Beberapa bulan berlalu, begitu pantas masa berjalan. Sedar tak sedar Salsabila Hana terus bertekad untuk membahagiakan Harris Iskandar sehingga ke akhir hayatnya. Tetapi apa yang diharapkan oleh Salsabila Hana terhenti di tengah jalan. Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitulah keadaan yang perlu dilalui oleh Salsabila Hana.
"Hana... Bawakan segelas susu" arah Nurin Inara.
"Baik, puan" balas Salsabila Hana berlalu ke dapur.
Ketika itu Harris Iskandar bersama Nurin Inara sedang menonton televisyen. Harris Iskandar langsung tidak menghiraukan Salsabila Hana lagi. Sekarang cinta pertamanya sudah kembali ke sisi. Dia tidak perlukan lagi Salsabila Hana di sisinya.
"Ishhhh... Apa you bawa ni, i minta milo panas bukan susu panas" pekik Nurin Inara sambil menyimbah susu panas ke muka Salsabila Hana.
"Ya Allah.... Maafkan saya, puan" pinta Salsabila Hana berlalu ke dapur semula.
"You tengoklah Hana tu, sayang. I minta lain dia bawa yang lain" adu Nurin Inara sambil meletakkan kepalanya ke bahu Harris Iskandar.
"It is up to you, sayang" jawab Harris Iskandar ringkas.
Salsabila Hana dilayan seperti orang gaji semenjak Nurin Inara kembali ke sisi Harris Iskandar. Harris Iskandar juga tidak langsung menghiraukan Salsabaila Hana.
Salsabila Hana mengalami kesan melecur di bahagian pipinya kerana disimbah susu panas oleh Nurin Inara. Salsabila Hana hanya mampu menangis seorang diri. Tiada sesiapa lagi yang memperdulikannya termasuklah suaminya sendiri. Kesedihan sahaja yang datang menjengah dirinya ketika itu.
"Ya Allah....Sakitnya" Salsabila Hana mengerang kesakitan.
Salsabila Hana cuba sedaya upaya untuk bertahan. Lalu dia masuk ke dalam biliknya dan meninggalkan Harris Iskandar serta Nurin Inara di tuang tamu. Salsabila Hana sudah tidak mampu lagi bertahan untuk memenangi cinta daripada Harris Iskandar kerana hatinya yang asyik terluka.Dia perlu redha dengan apa yang telah terjadi.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...