Salsabila Hana kelihatan begitu gembira dengan situasi sekarang apabila pemintaannya untuk memanggil Harris Iskandar dengan panggilan abang telah tertunai. Dia cuba mengambil hati Harris Iskandar dengan mencipta beberapa kenangan bersama. Setiap darinya akan dicatatkan di dalam diari miliknya.
Harris Iskandar begitu sibuk dengan urusan kerja di pejabat yang perlu diuruskanya. Dia juga perlu ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat yang akan diadakan di sana. Harris Iskandar ingin membawa Salsabila Hana bersamanya.
"Hana... Next week ikut abang" beritahu Harris Iskandar.
"Emmmm... Abang nak Hana ikut abang ke mana? Buat apa abang?" tanya Salsabila Hana apabila Harris Iskandar mengajaknya.
"Abang ada meeting di Langkawi. So abang kena stay sana. Abang kenalah bawa Hana sekali. Betul tak?" balas Harris Iskandar sambil tersenyum melihat gelagat Salsabila Hana masih tertanya-tanya.
"Oh.... Ingatkan apalah tadi. Okay je abang. Hana akan ikut abang nanti ye" ujar Salsabila Hana.
Kehidupan Salsabila Hana dan Harris Iskandar mulai mesra. Mereka juga sudah boleh bergaul mesra, gelak ketawa dan kadang-kadang seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Tetapi Salsabila Hana tahu hubungan yang tercipta hanyalah sementara. Terdapat garis pemisah antara mereka berdua.
"Oh ya... Bila pula rawatan kimoterapi, Hana?" tanya Harris Iskandar.
"2 minggu lagi. Kenapa abang?" soal Salsabila Hana kembali.
"Oh.. Okaylah... Lepas kimo abang ingat nak bawa Hana pergi bercuti di Cameron Highland pula. Hana suka tak?" beritahu Harris Iskandar mengenai perancangannya.
"Emmmm... Insha Allah Hana okay je. Tapi Hana takut kalau di sana nanti Hana sakit. Kesian kat abang pula" terang Salsabila Hana apabila semenjak kebelakangan ini dia sering kali sakit.
"Tak apa, Hana. Abang akan jaga Hana. Hana janganlah risau. Abang okay je" balas Harris Iskandar.
"Baiklah abang. Hana ikut saja perancangan abang. Hana akan sentiasa berada di sisi abang hingga akhir hayat" jawab Salsabila Hana.
Salsabila Hana risau jika ketika dia diserang sakit. Dia akan menyusahkan Harris Iskandar. Dia tahu keadaan kesihatannya yang kian merosot. Dia tidak mampu untuk memberitahu Harris Iskandar mengenai jangka hayat untuk dia terus bertahan.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...