Aryan menepuk-nepuk wajah kakaknya.
"Akak please jangan tidur. Buka mata please. Akak bangun lahhh. Benda ni tak lawak la kak. Sekarang bukan masa yang sesuai nak berlawak lah! Akak! " Aryan bercakap dengan Syazlin namun tiada balasan.
Dia menangis sambil memeluk rapat kakaknya itu.
Antara Amril dan Aryan, Aryan lebih rapat dengan kakaknya berbanding Amril. Disebabkan hal itu, Aryan lebih mudah sedih apabila berkaitan dengan kakaknya itu.
Amril terus menerus memukul Aiman, si jantan dayus! Kurang ajar punya manusia, perempuan pon kau nak puku!
Aryan menjerit meminta tolong abangnya. "Am! Tolong aku Am! Akak pengsan weyh! Tolong aku Am!"
Amril yang menghentam Aiman terus menghentikan perbuatannya itu. Dia terkedu dan terkaku sebelum melangkah mendekati mereka berdua. Aiman yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ditinggalkan.
"Kita kena bawa akak pergi hospital ni Ari. Teruk sangat aku tengok keadaan akak."
"Ya, aku tahu Am. Sebab tu aku panggil kau. Please call Adam. Hanya dia seorang je yang tahu drive, takkan kita nak suruh akak drive sendiri kot?" Aryan masih sempat berlawak dalam kekalutan.
"It's not the right time to joke honey. " Amril membalas lalu terus mendail nombor Adam, Adam Cassiel.
"Hello, Adam. Please come to our house! Please! Something bad happened to Syaz! We have to bring her to the hospital. Please come as fast as you can! " Amril memberitahu Adam tergesa-gesa.
Salah satu tabiat pelik Shah Amril, dia akan speaking English bila dia cemas. It's sound weird but that's the truth.
"Oh okay. " hanya itu balasan Amril sebelum dia end call.
"Apa Adam cakap? " Tanya Aryan.
"Adam akan datang. " Amril dengan muka seriousnya mendekati Syazlin lalu memerhati wajah kakak kesayangannya. Ya Allah, kenapa sampai jadi macam ni sekali akak. Tangan kakaknya dipegang lembut.
Bibir Syazlin pecah dan darah keluar melalu hidung serta mulutnya.
Kepala atau dahinya mengalami pendarahan akibat hentakan.
Pergelangan lebam membiru.
Ya Allah, sanggupnya si Aiman Aqil melakukan perkara terkutuk ini kepada adik tiri sendiri.
Amril bangun dan berjalan mendekati Aiman. Dah pengsan rupanya mamat ni. Harap mampos. Amril bermonolog dalam hati sambil tersenyum sinis.
Aryan pula hanya mampu meriba kepala kakak kesayangan dunia akhiratnya. Walaupun sering bergaduh, tetapi mereka tetap akrab. Tidak boleh berpisah langsung!
Aryan mengingati kenangan manis bersama Syazlin sebelum dia tersedar kerana terdengar suara perlahan kakaknya.
"Akak, akak! " panggil Aryan perlahan sambil melihat wajah Syazlin yang berdarah.
Aryan menangis kegembiraan.
"Kenapa menangis ni." Syazlin bertanya dengan suara yang perlahan.
"Ari ingat akak dah mati huwaaaaa." Jujurnya Ya Rabbi!
Amril mengetuk kepala adik kembarnya. "Cakap tu boleh berlapik sikit tak? Akak tu tengah sakit kan? Apalah kau ni." Marah Amril.
"Maaf, tersasul."
Belum sempat Amril membalas percakapan adiknya, kedengaran bunyi loceng di tingkat bawah.
"Eh, mesti Adam dah sampai. " Amril terus meluru ke bawah untuk menjemput Adam masuk.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...