BAB 19

323 4 0
                                    

Jam loceng berbunyi. Tidur nenyak Harris Iskandar malam tadi. Jam loceng sudah menghampiri 6.15 pagi. Harris Iskandar terjaga dari tidur. Dia duduk di birai katil sambil mengeliat panjang.

"Alhamdulillah... Masih dipanjangkan umur" ucap Harris Iskandar. Dia terus bangun, mengambil tuala mandi di rak pakaian dan berlalu ke bilik mandi.

Usai mandi dan mengerjakan solat subuh. Harris Iskandar terus bersiap-siap untuk ke pejabat.

"Ya Allah, aku ada meeting pagi ni"  ucap Harris Iskandar selepas melihat telefon bimbitnya.

Semua jadual bagi urusan kerja dan temu janji berada di dalam telefon bimbitnya. Dengan cara itu ianya dapat menjimatkan masa dan mudah untuk dikendalikan.

"Ishhhh.... Aku kena ambil Hana dulu. Karang, satu kerja pun tak jalan" mengomel Harris Iskandar apabila dia mendapati biliknya sudah bersepah dengan baju yang telah dipakai.

Kring...kring.... Telefon bimbit Harris Iskandar berdering. Dengan pantas dia mengangkatnya.

"Hello...." sapa Harris Iskandar.

"Tuan, Hana ni" balas Salsabila Hana.

"Kau tunggu kejap, aku dah on the way ni" kata Harris Iskandar lalu mematikan panggilan.

Harris Iskandar memecut laju keretanya. Dia berharap agar dia segera sampai ke hospital. Sampai sahaja dia di parkir kereta hospital, dia segera berlari ke wad Salsabila Hana.

Salsabila Hana menanti kedatangan Harris Iskandar. Kelibat Harris Iskandar sudah kelihatan. Dia segera turun dari katil untuk mendapatkan suaminya. Insan yang dicintai dalam diam. Dia juga merindui Harris Iskandar kerana sudah beberapa hari mereka tidak bertemu.

"Okay, kau tunggu dulu, aku ke kaunter buat bayaran dan daftar keluar" terang Harris Iskandar yang bercakap sambil tercunggap-cunggap kepenatan.

"Baik, tuan" balas Salsabila Hana. Dia hanya memerhatikan Harris Iskandar yang segera ke kaunter pendaftaran. Dia turun ke tingkat 1 seperti yang diarahkan jururawat.

Setelah selesai di kaunter pendaftran, Harris Iskandar ke tingkat 1 untuk mengambil ubat di farmasi. Selepas itu, dia bergegas naik ke tingkat 2 untuk mendapatkan Salsabila Hana.

"Okay, semua dah beres. Jom balik" ucap Harris Iskandar sambil menyerahkan sekeping kertas dan sebungkus beg plastik yang dipenuhi ubat.

Harris Iskandar dan Salsbila Hana bergegas turun dan meninggalkan wad dengan segera. Harris Iskandar ingin segera sampai ke pejabat.

"Cepat la sikit. Aku ada meeting pagi ni" kata Harris Iskandar lalu mencapai tangan Salsabila Hana. Dia menarik tangan Salsabila Hana dengan kasar lalu mengheretnya.

"Tuan, sakit tangan saya. Tolong perlahan sikit, tuan" pinta Salsabila Hana apabila dia dikasari oleh Harris Iskandar.

Harris Iskandar mematikan langkah lalu melepaskan genggaman tangan. Dengan segera dia mengeluarkan dompet lalu mengambil beberapa keping nod wang kertas. Dia menghulurkan nod tersebut kepada Salsabila Hana.

"Nah... Kau ambil duit ni, kalau balik naik teksi or bas ke apa-apa pun aku tak kisah. Aku dah lewat ni. Lagi satu, kau jangan lupa. Bila sampai rumah nanti kau tolong kemas rumah dan cuci baju aku okay" terang Harris Iskandar sambil memberi arahan dan berlalu pergi meninggalkan Salsabila Hana seorang diri.

Sampai hati Harri Iskandar. Sanggup dia meninggalkan isterinya keseorangan. Salsabila Hana hanya menurut perintah dan arahan yang diberikan oleh suaminya. Dia terpaksa berjalan kaki menuju ke pintu pagar hospital untuk mendapatkan teksi. Badannya masih lagi terasa lemah akibat daripada kesan daripada dia menjalani kimoterapi dan beberapa siri radioterapi.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now