"Maaf Kak Roi, Syaz terlambat pulak hari ni. Tadi, cikgu ada buat kelas tambahan mengejut pulak." Syazlin yang masih berbaju sekolah terus bergerak ke bilik persalinan untuk menukar bajunya sebelum memulakan kerja.
Selalunya, Syazlin akan mula kerja pada jam 2.30 petang. Tapi pada hari ini, dia sudah terlambat selama 30 minit.
"Tak apa Syaz, akak faham. Lagipon Syaz kan masih budak sekolah jadi memang selalu jadi macam ni. Syaz janganlah risau pula. Tapi, jangan ambil kesempatan atas kebaikan akak ni pulak ya." Kak Roi yang sudah berumur 43 tahun itu tersenyum sumbing sebelum menghulurkan apron kepada gadis cantik itu.
Agak lama Syazlin bekerja di restorannya itu, kira-kira selama 5 atau 6 bulan. Dia juga sangat suka akan perwatakan Syazlin yang sentiasa fokus dan tidak pernah curi tulang. Lagipon, anak gadis ini sangat manis di penglihatannya.
"Saya takkan ambil kesempatan dalam kesempitanlah akak."
Apron diambil daripada tangan Kak Roi sebelum diikat dipinggangnya.
"Syaz pergi belakang dulu, mesti banyak pinggan mangkuk yang tak berbasuh tu." Syazlin tersengih memandang wajah ibu 2 anak itu sebelum terus menuju ke dapur.
Dia bekerja sebagai tukang cuci pinggan dan pelayan serentak. Letih memang letih tapi dia perlu kuat untuk menyara hidupnya sendiri.
Bagi Syazlin, dia seperti hidup berseorangan di dunia ini tanpa sesiapa pon.
Tiada keluarga.
Tiada rakan.
Hatinya terasa kosong.
Dia mengeluh perlahan. Tangannya laju mencuci pinggan yang tinggi menggunung di dalam sinki itu. Sesekali, peluh di dahi di kesat.
"Syaz, tolong ambik order dekat depan. Kita kekurangan staf sekarang." Kak Roi pantas menepuk bahu Syazlin yang ralit mencuci.
Syazlin mengangguk tanda faham sebelum paip air ditutup. Tangan yang basah dikeringkan di bahagian apron sebelum dengan pantas tangannya dimasukkan ke dalam poket apron untuk mengambil buku nota kecil untuk mengambil pesanan pelanggan.
Meja nombor 3 yang diduduki dua orang itu ditujuinya. Bibirnya menarik senyum sebelum menegur pelanggan itu.
"Cik, nak order apa ya?" Senyuman masih tidak lekang daripada wajahnya.
Pen dan buku nota kecil telah disiap sedia ditangannya sebelum dia mengalihkan pandangannya ke wajah pelanggan itu.
Matanya terbeliak.
Nafasnya ditahan sebelum dihembus perlahan.
Kenapa dia perlu makan di sini?
Wajah yang kelihatan terkejut cuba disorokkan sebelum senyuman cuba ditarik kembali.
"Bagi saya lamb chop 2 set dan orange juice 2. Okay, itu saja."
Menu yang dilihatnya tadi ditutup sebelum matanya memandang pelayan restoran itu.
"Eh Meera, awak kerja sini ke?" Ezmeer terus menegur Syazlin yang masih tergamam tanpa berkata apa-apa.
Syazlin hanya menganggukkan perlahan kepalanya itu sebelum menunduk untuk menulis pesanan mereka tadi.
"Saya ke belakang dulu ya." Hanya itu balasan yang diterima oleh Ezmeer sebelum Syazlin cepat-cepat melangkah ke dapur.
Hampir saja dia terjatuh dek kerana tersadung kaki kerusi. Cemerkap betul Syazlin ni.
"Sayang, bukan ke Meera tu satu kelas dengan awak?" wajah dihadapannya yang berdiam diri daripada tadi dipandang.
Laura hanya mengangguk sebelum tersenyum.
