BAB 42

311 5 0
                                    

Azan maghrib mula berkumandang. Mereka semua sudah siap sedia di meja makan menanti untuk berbuka puasa. Makanan telah pun Salsabila Hana hidangkan, hanya menunggu masa untuk dijamah. Salsabila Hana berbuka puasa keseorangan di dapur. Dia tahu yang fia tidak diperlukan. Azan maghrib berkumandang. Salasabila Hana meneguk segelas air putih untuk menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa.

"Alhamdulillah, syukur dengan nikmat-Mu Ya Allah" bisik hati Salsabila Hana. Lalu meletakkan kepalanya ke atas meja. Keletihan setelah seharian tanpa henti melakukan kerja. Hilang selera makannya semenjak kebelakangan ini.

"Hana... Hana..." panggil Puan Sri Aisyah.

"Ya, Puan Sri. Ada apa-apa yang tak cukup?" jawab Salsabila Hana datang dengan tergesa-gesa.

"Ishhh.. Kenapa hidung kamu berdarah tu?" tanya Puan Sri Aisyah. Tan Sri Hizuddin hanya memerhatinya dari jauh. Harris Iskandar dan Nurin Inara juga melihat dari jauh.

"Ohhh... Maaf, Puan Sri. Saya tak perasan tadi" balas Salsabila Hana lalu menyapu darah di hidungnya dengan tangan.

"Hana.. Marilah makan sekali" ajak Puan Sri Aisyah sambil menepuk kusyen kerusi di sebelahnya.

"Terima kasih, Puan Sri. Saya dah ada makanan di dapur" jawab Salsabila Hana segera berlalu ke dapur.

Usai berbuka puasa. Masing-masing beransur pergi  meninggalkan meja makan. Salsabila Hana mengemas meja makan. Dia berharap yang tugasnya untuk malam ini sudah berakhir. Salsabila Hana tidak dapat ke masjid untuk solat sunat tarawih malam ini kerana keletihan dan dia memerlukan cukup rehat supaya kembali segar.

Salsabila Hana masuk ke bilik untuk bersihkan diri. Usai solat maghrib, dia melipat baju yang berada di dalam bakul sambil menanti azan isyak. Dia ingin tidur selepas selesai solat isyak.

Azan isyak sudah kedengaran. Salsabila Hana mengerjakan solat isyak. Dia sudah menutup lampu dan berbaring di katil. Dia terlupa memakan ubat. Dia juga risau jika sakitnya datang di hadapan mertuanya. Selesai makan ubat, Salsabila Hana terus terlelap. Tidur nenyak dia malam itu.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now