BAB 25

325 4 0
                                    

Setelah 30 minit mengharungi perjalanan yang agak sibuk. Akhirnya mereka sampai ke sebuah pasaraya yang dimaksudkan oleh Harris Iskandar. Di sepanjang perjalanan, Harris Iskandar dan Salsabila Hana memilih untuk mendiamkan diri. Salsabila Hana takut untuk bersuara. Manakala Harris Iskandar pula asyik sibuk dengan panggilan telefon.

"Okay, kita dah sampai. Jom, Hana" ajak Harris Iskandar selepas meletakan kereta di tempat parkir.

"Baik, tuan" balas Salsabila Hana lalu turun dari kereta.

"Kau pergi ambil troli, aku tunggu kat sini" arah Harris Iskandar sambil menunding jari ke arah sisi kanan pasaraya itu.

Salsabila Hana pergi mendapatkan troli seperti yang disuruh oleh Harris Iskandar. Dia kembali ke tempat Harris Iskandar menunggunya. Mereka memasuki pasaraya yang begitu sesak dengan kehadiran pelanggan yang begitu ramai.

Harris Iskandar mengambil beberapa barangan yang telah disenaraikan lalu diletakkan ke dalam troli yang ditolak oleh Salsabila Hana.

"Ada lagi barang yang dah habis?" tanya Harris Iskandar sambil membelik-belik beberapa barang yang berada di atas rak jualan.

"Serbuk kunyit, garam halus dan serbuk kari" balas Salsabila Hana.

Hampir penuh troli yang ditolak Salsabila Hana. Harris Iskandar masih lagi tercari-cari barang yang belum dijumpainya.

"Ishhh..Kau ada nampak tak benda ni?" soal Harris Iskandar sambil menujukkan skrin telefon bimbitnya kepada Salsabila Hana.

"Emmm...Sebelah sana, tuan" Salsabila Hana menunding jari ke arah lain. Segan pula dia apabila Harris Iskandar bertanya tentang tuala wanita. Mesti Nurin Inara yang pesan bisik hatinya.

"Okay,  semua barang dah complete. So kita pergi bayar dulu" ujar Harris Iskandar menuju ke kaunter bayaran.

Salsabila Hana menolak troli yang penuh dengan barangan. Dia berasa lesu dan terasa kakinya lemah untuk melangkah. Kesakitan mula terasa. Salsabila Hana tahu dia perlu segera mengambil ubat tahan sakit. Dia cuba gagahkan diri untuk beratur panjang. Dia takut untuk memberitahu Harris Iskandar yang berada di hadapannya.

"Okay, kau tolong letak barang atas ni" arah Harris Iskandar. Dia melihat Salsabila Hana yang kelihatan begitu pucat dan berpeluh.

"Kenapa ni? Kau tak sihat ke?" soal Harris Iskandar lagi.

"Ehhhh... Hidung kau berdarah tu" soal Harris Iskandar lagi. Dia mengeluarkan sapu tangan lalu dihulurkan kepada Salsabila Hana.

Salsabila Hana menyapu darah yang keluar dari hidungnya. Dia cuba menghentikkan pendarahan. Dia perlu segera ke tandas kerana pasti ramai yang akan perasan keadaan dirinya.

"Tuan, saya ke tandas kejap" pinta Salsabila Hana berlalu pergi.

Setelah selesai membuat pembayaran. Harris Iskandar segera memasukkan barangan yang dibeli ke dalam bonet kereta.Harris Iskandar menunggu Salsabila Hana berdekatan tandas awam. Hampir 15 minit dia menunggu. Salsabila Hana tidak muncul juga. Dia mula gelisah.

"Ish.... Mana la Hana ni, apasal lambat sangat ni" rungut Harris Iskandar.

Di dalam tandas, Salsabila Hana terduduk di atas lantai. Mengeletar seluruh tubuhnya menahan sakit. Dia mengerang kesakitan. Sakit di bahagian kepala dan terasa hingga ke perut. Dia menahan kesakitan yang bagaikan gunung berapi yang akan meletus. Berpeluh dahinya menahan kesakitan.

Harris Iskandar mula panik. Dia risau jika kejadian buruk menimpa Salsabila Hana. Harris Iskandar memanggil seorang remaja perempuan yang lalu di situ.

"Adik, minta tolong kejap. Adik boleh masuk tandas dan cari perempuan ni tak? Dia isteri saya" tanya Harris Iskandar sambil menunjukkan gambar Salsabila Hana dari telefon bimbitnya.

"Okay abang. Jap, saya pergi tengok" balas remaja itu.

"Tolong.... tolong.... Abang ada orang pengsan" teriak remaja perempuan itu.

Harris Iskandar berlari untuk melihat Salsabila Hana. Dipangkunya Salsabila Hana. Dia melihat anak mata Salsabila Hana masih bergerak. Dia terus mengendong Salsabila Hana ke kereta. Dia segera memecut laju sambil memanggil Salsabila Hana.

"Hana..... Hana.... Wake up please" pinta Harris Iskandar sambil menepuk lembut pipi Salsabila Hana. Suaranya agak cemas.

Salsabila Hana masih tidak sedarkan diri. Keadaanya begitu lemah. Harris Iskandar melihat banyak darah yang keluar dari hidung Salsabila Hana. Dia memecut laju dan tiba di hospital dengan segera.

Tiba di unit kecemasan hospital, Salsabila Hana ditolak masuk ke dalam bilik rawatan zon kritikal. Doktor sedaya upaya membantunya.

Harris Iskandar terus membuat pendaftaran. Dia duduk dikerusi yang disediakan di ruang menunggu. Gelisah dan risau dia melihat keadaan Salsabila Hana. Dia berharap Salsabila Hana akan pulih.

"Ya Allah... Selamatkanlah Hana" ucap Harris Iskandar. Dia rasa bersalah kerana mengajak Salsabila Hana menemaninya keluar membeli barangan dapur.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now