BAB 16

334 4 0
                                    

Hari silih berganti, waktu terus berputar. Salsabila Hana bersendirian mengharungi kesakitan. Tiada dorongan atau sokongan daripada Harris Iskandar. Bahkan Harris Iskandar tidak penah datang melawatnya sepanjang dia menjalani kimoterapi di hospital.

"Sampainya hati dia langsung tak datang tengok aku. Kan best kalau mak, abah dan adik - beradik masih ada" bisik hati Salsabila Hana. Sedih apabila terkenangkan ahli keluarganya.

Hampir 12 tahun Salsabila Hana kehilangan keluarganya. Keluarga Salsabila Hana terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang mengorbankan seluruh ahli keluarganya. Salsabila Hana ketika itu sedang menghadiri kem motivasi. 15 tahun usianya ketika itu.  Dalam sekelip mata dia kehilangan orang yang tersayang.

Salsabila Hana juga menjadi anak yatim piatu apabila kehilangan ibu bapanya. Dia perlu kuat untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Tiada saudara mara untuk dijadikan tempat dirinya bergantung harap. Akhirnya dia ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hidupnya mula berubah. Menjadi seorang yang kuat, tabah dan berdikari tanpa ada sesiapa pun di sisi. Dia hanya ditemani rakan-rakan yang senasib dengannya.

Salsabila Hana juga turut berjaya menjejakan kaki ke menara gading. Dia juga turut mendapat tajaan biasiswa penuh dari Kerajaan. Dia berjaya menamatkan pengajiaan Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia dengan kepujian kelas pertama.

"Mak, abah. Hana rindu belaian dan kasih sayang insan yang paling istimewa. Rindu sangat sewaktu kita bersama. Hana tetap seorang diri" rintih Salsabila Hana. Dia terlalu rindu ahli keluarganya terutama ibu dan bapanya.

"Assalamualaikum Hana, ada rasa sakit tak hari ni" soal Doktor Zulaika sambil melihat fail di hadapannya.

"Waalaikumusalam doktor. Hari ni saya rasa sihat sikit. Tapi saya rasa loya dan pening" jawab Salsabila Hana sambil memandang Doktor Zulaika. Tersentak dia dari lamunan.

"Emmm.. Itu perkara biasa bila awak menjalani kimoterapi. Rasa mual, pening dan badan terasa lemah. Saya harap awak okay ye Hana" terang Doktor Zulaika.

"Ohhhh... Insyallah doktor. Saya kan kuat melawan kanser ni. Doktor bila saya boleh keluar dari wad ye?" tanya Salsabila Hana. Dia sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah. Dia sudah bosan hanya terbaring di atas katil. Dia tidak sabar untuk menghirup udara yang nyaman di luar sana. Bebas untuk berbuat apa sahaja.

"Awak dah boleh discharge petang ni. Nanti saya buat surat untuk awak. Jangan lupa ambil ubat di farmasi tau. Ohhh.. Satu perkata lagi Hana jangan lupa bagitau suami" beritahu Doktor Zulaika sambil berlalu pergi.

"Okay, doktor. Terima kasih" ucap Salsabila Hana.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now