Bergema takbir raya di pagi lebaran. Ada suka ada duka di sebalik wajah Salsabila Hana. Dia cuba untuk membuat hatinya gembira. Dia gembira melihat kelurga Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah. Mereka berkumpul di ruang tamu untuk bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain. Salsabila Hana juga turut serta.
"Selamat hari raya, papa mama. Maafkan salah silap Hana sepanjang Hana bersama papa dan mama" ucap Salsabila Hana sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah.
"Papa dan mama pun sama juga Hana" balas Tan Sri Hizuddin serentak dengan Puan Sri Aisyah dengan senyuman dan pelukan sesama mereka.
"Selamat hari raya , abang. Maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum Hana selama kita bersama. Maafkan Hana kerana tidak mampu menjadi isteri yang terbaik" ucap Salsabila Hana sambil mencium tangan suaminya. Dia berasakan yang syawal tahun ini adalah yang terakhir.
"Selamat hari raya Hana. Aku maafkan salah silap kau. Maafkan aku juga" balas Harris Iskandar sambil diperhatikan oleh Nurin Inara.
Salsabila Hana mahu bersalaman dengan Nurin Inara, tetapi tidak diendahkannya. Selepas ini, mereka semua akan terus ke masjid untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri.
Sementara itu, Salsabila Hana menghidangkan pelbagai makanan. Nasi impit, rendang ayam dan kuih muih. Tengahari nanti, Salsabila Hana perlu menghidangkan para tetamu dengan menu nasi tomato dan masak merah ayam yang akan dimasaknya nanti.
"Assalamualaikum...." ucap Harris Iskandar terus ke dapur selepas pulang dari masjid.
"Waalaikummusalam, tuan. Tuan dah nak makan ke? Makanan dan minuman saya dah hidangkan di atas meja" terang Salsabila Hana.
Semuanya sudah siap cuma tinggal acar timun sahaja yang masih belum siap. Salsabila Hana sedang memotong timun sebelum digaul sebati dengan bahan-bahan yang lain.
"Papa, mama... Sayang, marilah kita makan sekali. Harris dah lapar ni" panggil Harris Iskandar lalu duduk di meja makan untuk mengisi perutnya yang masih kosong.
Mereka semua menikmati makanan yang terhidang. Tetamu mulai datang untuk menziarah dan meraihkan lebaran. Semua tetamu dihidangkan dengan juadah yang cukup enak. Semua tetamu memuji keenakan juadah yang dihidangkan.
Salsabila Hana membuat semua kerja seorang diri. Badannya sudah mulai lemah. Seluruh badannya menggeletar. Matanya mulai kabur. Dia rebah di atas tangga sebelum sempat dia meminta pertolongan.
Harris Iskandar berasa tidak sedap hati. Dia segera ke dapur untuk melihat Salsabila Hana. Dia mendapati Salsabila Hana pengsan di atas tangga dengan kesan darah yang mengalir dari hidungnya. Dia segera mengangkat Salsabila Hana untuk dihantar ke hospital.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...