Pagi itu Harris Iskandar hadir semula ke pejabatnya yang sekian lama ditinggalkan. Dia perlu menyelesaikan beberapa urusan penting. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikannya. Sofea Adriana, Johari dan kakitangan yang lain turut membantunya.
"Sofea, siapkan kertas kerja yang saya dah semak tadi. Lagi satu awak jangan lupa check email sekali" arah Harris Iskandar.
"Okay, encik Harris" balas Sofea Adriana sambil mengambil thumb drive daripada Harris Iskandar dan berlalu pergi.
"Johari... Nanti kau teman aku jumpa Dato' Imran. Kita perlu berbincang mengenai projek menara di Ampang" beritahu Harris Iskandar supaya Johari pergi bersamanya.
Johari hanya menggangukkan kepala tanda setuju. Harris Iskandar kelihatan lebih bersemangat selepas pulang dari Paris. Dia begitu teruja untuk mengurus semula syarikatnya serta membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada syarikat.
Harris Iskandar perlu berkerja lebih masa bagi memastikan semua projek yang dikendalikan olehnya berjalan dengan lancar.
"Ishhhhh... Mana dia ni. Dah pukul 11.30 malam masih tak balik lagi. Aku call pun tak jawab" keluh Salsabila Hana apabila dia risaukan Harris Iskandar yang masih belum pulang.
"Aku kena call lagi. Aku nak tunggu dia di mana. Aku kena keluar cari dia ke?" bisik hati Salsabila Hana.
Salsabila Hana menunggu Harris Iskandar di luar rumah. Dia tidak dapat tidur selagi Harris Iskandar belum pulang ke rumah. Dia kelihatan begitu gelisah. Mundar mandir dia di luar rumah. Tidak lama selepas itu, kereta Harris Iskandar bergerak masuk ke garaj kereta.
"Alhamdulillah.... Dia selamat. Terima kasih Ya Allah" ucap Salsabila Hana melonjak kegembiraan apabila dia melihat kelibat Harris Iskandar keluar dari kereta.
"Abang dah balik. Abang nak makan, nanti Hana panaskan lauk" tegur Salsabila Hana.
Harris Iskandar hanya mendiamkan diri dan dia berlalu masuk ke rumah. Harris Iskandar masuk ke biliknya tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.
Salsabila Hana mengekori Harris Iskandar dan melihat Harris Iskandar sehingga hilang dari pandangannya. Dia segera ke dapur untuk siapkan makanan. Dia tak tahu samaada Harris Iskandar mahu makan atau tidak.
Usai selsesai mandi dan mengerjakan solat isyak. Harris Iskandar ingin terus tidur. Tetapi perutnya berasa lapar. Dia perlu mendapatkan sesuatu untuk dimakan.
"Abang nak makan nasi. Hana panaskan lauk" tanya Salsabila Hana.
"Aku nak air koko panas dan biskut je" balas Harris Iskandar.
"Baiklah, abang. Hana sediakan sekarang" ujar Salsabila Hana.
Salsabila Hana membancuh secawan air koko panas dan menghidangkan biskut kepada Harris Iskandar. Salsabila Hana melemparkan senyuman kepada Harris Iskandar. Harris Iskandar hanya memerhati gelagat Salsabila Hana.
"Terima kasih.. Aku masuk tidur dulu" ucap Harris Iskandar apabila dia telah selesai minum.
"Sama-sama kasih, abang" balas Salsabila Hana sambil mengambil cawan dan piring yang masih bersisa di atas meja.
Malam itu, Harris Iskandar tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik memikirkan Salsabila Hana. Perasaannya bercampur baur samada suka ada duka. Dia kasihan melihat Salsabila Hana yang masih mengharapkan sayang dan cinta daripadanya. Dia keliru dengan perasaan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...