"Dah tu, kenapa sayang tak tegur tadi?" sebelah tangan Ezmeer menopang dagunya untuk dia terus memandang wajah cantik di depannya itu. Untungnya aku dapat jadi tunang kau Hanna.
"Tak ada kepentingan pon untuk sayang tegur dia, malaslah. Kami bukannya rapat pon." Laura hanya menggolekkan bebola matanya tanda menyampah.
"Okay, okay. Awak relaks okay. Jangan buat mata macam tu." Ezmeer terus tergelak kecil melihat perangai tunangnya itu. Nasib comel!
Makanan yang dipesan mereka tiba selepas beberapa minit. Tapi bukan dihantar oleh Syazlin. Mungkin dia menyampah dengan Ezmeer dan Laura. Siapa tahu kan?
Dengan lafaz basmallah, mereka memulakan acara makan.
-----
Meja dilap satu persatu oleh Syazlin. Kerusi ditolak ke dalam meja sebelum lantai disapu dan dimop.
Jarum jam sudah menginjak ke angka 8 malam. Jadi sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah. Hari ini, Kak Roi mahu tutup kedai awal daripada biasa.
Ada hal katanya.
Syazlin hanya menurut perintah tanpa membantah apa-apa perkataan yang keluar daripada mulut Kak Roi. Lagipon, dia yang untung sebab dapat pulang 2 jam awal daripada biasa.
"Akak, Syaz balik dulu ya." Syazlin yang sudah menggalas beg sekolahnya terus menjerit di bahagian depan restoran.
Dia melangkah keluar sebaik sahaja Kak Roi membalas jeritannya itu dengan jeritan. Syazlin tergelak kecil sebelum berjalan menuju ke rumahnya yang tidak jauh daripada restoran itu.
Kepalanya didongakkan menghadap langit yang hitam pekat tanpa bintang yang bertaburan.
Mahu hujan gamaknya.
Belum sempat dia melarikan diri, hujan turun dengan lebatnya.
Dengan langkah seribu, Syazlin berlari menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Baju yang basah diperah sedikit.
Bangku di situ didudukinya sebelum seorang makhluk turut duduk bersebelahannya.
Makhluk dikirinya dijeling sedikit. Mana tahu bukan manusia ke malam-malam macam ni.
"Syaz."
Terus Syazlin memandang tepat pada wajahnya setelah mendengar suara yang keluar daripada mulut makhluk itu.
Mungkin hari ini, hari terbeliak sedunia agaknya.
Tapi sekarang, matanya memang betul-betul membulat.
"Aiman." Perlahan sahaja suara yang keluar daripada mulut Syazlin. Liur yang pahit ditelan.
Apa yang abang tirinya buat di sini?
"Kau buat apa kat sini?" terus sahaja Syazlin bertanya Aiman tentang hal itu. Dirinya dijauhkan daripada Aiman. Tak selesa.
"Kenapa? Tak boleh ke aku nak ke sini?" Aiman menjawab pertanyaannya dengan soalan.
Syazlin hanya berdiam diri tanpa membalas apa-apa.
Sumpah aku malas nak layan kau, nanti aku yang sakit hati.
Aiman mendekatkan dirinya dengan Syazlin. Kepalanya ditundukkan memandang lantai perhentian bas yang basah dek air hujan.
"Kau ni apahal dekat-dekat dengan aku?" Syazlin terus berdiri menghadap abang tirinya itu. Walaupun dia masih trauma dengan perbuatan abang tirinya itu, namun dia perlu kuatkan diri.
"Aku—"
"Aku apa?!" Syazlin menjerkahnya kuat. Kuat bagaikan mahu melawan lebatnya hujan.
"Aku—aku nak minta maaf dengan kau. Aku banyak buat salah dengan kau."
Syazlin terdiam membisu sambil melawan pandangan Aiman Aqil yang kelihatan..
Bersalah.
"Sebenarnya, aku yang edit gambar kau dan Adam." Perlahan sahaja suara Aiman namun telinga Syazlin masih dapat menangapnya.
"Ap—Apa kau cakap?"
Tergagap-gagap suara Syazlin.
Dadanya berombak laju.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...