Syazlin memandang pelik mesej yang baru saja diterima daripada Laura. Dia meminta Syazlin untuk pergi ke rumahnya. Dia hanya bersetuju lalu mula bersiap sebelum bertolak ke rumah Laura.
Berseluar jeans hitam, hoodie merah, selendang hitam dan sneaker Adidas.
Ringkas dia berpakaian. Nak berjumpa Laura saja pon.
"Pak Mat, boleh tak Pak Mat hantar Syaz ke rumah kawan sekejap. Ada hal sikit." Syazlin menegur Pak Mat yang kelihatan sibuk mengelap kereta. Pak Mat yang mendengar suara anak majikannya itu terus mengalihkan pandangannya daripada tingkap kereta kepada wajah Syazlin.
"Boleh, Syaz. Syaz nak pergi rumah Adam ye?" tanya Pak Mat lalu mencuci tangannya yang kotor sebelum memanaskan enjin.
"Eh taklah Pak Mat. Syaz nak pergi rumah kawan perempuan Syaz. Rumah dia dekat Taman Selasih. Pak Mat tahu tak?" tanya Syazlin setelah selamat masuk ke tempat duduk belakang.
"Tahu." Jawab Pak Mat pendek.
"Terima kasih Pak Mat." Syazlin tersengih memandang Pak Mat di bahagian pemandu.
Pak Mat tersenyum melihat keletah Syazlin yang tak pernah lekok dengan senyuman. Tak sombong. Tak seperti Datin Amnah dan anaknya itu.
Setelah tiba, Syazlin mengucapkan terima kasih dan memberi salam di hadapan rumah Laura. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodienya.
Laura yang berjubah merah jambu dengan tudung bawal bidang 50 keluar dan menjawab salamnya. Dia menjemput Syazlin masuk ke rumahnya. Kelihatan walidnya sedang duduk berpeluk tubuh di salah satu sofa. Syazlin tersenyum dan memberi salam kepada walidnya dan menyalami umi Laura yang berada di sofa bersebelahan walidnya.
Wajah Laura pucat tak berdarah ketika menjemput Syazlin untuk duduk di ruang tamu rumahnya.
"Kamu Syazlin?" tanya walid Laura setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Ya saya Syazlin." Jawab Syazlin sambil tersenyum. Dia masih cool walaupun tak faham dengan situasi sekarang.
"Kamu kawan sekelas Hanna?" sekali lagi dia bertanya dengan gaya seperti mahu dijeling Syazlin sehingga tembus kepalanya.
"Ya pak cik,saya kawan satu kelas dengan Laura. Ada apa-apa yang pak cik nak cakap dengan saya?" dengan lembut Syazlin bertanya. Dia tak mahu dituduh sebagai gadis yang kurang ajar.
"Pak cik memang ada sesuatu nak bagitahu kamu. Bukan, pak cik nak cuci sikit otak kamu ni." Walid Laura terus duduk dengan tegak sambil memandang tajam wajah di sebelah anak perempuannya.
"Kenapa pak cik nak cuci otak saya secara tiba-tiba ni? Apa salah saya dekat pak cik?" Syazlin berusaha menahan suaranya daripada menjadi lantang. Kang ada yang sakit jantung pulak.
"Kamu tanya saya apa salah kamu? Kamu memang betul-betul tak tahu ke buat-buat tak tahu?"
"Minta maaf pak cik, saya memang tak tahu apa salah saya dan saya betul-betul tak faham dengan situasi sekarang." Dia masih tahu adab bercakap dengan orang tua, jadi dia masih bertahan.
"Kamu dah rosakkan anak aku! Sejak anak aku berkawan dengan kamu, semakin melampau perangai Hanna sampai sanggup membelakangkan kami sebagai mak bapa dia. Semuanya sebab kamu!" turun naik dada walid Laura menahan marah. Umi Laura yang berada di sebelah suaminya cuba untuk menenangkan suaminya. Habis senget kopiah putih yang dipakainya. Marah betul nampaknya ni.
"Saya rosakkan Laura?! Pak cik ni biar betul? Saya ni perempuan lah, saya tak pernah rogol anak pak cik. Saya masih suka akan lelakilah pak cik! Janganlah tuduh saya macam-macam." Syazlin secara tidak sengaja meninggikan suaranya. Dia terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh walid Laura. Aku masih suci okay!
