45

1.6K 101 29
                                    

Langkahnya dilajukan menuju ke arah surau sekolah. Kasutnya dibuka dan disusun di atas rak yang disediakan. Beg sekolah diletakkan di beranda surau. Syazlin bergerak ke bilik wuduk untuk mengambil ambil air sembahyang di samping dapat menyejukkan hati.

Telekung di dalam almari dicapai sebelum bergerak ke ruang solat wanita. Suasana sekarang sangat riuh-rendah. Pelajar sesi petang sedang menunggu waktu solat tapi keadaan seperti di pasar, bising!

Syazlin duduk di bahagian saf belakang sambil bersandar pada dinding surau. Dia cuba menutup mata untuk menenangkan diri. Tapi bagaimana mahu tenang dengan suasana hingar-bingar begini.

Syazlin berdiri memandang seluruh surau. Lelaki atau perempuan sama saja. Banyak mulut!

"DIAM!"

Dengan satu perkataan mampu menyurutkan suasana bising tadi. Semua mata tertancap pada Syazlin yang cantik bertelekung di bahagian belakang. Tak kira pelajar lelaki atau perempuan, semua memadang wajah garangnya.

"Semua duduk dalam saf elok-elok. Jangan bising. Ini rumah Allah bukan zoo yang korang semua nak bising!" kuat kedengaran suara Syazlin di dalam surau yang kini senyap sunyi. Jika jarum jatuh mesti kedengaran.

Adik-adik tingkatan satu dan dua terus duduk dalam saf. Tidak berterabur seperti tadi. Bagus, mengikut arahan.

"Kalau tak nak baca al-Quran, tak apa. tapi, hormatkan sikit orang yang nak mengaji. Kita berkongsi tempat, jadi tolonglah tunjukkan sedikit adab korang." Syazlin meraup perlahan wajahnya. Dia cuba bersabar.

"Lain kali jaga adab dalam rumah Allah. Aku minta maaf sebab marah korang. Lagi aku tak marah, korang ni tak dengar cakap. Sampaikan kadang-kadang aku tengok cikgu-cikgu tegur pon korang buat tak tahu. Lepas ni siapa bising, aku denda lari 10 pusingan mini stadium. Faham!"

Mereka semua terus mengangguk laju. Aura Syazlin Ameera ni lain macam. Siapa sahaja yang tidak mengenali Syazlin Ameera, atlet sekolah dengan otak gila-gila tapi tetap tegas orangnya. Dan apa yang mereka pasti, Syazlin tak pernah main-main dengan setiap katanya.

"Apa yang aku cakap tadi bukan valid untuk hari ni saja. Tapi valid untuk selama mana korang berada di sini. Ingat, ke mana pun kita pergi, adab mesti dilazimi. Jangan tinggal dekat rumah. Kita ni umat Islam, ikon kepada agama kita yang akan sentiasa diperhatikan oleh orang lain. So, jadilah yang terbaik antara yang terbaik. Aku minta maaf sebab berkasar. Assalamualaikum." Syazlin kembali duduk di tempatnya tadi. Kedengaran suara adik-adik yang menjawab salamnya.

Dia bersandar sebelum memejamkan mata. Suasana semakin tenang tanpa suara bising yang berbual hal yang hanya merugikan masa. Hanya kedengaran alunan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh mereka.

Terasa tangannya dicuit perlahan. Syazlin membuka mata dan memandang wajah ayu dihadapannya. Berkulit kuning langsat dan muka berbentuk bujur sirih. Matanya yang bulat dan alis mata yang panjang sangat menambahkan kecantikan wajahnya.

"Saya minta maaf sebab buat bising tadi. Akak marah saya ke?" kata pelajar tersebut. Tiada tanda nama dipakai, mungkin pelajar tingkatan satu.

"Akak tak marah pun tapi lain kali jangan buat lagi tau? Tak baik dan Allah tak suka." Syazlin tersengih memandang tudung budak perempuan itu yang ke depan. Tariklah ke belakang sikit, dik. Tak nampak mata tu kalau tunduk. Dia seperti melihat dirinya sendiri dengan tudung seperti itu ketika tingkatan satu.

"Ya akak, saya janji."

"Nama apa?" Syazlin cuba menanya nama gadis cantik ini. Baru tingkatan satu dah cantik betul!

"Suhaila."

"Okay Suhaila pergi duduk dekat depan. Nak solat dah ni." Syazlin mengarahkan Suhaila bergerak ke saf hadapan apabila melihat pelajar lelaki yang berdiri di hadapan mikrofon. Bersedia untuk azan.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now