BAB 18

332 5 0
                                    

Hampir jam 9.30 malam. Segala urusan di pejabat telah pun selesai. Harris Iskandar bergegas menuju ke keretanya yang  diparkirkan di tingkat bawah tanah. Dia terus memecut laju keretanya untuk pulang ke rumah. Jalan raya yang selalunya lenggang tetapi agak sibuk malam ini. Dia pula mahu segera pulang ke rumah untuk beristirehat selepas seharian penat berkerja.

"Haishh.. Kenapa traffic jam pula ni. Selalu aku lalu okay je. Adduhh...Letih kalau macam ni" rungut Harris Iskandar sambil meletakkan muka ke stereng kereta.

Harris Iskandar tersekat di tengah kesesakan lalu lintas. Dia tidak dapat keluar dari kesesakan itu. Lebih 1 jam berlalu, dia masih lagi berada di situ. Keretanya tidak berganjak walaupun seinci.

Harris Iskandar keluar dari keretanya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Setelah meninjau di luar kereta, dia dapati berlaku satu kemalangan. Trailer melintangi jalan dan perlu dialihkan. Kelihatan Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah tiba di lokasi kejadian. Laluan kontra dibuka untuk melancarkan laluan trafik. Akhirnya kesesakkan mulai reda. Dia terus memandu membelah embun malam yang mulai turun.

"Huhhhh. Sampai juga akhirnya, azab betul kalau malam-malam buta kena tempuh traffic jam ni" rungut Harris Iskandar. Segera dia turun dari kereta dan terus masuk ke rumah. Di matanya hanya terbayang bantal dan katil.

Usai mandi dan solat, Harris Iskandar merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk. Sengal seluruh badannya sambil memicit-micit bahunya.

"Huhhh...Kan seronok kalau ada orang yang tolong urutkan badan aku" fikir Harris Iskandar apabila dia terasa seronok jika ada yang mengurutnya. Tersenyum sendiri.

"Nurin Inara..... Rindunya. Ke mana lah dia menghilang selama ni"  nama itu terkeluar dari mulut Harris Iskandar. Fikirannya mula memikirkan Nurin Inara.

Ingatannya mula berputar ketika waktu tengahari tadi. Sewaktu Harris Iskandar bersama Johari keluar untuk makan tengah hari. Dia terserempak Nurin Inara. Ditatapnya sekeping kad yang diperolehinya tengahari tadi.

"Opsss.... Sorry. I  tak perasan you tadi" Nurin Inara memohon maaf  apabila dia terlanggar seorang lelaki tanpa sengaja. Dia juga telah menumpahkan secawan kopi panas.

"It's okay. I'm fine. Please be careful next time, okay" balas Harris Iskandar dengan nada yang agak tinggi ketika menundukkan kepala untuk melihat bajunya yang kotor akibat tersiram kopi panas yang ditumpahkan oleh Nurin Inara.

"Harris... You kan" sapa Nurin Inara apabila dia sedar yang dia telah terlanggar Harris Iskandar. Pantas tangannya mengangkat muka Harris Iskandar yang sedang membersihkan bajunya dengan sehelai sapu tangan.

"Yup.." jawapan ringkas Harris Iskandar. Terpana matanya melihat gadis jelita di hadapannya. Jantungnya bagaikan dirantap kencang.

"Emmmm... You ni, takkan dah tak kenal i. I'm Nurin Inara" ujar Nurin Inara sambil menarik tangan Harris Iskandar untuk duduk di meja yang sama dengannya. Harris Iskandar hanya mengikut.

"Sayang, you ke ni?" soal Harris Iskandar yang terkejut apabila tidak menyangka dia akan berjumpa dengan Nurin Inara.

"Of course, sayang" balas Nurin Inara dengan nada yang menggoda. Direnungnya Harris Iskandar dengan renunggan yang tajam.

"Okay sayang, I'll get going. You call me later. Bye, sayang" ucap Nurin Inara berlalu pergi. Dia menghulurkan sekeping kad kepada Harris Iskandar.

Harris Iskandar seperti terpukau. Lidahnya kelu. Dia hanya mampu memandang Nurin Inara berlalu pergi tanpa sempat berkata apa-apa.

"Ya Allah... Aku terlupa jemput Hana petang tadi" mengeluh Harris Iskandar apabila dia tersedar dari lamunan.Dia telah berjanji untuk menjemput Salsabila Hana dari hospital petang tadi.

"Emmm.. Lantak dialah, esok pagi aku jemput dia. Aku betul-betul terlupa" ucap Harris Iskandar apabila dia mula teringatkan Salsabila Hana yang selalu menyusahkannya. Dia terlupa menjemput Salsabila Hana kerana hari ini dia begitu sibuk  dengan pelbagai masalah dan urusan. Muncul pula Nurin Inara yang selalu difikirkan oleh Harris Iskandar.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now