Jam menghampiri 4.30 pagi. Salsabila Hana diserang kesakitan yang teramat sangat. Dia meraba-raba meja di sisinya untuk mengambil ubat. Dia terlupa bahawa ubatnya telah hilang.
"Arghhhh.. Ya Allah sakitnya kepala ni" nada yang perlahan Salsabila Hana sedang mengerang kesakitan.
Salsabila Hana hanya mampu menahan sakit. Dia sudah tidak mampu untuk bergerak jauh untuk meminta pertolongan. Dia cuba sedaya upaya menahan kesakitan yang dialaminya. Dia mengagahkan diri menuju ke pintu bilik apabila terdengar bunyi yang datang dari arah dapur . Dia dengan segera membuka pintu biliknya untuk mengintai siapa yang berada di situ.
"Tuan......" sapa Salsabila Hana apabila dia melihat kelibat Harris Iskandar dengan suara yang lemah.
"Ya, Hana" jawab Harris Iskandar yang melihat Salsabila Hana berada di lantai.
Salsabila Hana kelihat pucat, hidungnya juga berdarah. Harris Iskandar segera mendapatkan Salsabila Hana.
"Kenapa ni, Hana? Kenapa boleh jadi begini?" tanya Harris Iskandar sambil memanggku kepala Salsabila Hana di atas ribanya.
"Hana sakit, tuan.... Tolong..." pinta Salsabila Hana sambil mengerang kesakitan.
"Ya Allah. Mari aku bawa ke hospital" ajak Harris Iskandar tetapi dihalang oleh Salsabila Hana.
"Arghhh.. Sakitnya... Saya tak nak pergi hospital, tuan. Ubat saya dah hilang. Saya tak tahu di mana saya letakkannya" beritahu Salsabila Hana. Dia menahan sakit sambil menutup matanya. Sakitnya semakin kuat.
"Habis, takkan kau nak macam ni?" tanya Harris Iskandar. Dia mengangkat Salsabila Hana lalu dibaringkan di atas katil.
Salsabila Hana memejamkan matanya. Dia sedaya upaya menahan sakit yang dialaminya. Harris Iskandar ketika itu masih lagi berada di sisi Salsabila Hana. Harris Iskandar mengenggam tangan Salsabila Hana dan menemaninya. Itulah yang diperlukan Salsabila Hana ketika sakit. Seseorang yang boleh berada di sisinya untuk berlawan penyakit kanser. Akhirnya mereka berdua tertidur di situ.
Azan subuh berkumandang. Salsabila Hana terjaga dari tidurnya. Dia terkejut apabila mendapati Harris Iskandar berada di birai katil. Harris Iskandar meletak kepalanya di atas tilam berdekatan dengan Salsabila Hana.
"Tuan... Tuan" kejut Salsabila Hana. Harris Iskandar tidur nenyak sehingga tidak sedar yang Salsabila Hana memanggilnya.
"Emmmm... Kenapa Hana?" soal Harris Iskandar yang masih mamai. Lalu mengosok-gosok matanya.
"Dah subuh, tuan. Mesti puan sedang cari tuan sekarang. Maafkan saya kerana telah menyusahkan tuan" terang Salsabila Hana sambil mengambil tuala berlalu ke bilik mandi.
Harris Iskandar yang masih lagi mengantuk. Dia berlalu pergi meninggalkan Salsabila Hana menuju ke tingkat 3 dengan menaiki lif.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...