Di Kota London suasana dingin yang bersalji. Harris Iskandar dan Nurin Inara bercuti ke London serta ingin bertemu Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah yang telah sekian lama tidak bertemu. Mereka juga mengambil peluang berada di sana untuk berbulan madu di London pula. Salsabila Hana pula dibiarkan bersendirian di Malaysia.
"Kamu berdua sahaja ke? Mana Hana?" tanya Tan Sri Hizuddin apabila Salsabila Hana tiada bersama mereka.
"Ya, papa. Hana tak sihat. So, dia tak nak ikut kitaorang datang ke sini" jawab Harris Iskandar. Dia berbohong kepada Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah.
"Oh.... Dia macam mana sekarang? Kamu bawa dia untuk menjalani rawatan kanser tak?" tanya Puan Sri Aisyah.
"Mama, kami dah letih ni. Boleh kami berehat dulu. Nanti kita bincang lagi" balas Harris Iskandar berlalu pergi bersama Nurin Inara.
Salsabila Hana ditinggalkan bersendirian di rumah. Salsabila Hana sering diserang kesakitan. Dan dia juga sering pitam. Salsabila Hana merayu kepada Harris Iskandar untuk tidak meninggalkannya seorang diri sebelum mereka berangkat ke London.
"Abang. Janganlah pergi. Hana tinggal seorang kat rumah ni. Kasihankan Hana" rayu Salsabila Hana melutut di kaki Harris Iskandar.
"Ishhhh... Kau ni asyik menyusahkan hidup aku je. Lantak kau lah nak buat apa pun" tengking Harris Iskandar sambil menarik kakinya daripada pelukkan Salsabila Hana.
"You ni suka berlembut dengan dia. Sebab tu kepala you pun dia pijak" hasut Nurin Inara menambahkan lagi api yang tengah membara.
"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak nak tahu apa-apa lagi pasal kau. Kau faham tak?" pekik Harris Iskandar dengan perasaan yang begitu marah.
"Maafkan Hana, abang. Hana janji takkan ganggu abang lagi" sebak suara Salsabila Hana yang teresak-esak menangis apabila diperlakukan sedemikian rupa.
Tiada kata yang terucap, tiada lagi telinga yang ingin mendengar penderitaan yang ditanggung Salsabila Hana. Kini dirinya kembali menjadi yatim piatu yang hidup sebatang kara di dunia yang dipinjamkan buat sementara.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...