Sudah 18 bulan usia perkahwinan Harris Iskandar dan Salsabila Hana. Harris Iskandar dalam diam mula menjalin cinta bersama Nurin Inara. Mereka mula menjalinkan hubungan semenjak 6 bulan yang lalu.
"Inara, you buat apa kat sini" soal Harris Iskandar.
"Hai, sayang. I ada job area sini. Lepas ni i akan terus ke KLIA. Esok i ada event di Sarawak" balas Nurin Inara dengan nada yang manja. Dia sentiasa berpakaian menjolok mata dan menarik perhatian orang ramai yang memandangnya.
"Jom dating sayang. I belanja you... Okay" ajak Harris Iskandar sambil mengenyit sebelah mata lalu dia menarik tangan Nurin Inara.
"Okay... Jom sayang. Nanti you belikan i dress yang cantik tau" balas Nurin Inara sambil memaut tangan Harris Iskandar lalu melentokkan kepalanya di bahu Harris Iskandar.
Dengan perwatakkan yang mengoda, sudah pasti Harris Iskandar cair dengan kata-kata manis Nurin Inara. Seperti semut mendapat gula.
Mereka berdua berjalan menuju ke sebuah restorant mewah yang terletak di aras 1 di dalam pusat membeli belah tersebut. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan. Mereka kelihatan seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.
"Sayang, betul ke you dah kahwin. Kenapa you tak tunggu i, sayang?" soal Nurin Inara apabila dia mendapat tahu mengenai perkahwinan Harris Iskandar dari salah seorang kawan mereka.
"Yup....I dah kahwin sayang. But i don't love her. I'm still loving you, sayang. Please believe me, sayang" balas Harris Iskandar. Dia berharap agar Nurin Inara kembali semula dalam hidupnya.
"Aalaaa.. Habis you nak campak i ke mana? Buktikan yang you sayangkan i, Harris" soal Nurin Inara untuk mendapatkan penjelasan.
"You nak i buktikan. Cinta i tak pernah pudar sedikit pun, sayang.Jom kita kahwin, sayang. Please...." pinta Harris Iskandar untuk meneruskan hubungan percintaan dengan perkahwinan.
"Thank you, sayang. Okay. You mesti buktikan yang you still love me, Harris" balas Nurin Inara.
"Yup, sebab tu i nak kita kahwin. That's all, sayang" ucap Harris Iskandar lagi.
"Kalau begitu, kita kahwin secepat mungkin? You akan jadi milik i selamanya, promise" balas Nurin Inara dengan nada riang. Sudah lama dia ingin kembali ke sisi Harris Iskandar tetapi kerjayanya yang menghalang. Dia ingin mencapai cita-citanya.
Harris Iskandar terlalu mencintai Nurin Inara sehingga dia lupa tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Salsabila Hana. Dia tidak pernah mencintai isterinya. Dia melayan Salsabila Hana seperti orang gaji. Tempat dia untuk melepas marah dan kebencian.Tiada langsung belas kasihan. Dikerah keringat Salsabila Hana dengan tujuan untuk menyakitkan dan membuat Salsabila Hana menderita.
" I terpaksa kahwin dengan dia, sayang. Kami berdua kena tangkap khalwat semasa kami berdua berada di apartment i" cerita Harris Iskandar memulakan kisah apabila dia dipaksa berkahwin.
"Siapa yang perangkap you, sayang. Perempuan tu ke?" tanya Nurin Inara.
"Emmmm.. Entahla sayang. I don't have any idea" balas Harris Iskandar ringkas.
"Okay sayang. Kita lupakan saja kisah you" ucap Nurin Inara kerana dia sudah nampak perubahan di wajah Harris Iskandar.
Harris Iskandar dan Nurin Inara menghabiskan masa bersama dengan menonton wayang dan membeli-belah. Harris Iskandar juga tidak masuk ke pejabat selepas waktu makan tengah hari.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...