18

1.5K 126 50
                                    

"Okey, dah sampai anak-anakku." kata Adam setelah menarik handbreak keretanya. Dia memandang tiga orang makhluk Allah itu.

Ya Rabbana. Tidur rupanya. Patut diam lain macam.

Adam hanya membiarkan mereka bertiga lalu keluar dari keretanya. Dia mengeliat kecil untuk membetulkan urat-uratnya.

Adam menjenguk ke arah rumah Syazlin. Ya, dia sekarang di bawah garaj rumah tiga beradik itu. Sunyi sahaja rumah ni, ada orang ke tak?

Nak bagi salam ke tak?

Bagi ke tak?

Bagi ke tak?

Okay tak bagi. Adam terus masuk kembali ke dalam keretanya untuk mengejutkan mereka bertiga bangun.

"Oiiii tuan hamba bertiga, bangunlah. Dah sampai ni." Adam menggoncangkan tubuh kembar itu. Syazlin? Biar dia goncang sendiri. Bukan mahram la woi!

Agak lama menanti si kembar bangun tidur. Tidur mati gamaknya.

"Kat mana ni bang? " Tanya Aryan sambil menenyeh matanya.

Huh, soalan stereotype!

"Dah sampai depan rumah kau dah Aryan." Ujar Adam perlahan sambil menyandarkan badannya di tempat pemandu. Penat kejutkan anak gorilla.

"Eh cepat gila. Rasanya baru tadi Ari terlelap." Balas Aryan sambil memandang Adam yang berada disebelahnya.

"Cepat kepala hangguk kau. Dah naik kematu bontot aku tunggu korang bangun tahu tak?" Adam menjeling Aryan yang hanya tersengih.

"Sekarang kau kejutkan abang dengan kakak kau tu. Mati ke apa dah diorang tu." Adam tanpa bertapis bercakap lalu keluar dari keretanya untuk mengambil beg pakaian Syazlin.

Aryan menurut. Adam hanya bersandar di keretanya. Malas nak jenguk kejadian dua orang manusia itu. Sudahlah begnya berat, tak bangun lagi ke perempuan ni?

Setelah beberapa ketika, mereka bertiga keluar dari kereta Adam sambil mengeliat tak ingat dunia. Amboi-amboi seronoknya hidup.

"Ha best senaman?  Dah sudah ke belum tu? " sergah Adam sambil berpeluk tubuh di keretanya. Rambutnya yang serabai diabaikan.

Amboi, hotnya kau.

Syazlin hanya tersengih.

"Maaf sayangku. Aku terlelap tadi." kata Syazlin sambil memandang muka cemberut rakan karibnya itu.

"Sayangku sayangku apa? Terlelaplah sangat. Tidur berdengkur bukan main tu memang 'terlelap' eh? " perli Adam. 

Syazlin hanya membuat tak tahu sambil berjalan terhincut-hincut ke arah pintu rumahnya.

Dia tersenyum lebar sambil memandang pintu rumahnya. Bahagia betul dah ni.

"Oiiii hampa!  Cepatlah sikit. Macam siput sedut betul hampa berjalan. " jerit Syazlin sambil bercekak pinggang.

Aryan, Amril dan Adam hanya memerhati Syazlin. Mereka jalan mendekati sambil membuat muka cemberut.

"Diamlah cacat. Bising je kau ni." Perli Adam sambil membuka kasutnya sebelum melangkah ke depan untuk membuka pintu. Eh, macam rumah kau pulak?

"Woi tunggu kejap!  Biar aku yang masuk dulu, aku nak rasmikan ni." jerit Syazlin lalu dengan pantas bergerak ke arah Adam.

Syazlin membuka pintu rumahnya lalu tersenyum lebar. Daddy ada kat rumah!

"Daddy!" Syazlin terus  meluru ke arah ayahnya yang duduk berpeluk tubuh di sofa rumahnya.

"Hmmm." hanya itu balasan daripada Datuk Mansor. Syazlim terus duduk di tepi ayahnya lalu memeluk lengan lelaki itu. Bahu dijadikan pelapik kepalanya.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now