salsabila Hana lalu masuk berjumpa Doktor Zulaika.

"Waalaikumusalam,Puan. Silakan duduk" balas Doktor Zulaika sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Salsabila Hana.

"Maafkan saya doktor, suami saya tidak dapat hadir. Dia ada hal pagi ni" terang Salsabila Hana.

"Okay Puan, begini. Di tangan saya ini adalah keputusan daripada hasil ujian yang pihak kami telah jalankan. Saya berharap puan dapat bertenang dan bersabar ye” terang Doktor Zulaika sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Salsabila Hana.

“Emmmm.. Saya sakit apa doktor? Teruk sangat ke sakit saya ni? soal Salsabila Hana dengan nada yang bergetar sambil mencapai kertas yang dihulurkan oleh Doktor Zulaika.

Salsabila Hana terus melihat dan membelik satu persatu apa isi kandungannya. Malangnya dia tidak dapat memahami apa yang tertulis. Dia perlu mendapatlan penjelasan daripada Doktor Zulaika.

“Okay, Puan. Sebelum itu, puan mesti datang berjumpa saya bersama waris atau penjaga puan untuk saya terangkan perkara selanjutnya” jawab Doktor Zulaika. Dia mula meneliti sesuatu selepas memperoleh keputusan x-ray Salsabila Hana. Salsabila Hana hanya memerhatikan gelagat Doktor Zulaika dengan perasaan ingin tahu.

"Begini puan. Daripada keputusan yang kita perolehi hari ni, puan didapati positif kanser" terang Doktor Zulaika memulakan perbincangan  sambil menyemak fail yang berada di atas mejanya.

"Emmmmm..... Saya positif kanser! Kanser apa doktor?" pintas Salsabila Hana dengan suara yang bergetar. Dia cuba menahan sebak yang mula bertamu di dadanya. Tetapi dia gagal mengawal air matanya daripada terus mengalir.

"Daripada hasil ujian yang dilakukan terhadap puan. Puan disahkan menghidap kanser otak stage 2" terang Doktor Zulaika.

"So.... What do I do?" balas Salsabila Hana ringkas.

"Begini puan. Puan perlu bawa waris atau penjaga bagi memulakan rawatan selanjutnya. Saya berharap puan dapat membawanya secepat mungkin" pinta doktor Zulaika. Dia memandang Salsabila Hana dengan penuh rasa simpati.

“Err... Kanser otak. Baiklah doktor, saya akan cuba bawakan penjaga saya" jawab Salsabila Hana apabila Doktor Zulaika menyarankan untuk dia membawa waris untuk menjalani rawatan selanjutnya.

"Baiklah, doktor. I try my best. Terima kasih doktor. Saya minta diri dulu” ujar Salsabila Hana sambil menghulurkan kedua tangannya untuk bersalaman. Dia tidak boleh duduk lama lagi di situ. Seperti ingin pecah jantungnya.Dia bangun dari kerusi dan terus melangkah pergi meninggalkan doktor Zulaika.

Dalam perjalanan, Salsabila Hana melangkah longlai. Dia dapat rasakan yang hanya kegelapan yang sedang menantinya.Terasa dirinya terumbang ambing dipukul ombak yang ganas. Terkapai-kapai keseorang mengharungi ombak badai. Perlu menempuhi liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak duri.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now