30

1.7K 108 31
                                    

Syazlin menelefon Adam sekali lagi. Ini sudah kali keberapa ribu dia menelefon Adam sesudah dia solat isyak tadi. Adam masih marahkan aku? Bukannya dia tak biasa dengan angin tantrum aku itu.

Syazlin membaringkan badannya sambil matanya mula merenung syiling biliknya yang dihiasi banyak sticker bintang.

Haihlah bintang, Adam marahkan aku la. Apa nak buat ni?

Syazlin mengeluh perlahan. Dulu, Adam tak pernah buat perangai seperti ini. Sekarang bukan main lagi marah. Amboi, biasa dia!

Dia mula menghantar pesanan suara kepada Adam melalui aplikasi WhatsApp.

"Adam, kau marahkan aku lagi ke? Aku minta maaf, tadi aku tak sengaja. Janganlah marahkan aku."

"Aku call kau tak jawab. Kau marah ke merajuk dengan aku?"

"Adammmmmmmmmmm"

"Janganlah buat aku macam ni. Aku dahla tak ada kawan lain selain kau. Takkan kita nak habiskan cuti panjang ini dengan bermasam muka macam ni. Taknaklah macam tu. Hal cendol je kot."

"Aku minta maaf. Aku sayang kau kot weyh. Kau tak sayang aku ke? Hmm okay bye. Geraklu. Assalamualaikum."

Syazlin menutup Wifi sebelum meletakkan handphonenya di meja bersebelah katilnya. Dia mula menutup lampu dan bersedia untuk tidur.

Al-Fatihah, surah 3 Qul dan ayat kursi dibacanya sebelum melelapkan mata.

Bismikallah humma ahya waa'mut

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.

-----


Adam keluar dari tandas sambil memegang perutnya. Kakinya sudah berasa lenguh dan kebas setelah duduk mencangkung hampir 30 minit di dalam tandas biliknya. Entah apa yang dia silap makan pon Adam tak tahu.

Adam bergerak ke meja soleknya dan mengambil minyak angin di situ sebelum kembali duduk di atas tilamnya. Adam menuangkan sedikit minyak angin ke atas tapak tangan kanannya sebelum disapu ke perutnya. Berkeriut-keriut bunyi perutnya.

Tangan kirinya diangkat dan diletakkan di dahinya setelah dia berbaring menelentang. Dia memandang syiling biliknya dan mengeluh perlahan. Dia teringatkan dua gadis yang menjadi sahabatnya kini.

Laura Hanna. Gadis yang lemah-lembut dan sangat sopan ketika bercakap. Peribadinya yang sangat ayu itu telah membuatkan hatinya terjatuh sayang pada si dia. Sayang atau cinta? Entahlah, masih terlalu muda untuk memikirkan hal begini.

Syazlin Ameera. Gadis yang kasar, gelojoh, bingit dan suka ikut kepala dia saja! Perangainya yang ceria dan peramah membuatkan semua orang senang untuk berkawan dengannya walaupun dia tu suka cakap lepas. Mereka berasa selesa dengannya tetapi dia juga seorang yang tegas dan tetap pendirian. Arhh kadang-kadang boleh dapat migrain dengan perangai Syazlin yang tak semenggah itu.

Adam tersenyum teringatkan perangai Syazlin yang gila-gila itu. Macam orang tak betul dah gayanya. Tiba-tiba dia teringatkan hal siang tadi. Adam telah meninggalkan Syazlin berseorangan di warung Pak Abu. Tak pernah dia buat sebegitu kepada Syazlin. Adam mengeluh perlahan.

Notifikasi telefon pintarnya berbunyi dan dengan kadar segera Adam mengambilnya.

31 missed call dan 5 new messages daripada Syazlin ngok ngek. Adam yang melihatnya hanya mengangkat kening.

Lama sangat ke aku stay dalam toilet sampai banyak macam ni notification?

Dia mendengar semua voicenotes yang dihantar oleh Syazlin. Dia tergelak besar dengan perangai si Syazlin. Alah mangkuk ni kelakar betul la. Adam tersengih seorang diri sebelum membalas mesej sahabatbya itu menggunakan voicenote.

"Haah aku marahkan kau dan aku tak sayang kau pon." Adam mengusik Syazlin dengan pesanan suaranya itu. Dia tersenyum menanti balasan daripada teman baiknya itu.

Tapi harapan hanya tinggal harapan. Last seen Syazlin adalah setengah jam lepas. Dah tidur ke? Awal betul. Sekarang baru pukul 11.45 malam.

Adam meletakkan kembali minyak angin di tempat asalnya. Dia menutup lampu biliknya dan melompat ke atas katil yang bersaiz king itu. Adam membuka Twitter untuk menghabiskan masa-masa sendu di situ serta untuk mendapatkan perkembangan isu semasa.

Sekejap Adam tergelik kecil membaca telatan netizen, sekejap lagi pula dia menggelengkan kepalanya. Macam-macam betul perangai manusia.

Kita sebagai manusia yang masih mempunyai common sense ini, tak usahlah kita hendak berbalah sesama sendiri di laman sosial. Setiap apa yang kita taip jugak perlulah kita tapisi terlebih dahulu agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Manusia zaman sekarang berasa bangga dengan dosa-dosa yang mereka lakukan. Sehinggakan sanggup membuka aib rakan-rakan sendiri hanya untuk meraih perhatian netizen. Bahagia dapat malukan orang? Tak apa, kifarah itu wujud.

Nau'zubillah minzalik.

Semoga kita dihindari daripada malapetaka.

Adam meletakkan telefonnya di meja sebelah sebelum menarik selimut untuk tidur. Adam lelap dulu ya semua. Selamat malam. Semoga bermimpi yang indah-indah.

4.30 pagi.

Adam terbangun apabila dia merasakan perutnya memulas. Dia dengan tergesa-gesa menuju ke tandas untuk melakukan proses penyahtinjaan.

Dah kenapa pulak perutnya meragam? Baru hari pertama cuti sekolah ja kot. Adam mula menyapukan minyak angin di perutnya berkali-kali sehingga tertidur.

Ruginya Adam, bangun pagi tapi tinggalkan tahajjud.

Adam minta maaf, Adam sakit perut. Adam janji Adam tak buat lagi lepasni. Hmmm.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now