7 bulan kemudian,
Syazlin hanya menjeling Adam dan Laura yang makin hari makin rapat. Selama itu jugak, Adam mengelak daripada bercakap dengannya. Aku pon taktahu punca yang sebenar.
Dia juga telah sedar bahawa Adam telah block dia daripada semua media sosial. Dan sekarang, dia block aku daripada hidupnya.
Mungkin lebih gembira dapat berkawan dengan crush sendiri sampai aku pon dianggap seperti tidak wujud.
Aryan dan Amril juga tak dapat dihubungi. Entah kenapa, dia merasakan seperti semua orang mahu melarikan diri daripadanya. Apa jijik sangat ke seorang Syazlin ni?
Dia pernah pergi ke rumah daddynya tapi dia dihalau seperti anjing kurap oleh Datin Amnah yang mendapat 100% sokongan daripada daddynya.
Ya Allah, pedihnya hati ini.
Sekarang, selepas waktu sekolah Syazlin terus ke restoran. Dia bekerja separuh masa di sana. Kalau tak kerja, macam mana dia nak tampung perbelanjaannya?
Datuk Mansor telah block semua kad banknya. Jadi, dia sudah hilang sumber pendapatannya.
Ah, aku benci block!!!
Semua orang nak block aku kenapa?
Buku teks akaun di ambil sebelum dia berjalan keluar daripada kelas. Perpustakaan sekolah ditujuinya.
Kebanyakkan masa rehatnya hanya dihabiskan di perpustakaan. Sebab utamanya, Syazlin mahu berjimat. Sebab kedua, dia mahu fokus dalam pelajarannya. Peperiksaan SPM semakin dekat. Syazlin tak mahu konsentrasinya terganggu.
Satu persatu soalan daripada buku dibaca sebelum dia menjawabnya. Dalam khusyuk menelaah buku, tiba-tiba sebungkus roti diletakkan di atas bukunya.
Syazlin yang terkejut terus memanggungkan kepalanya.
Mata Syazlin terus membalas pandangan mamat di depannya itu. Dia menelan liur sendiri.
"Ak--Aku nak mintak maaf. " Muhsin memohon maaf dengan nada yang perlahan. Mungkin untuk elakkan daripada pelajar di situ terganggu.
Syazlin hanya terdiam tanpa membalas percakapan Muhsin.
Matanya tetap tajam memandang mata Muhsin sebelum dia mengeluh perlahan.
Soalan yang tertangguh tadi disiapkan dengan pantas tanpa mengendahkan keberadaan Muhsin di hadapannya.
"Aku betul-betul menyesal dengan apa yang aku dah buat dekat kau. Aku minta maaf sangat-sangat Syaz. I'm really sorry." Muhsin menundukkan kepala. Rapat dengan meja di perpustakaan itu. Jari dibawah meja dimain-mainkan.
Syazlin mengeluh kecil. Buku latihan ditutup. Segala pen dimasukkan ke dalam kotak pensel sebelum barangnya dikemas.
Dengan cepat, Syazlin berdiri. Muhsin terus memandangnya dengan kepala yang mendongak.
"Aku maafkan kau. Jangan cari aku lagi." Padat dan ringkas. Mungkin sebagai amaran untuk Muhsin agar terus berbuat baik dan menjauhkan dirinya daripada perkara mungkar.
Pintu keluar perpustakaan terus ditujuinya. Kasut sekolah dipakai dengan pantas dan dia terus bergerak ke kelasnya yang berada di tingkat 3.
Dada yang terasa perit dipegang. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus. Tempat duduknya dibahagian belakang dilihat.
Sejak dua menjak ini, dia cepat berasa letih dan lelah. Entah kenapa. Syazlin seperti sudah tidak fit seperti dulu.
"Syaz, kau okay ke? " Syazwan menegur rakan sekelasnya apabila melihat Syazlin seperti kekurangan nafas.
Kalau kurang pon, kau nak tolong beri cpr ke wan?
"Aku okay. Dah kenapa kau je yang asyik tegur aku? Tak ada watak lain ke? " Syazlin menjeling Syazwan sebelum terus duduk di kerusinya.
Syazwan yang sedang sibuk mengisi borang kehadiran dipandangnya sebelum dia menggelengkan kepala perlahan.
Tak makan saman betul dia ni. Kehadiran sepatutnya hantar waktu pagi, bukan waktu rehat.
"Entahla, aku pon tak tahu. Dahla, aku pergi pejabat dulu. Tataaaa. " Syazwan melambai Syazlin dengan semangat sebelum berlari keluar daripada kelas dengan cepat. Tergolek nanti baru tahu.
Kerusinya ditarik ke bawah kipas berdekatan tempat duduknya. Dia duduk berhadapan dengan pintu belakang kelas 5 Dahlia.
Tali kasut yang terbuka terus diikatnya.
Terasa seperti terkena renjatan elektrik apabila Syazlin menegakkan badannya. Matanya bersabung dengan mata Adam di pintu kelas.
Mulut murai Syazlin hanya diam membisu seperti digam kuat oleh gam gajah.
Mata Adam tetap memandangnya dengan pandangan tajam. Sangat-sangat tajam sehingga mampu membelah jantungnya.
Apa yang Syazlin tahu, kelenjar adrenalina nya telah berjaya merembeskan banyak hormon ketika itu. Terima kasih wahai kelenjar.
"Adam. " Syazlin cuba memanggil nama sahabatnya yang 'hilang' selama tujuh bulan itu. Tapi, hanya Syazlin yang mampu mendengar suaranya sendiri.
"Adam. " akhirnya, terkeluar juga suara emasnya itu.
"Ya. " Adam seperti terpukau terus menbalas panggilan Syazlin. Matanya masih lagi melekat di wajah Syazlin.
Mungkin rindu.
"Aku--"
"Hai Adam. Saya dah belikan air mineral yang awak nak tadi. "
Tanpa sempat Syazlin ingin menyuarakan rasa hatinya, Laura Hanna tiba dengan wajah gembira.
Adam yang seperti sudah tersedar daripada lamunannya terus mengelengkan kepalanya berkali-kali sembelum memandang Laura dan tersenyum.
Senyum lebar dan sangat manis.
Sudah lama Syazlin tidak melihat senyuman itu.
Adegan itu hanya mampu disaksikan oleh Syazlin tanpa mampu dia berkata apa-apa.
Adam dan Laura terus menuju ke tempat duduk mereka tanpa menghiraukan pandangan syahdu Syazlin.
Keakraban mereka sangat jelas.
Ya, aku cemburu.
Aku mahukan sahabat aku yang dulu.
Aku mahu semuanya kembali normal seperti dulu.
I miss the old us!
Apa yang aku nak cakap tadi ialah
Aku rindu kau sangat-sangat.
Walaupon aku tak tahu apa sebab kau menjauh daripada aku.
Walaupon kau benci aku.
Aki tetap akan rindu kau sampai bila bila.
Air mata yang jatuh secara tiba-tiba dikesatnya laju. Air matanya sangat murah sekarang.
Syazlin tergelak kecil sebelum cuba untuk menarik nafas panjang.
Dia mesti redha dengan takdir ini.
Mesti!!!
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...