BAB 33

321 4 0
                                    

Setelah seminggu menjalani ibadah puasa, Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah mengajak Harris Iskandar, Nurin Inara dan Salsabila Hana berbuka puasa bersama mereka di vila Orkid.

Harris Iskandar mengajak isteri-isterinya untuk berbuka puasa bersama Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah. Nurin Inara dan Salsabila Hana mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Harris Iskandar.

"Sayang duduk di depan" arah Harris Iskandar supaya Nurin Inara duduk disisinya. Dia perlu mengambil semula hati Nurin Inara yang semakin jauh darinya.

Nurin Inara mengikut sahaja kehendak suaminya supaya dia duduk di kerusi penumpang hadapan. Manakala Salasbila Hana duduk di kerusi belakang. Harris Iskandar memandu kereta membelah jalan yang sentiasa sibuk. Di dalam kereta, mereka semua diam membisu sehingga sampai ke Vila Orkid.

"Assalamualaikum, mama papa" sapa Harris Iskandar setelah dia turun dari kereta. Mereka disambut oleh Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah.

"Waalaikumusalam, Harris. Masuklah dulu" jawab Tan Sri Hizuddin menyambut salam dari anaknya.

Nurin Inara dan Salsabila Hana bersalaman dengan Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Hizuddin. Mereka diajak ke ruang tamu memandangkan baru jam 3.30 petang. Masih awal lagi.

"Mama, apa khabar?" tanya Salsabila Hana tetapi Puan Sri Aisyah sibuk melayan Nurin Inara tanpa menghiraukan Salsabila Hana. Dia tahu yang dia tidak diperlukan di situ. Dia bukanlah menantu pilihan mertuanya. Sampai hati Puan Sri Asiyah tidak memperduli Salsabila Hana.

"Tuan, saya ke dapur dulu" beritahu Salsabila Hana kepada Harris Iskandar. Harris Iskandar hanya mengangguk sebagai tanda faham.

Di dapur, kelihatan Mak Timah sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Mak Timah leka melakukan kerja sehingga tidak perasan kehadiran Salsabila Hana.

"Assalamualaikum, Mak Timah" sapa Salsabila Hana menghampiri Mak Timah yang sedang leka menyiang ikan.

"Waalaikumusalam. Hana, apa khabar? Kenapa pucat je muka ni? Hana mengandung ke?" jawab Mak Timah dengan mesra.

"Ishhhh.. Mak Timah ni, merepek je. Hana sihat je. Mak Timah sihat ? Hana rindu sangat Mak Timah. Leka betul Mak Timah menyiang ikan ye, sampai Hana masuk pun tak perasan?" balas Salsabila Hana apabila Mak Timah sambil memeluk Mak Timah dari belakang.

"Biar Hana tolong Mak Timah ye" tanya Salsabila Hana lalu mengambil sebilah pisau untuk memotong sayur kubis.

Salsabila Hana dan Mak Timah sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa. Mereka saling bantu - membantu. Sehingga mereka terlupa solat asar.

" Ya Allah.. Mak Timah. Kita belum solat asar lagi. Hana naik bilik dulu ye. Nanti Hana tolong Mak Timah tau" beritahu Salsabila Hana. Dia terus ke bilik Harris Iskandar yang terletak di tingkat 3.

Salsabila Hana masuk ke bilik Harris Iskandar setelah dia mendapati tiada sesiapa di bilik itu. Salsabila Hana segera masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai Salsabila Hana solat. Dia berehat sebentar sambil duduk di birai katil. Tiba-tiba hidungnya berdarah. Segera dia mencari tisu tapi tiada. Dia menarik laci almari dan tercari-cari tisu malangnya tiada. Dia terpaksa menahan darah dari hidungnya daripada terus mengalir.

"Hoiii.... Kau buat apa tu? Kau mencuri ye" tengking Nurin Inara apabila dia melihat Salsabila Hana menyelongkar laci di bilik Harris Iskandar.

"Kenapa, sayang" tanya Harris Iskandar lalu mendapatkan Nurin Inara.

"You nampak tak, sayang. Dia mencuri" terang Nurin Inara sambil menunding jari kepada Salsabila Hana yang tergamam apabila ditengking oleh Nurin Inara.

"Hana, kau nak mencuri apa? tanya Harris Iskandar. Dia meninjau-ninjau laci yang masih terbuka. Kosong sahaja.

"Maafkan saya, tuan. Saya cari tisu tadi" jawab Salsabila Hana. Darah masih lagi mengalir dari hidungnya. Dia cuma dapat menyapu darah yang mengalir menggunakan tangannya.

"Ohhh... Kenapa cari tisu di sini? Dalam bilik mandi kan ada" beritahu Harris Iskandar sambil jarinya menunjuk ke arah bilik mandi.

"Baik, tuan. Saya pergi dulu" balas Salsabila Hana pergi ke bilik mandi dan terus turun ke dapur.

Salsabila Hana cuba untuk menghentikan darah yang masih mengalir tetapi gagal. Dia mencari tuala kecil di setiap laci dapur. Dia perlu segera membersihkan darah dihidungnya dari dilihat Mak Timah. Dia masuk ke dalam tandas. Dia cuba sedaya upaya menghentikan darah daripada terus mengalir.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now