Seawal jam 2.30 pagi, Salsabila Hana sudah bagun untuk menyiapkan juadah bersahur. Dia memasak makanan kegemaran Harris Iskandar ketika bulan ramadhan. Harris Iskandar pasti bertambah nasi. Setelah siap masak dan dihidangkan. Dia perlu mengejutkan Harris Iskandar dan Nurin Inara. Nurin Inara baru sahaja pulang.
"Tuan ,puan. Bagun bersahur.Makanan saya dah siapkan" panggil Salsabila Hana sambil mengetuk pintu.
Jam sudah 4.30 pagi, dia perlu mengejutkan Harria Iskandar dan Nurin Inara supaya tidak terlewat untuk bersahur.
"Tuan... Bagun sahur. Sekarang dah pukul 4.30 pagi. Tinggal 40 minit saja lagi" panggil Salsabila Hana lagi.
Harris Iskandar segera bangun dari katil menuju ke pintu bilik. Dikuaknya pintu bilik.
"Ada apa hal. Pagi-pagi buta ni kau dah buat bising" pekik Harris Iskandar.
"Maaf, tuan. Esok kita dah start berpuasa. Sekarang kita perlu bersahur" balas Salsabila Hana.
"Oh.... Aku terlupa lah. Kau pergi dulu, karang aku turun" beritahu Harris Iskandar supaya Salsabila Hana turun ke bawah dahulu. Kemudian dia mengekori Salsabila Hana dari belakang.
"Tuan, puan tak ikut sekali ke?" soal Salsabila Hana.
"Tak payah la. Dia bukannya puasa. Dia baru balik je tu" balas Harris Iskandar menuju ke sinki lalu membasuh muka dan berkumur.
Salsabila Hana menyenduk nasi ke dalam pinggan Harris Iskandar. Harris Iskandar melihat lauk yang dimasak Salsabila Hana.
"Wahhh... Sedapnya. Berselera aku tengok lauk ni" puji Harris Iskandar sambil menyudu daging goreng kunyit berserta sambal daging.
Harris Iskandar mengajak Salsabila Hana makan bersamanya lalu Salsabila Hana duduk menemani Harris Iskandar untuk makan bersama.
"Emmm... Makanlah, Hana. Sedap lauk yang kau masak ni. Selalu time puasa mesti ada lauk ni" Harris Iskandar cuba mengingati apa yang Salsabila Hana suka masakkam ketika bulan ramadhan.
"Ni lauk kegemaran,tuan. Sebab itu saya masakan untuk tuan" balas Salsabila Hana dengan nada gembira.
Setelah selesai bersahur, Harris Iskandar duduk di ruang tamu. Selalunya dia akan tunggu sehingga solat subuh. Salsabila Hana pula sibuk mengemas dapur.
"Hana... Hana..." panggil Harris Iskandar.
"Ya, tuan. Saya datang ni" balas Salsabila Hana segera berlari menuju ke ruang tamu.
"Ada apa , tuan" tercunggap-cungga Salsabila Hana. Penat dia berlari dari dapur.
"Jom, kita solat subuh berjemaah" ajak Harris Iskandar.
"Baik, tuan. Saya mandi jap. Nanti saya datang balik ye, tuan" balas Salsabila Hana berlalu ke biliknya.
Usai mandi dan siapkan diri, Salsabila Hana dan Harris Iskandar solat subuh berjemaah. Begitulah rutin harian sepanjang bulan ramadhan semenjak mereka berkahwin. Ini kali kedua mereka menyambut puasa bersama. Dan ini juga kali pertama Nurin Inara dan Harris Iskandar berpuasa bersama sebagai suami isteri.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...