"Bukan perihal itu. Kamu yang menyebabkan Hanna pandai untuk merahsiakan sesuatu daripada kami. Dia sekarang dah pandai bercinta! Dah pandai keluar dating! Dah pandai menipu! Semuanya sebab kamu yang selalu ajak dia keluar dan kamu pulak hanya berkawan dengan lelaki! Macam perempuan yang tiada harga diri." kedengaran kuat suara walid Laura sehingga terpejam mata Laura yang banyak mendiamkan diri daripada tadi.
Syazlin menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab tuduhan yang diberikan oleh ayah rakannya ini. Terasa seperti berhadapan dengan hakim mahkamah pulak.
"Pak cik, saya pernah keluar dengan Laura sekali je. Masa tu ada adik-adik saya dan kawan sekelas kami iaitu Adam. Lepastu kami dah tak pernah keluar dah. Saya tak pernah pon ajar Laura untuk menipu pak cik atau mak cik. Saya pon tak pernah ajar Laura bercinta dengan sesiapa. Sumpah, tak pernah. Pak cik jangan tuduh sembarangan macam ni. Saya pon ada maruah." Tenang Syazlin menjawab segala tuduhan yang dilontarkan kepadanya. Dia memandang wajah umi dan walid Laura sebelum mengalihkan pandangan kepada rakannya yang tertunduk.
"Orang dah buat salah, memanglah pandai berhujah kan?" kata walid Laura sambil tersenyum sinis. Amboli orang tua ni, aku tarik janggut kau japgi baru kau tahu.
"Saya penatlah nak berbahas dengan pak cik. Bukannya pak cik percayakan cakap saya pon. Yalah, saya kan jahat, jahil. Bukan seperti ahli keluarga pak cik yang Alhamdulillah cukup ilmu agama. Kalau pak cik percayakan sangat anak pak cik ni, cuba tanya dia kenapa dia buat semua ni. Kenapa dia sanggup tipu pak cik dan mak cik?" ujar Syazlin sebelum bangkit daripada duduknya.
"Saya ada sedikit nasihat untuk pak cik, waktu kita hidup di dunia kita jangan terlalu mendongak ke langit. Kadang-kadang kita perlu juga memandang ke bawah untuk elak daripada jatuh tergolek. Jangan selalu nampak salah orang lain walhal anak sendiri, diri sendiri, keluarga sendiri yang berperangai seperti yang pak cik benci. Jangan pak cik anggap diri pak cik itu tinggi agamanya sehingga mampu mencaci dan menjatuhkan maruah orang lain. Saya minta maaf sebab berkata seperti ini." Syazlin bergerak ke pintu rumah Laura setelah bersalaman dengan umi Laura. Dia masih tahu adab dan dia bukan sengaja untuk berlaku biadap.
Walid Laura yang seperti terkesan dengan kata-kata memandang Syazlin yang berada di muka pintu rumahnya itu.
"Kamu jangan berkawan dengan anak aku lagi. Aku tak izinkan!" kata walid Laura kuat sehingga menyebabkan Syazlin berpaling memandangnya semula.
"Baiklah pak cik, saya menurut perintah. Saya pulang dulu. Assalamualaikum." Syazlin tersenyum memandang mereka bertiga sebelum bergerak ke perhentian bas berdekatan kawasan perumahan Laura.
Dia mengeluh perlahan. Banyak betul masalah. Sakit otak betul!
Dia mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya untuk menelefon Pak Mat supaya datang menjemputnya di sini. Setelah 15 minit, kelihatan kelibat kereta yang dinaiki oleh Pak Mat.
"Pak Mat, jom kita pergi warung Pak Abu. Syaz nak belanja Pak Mat makan cendol pulut." Kata Syazlin setelah dia selamat masuk ke dalam kereta itu.
"Datuk Mansor tak marah ke kalau Syaz belanja Pak Mat?" tanya Pak Mat secara tiba-tiba.
"Tak adanya dia nak marah. Dia bukan kisah pon pasal Syaz. Lagipon Syaz nak sejukkan hati yang tengah membara ni. Jomlah kita pergi situ."
"Ha yalah, yalah. Pak Mat bawak Syaz ke sana ya."
Syazlin tersenyum kecil. Nasib baik ada Pak Mat yang sudi nak bawa dia ke sana. Dia memang betul-betul kena tenangkan diri selepas apa yang berlaku tadi.
Ahhhh, lantak kau lah. Janji aku dapat makan cendol pulut Pak Abu!
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...