Hanya Harris Iskandar dan Salsabila Hana yang singgah ke sebuah pasaraya. Nurin Inara tidak mahu ikut kerana bukan tempat untuk dia membeli belah di tempat sebegitu. Dia mahu tidur di dalam kereta. Dia sengaja tidak mahu mengikut mereka. Setelah itu, mereka meninggalkan Nurin Inara keseorangan lalu masuk ke dalam pasaraya.
"Kau nak beli apa ni?" tanya Harris Iskandar.
"Saya nak beli baju kurung. Di sini murah sikit, tuan" balas Salsabila Hana.
Mereka berdua menuju ke bahagian pakaian wanita. Salsabila Hana melihat dan mencuba baju kurung yang tergantung di situ.
"Tuan, saya ambil yang ni boleh?" tanya Salsabila Hana sambil meletakkan sepasang baju kurung berwarna ungu di badannya.
"Emmm.. Not bad. Beli je lah kalau kau dah suka dan berkenan" jawab Harris Iskandar sambil tersenyum melihat gelagat Salsabila Hana yang gembira apabila mendapat sepasang baju kurung.
"Okay, tuan. Saya nak beli baju kurung ni je. Harganya RM 79.90 sahaja. Murahkan" beritahu Salsabila Hana kepada Harris Iskandar.
"Okay, kita pergi bayar dulu" balas Harris Iskandar melangkah ke kaunter bayaran.
Mereka menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Setelah berbaris panjang, kini tiba pula giliran mereka untuk membuat pembayaran.
"Semua sekali 79.90, Cik" beritahu juruwang wang bertugas.
"Okay, ni duitnya" balas Harris Iskandar lalu menghulurkan sekeping nod wang kertas bernilai RM 100.
"Ni bakinya, encik" hulur juruwang itu kepada Harris Iskandar.
Harris Iskandar menghulurkan bungkusan plastik kepada Salsabila Hana. Salsabila Hana mengambilnya. Lalu mereka menuju ke parkir kereta.
"Terima kasih, tuan. Belikan saya baju raya" ucap Salsabila Hana.
"Sama-sama" balas Harris Iskandar.
Mereka bergerak pulang ke rumah. Keletihan melanda. Harris Iskandar memecut laju keretanya untuk segera sampai ke rumah.
"Hana... Nanti kau masak untuk kita berbuka puasa ye" arah Harris Iskandar.
"Baik, tuan" jawab Salsabila Hana.
Harris Iskandar dan Nurin Inara naik ke bilik. Salsabila Hana juga masuk ke bilik kerana dia belum lagi menunaikan solat zohor. Hampir jam 3.45 petang. Dia perlu segera mandi dan mengerjakan solat zohor.
Usai mengerjakan solat. Salsabila Hana tertidur di atas sejadah. Tidur nenyak dia di situ.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...