66

3.1K 132 118
                                    

Wajahnya dihadapan cermin itu dipandang lama sebelum dia membersihkan mukanya menggunakan air.

Air yang menitik diraup seketika sebelum Adam mengeluh perlahan.

Kau sakit, kenapa kau tak bagitahu aku?

Liver cancer stage 4 huh?

Pintu tandas hospital itu ditutup perlahan sebelum wad Syazlin ditujuinya. Dia hanya melihat Syazlin yang nyenyak tidur melalui bukaan pintu yang kecil.

Sekali lagi, nafasnya dikeluh. Berat.

"Awak ni siapa ya? " secara tiba-tiba Adam ditegur oleh seorang jururawat yang berwajah ayu.

Tag namanya dilihat sekilas.

Siti.

"Saya kawan pesakit di dalam itu. " kata Adam sambil menunjukkan wad Syazlin.  Wad persendirian.

"Saya kawan Syazlin. Kawan baik. " Adam senyum hambar sambil menundukkan kepalanya.

Peritnya nak sebut perkataan kawan baik itu. Rasa seperti dia punca kemusnahan persahabatan mereka.

"Let me guess, awak Adam Cassiel? " Kak Siti meneka dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya.

Adam yang terkejut namanya disebut terus mengangkat kepalanya lalu mengangguk laju.

"Macam mana akak tahu nama saya? " Adam mengerutkan dahinya. Dia berasa sangat pelik sekarang ini.

"Oh jadi inilah orang yang selalu yang Syaz sebut. Hensem. " Kak Siti berkata sambil memandang Adam daripada atas ke bawah.

Kacak betul.

Pipi Adam merah mendengar pujian itu.

"Dia selalu sebut nama saya? " dengan perasaan teruja Adam bertanya. Senyuman lebar ditarik.

Kak Siti mengangguk.

"Dia selalu sebut tentang awak setiap kali dia warded di sini. Tapi sayang, awak tak pernah pon datang melawat dia. Cakap kawan baik. "

Bagai ditikam pedang, hatinya tertusuk kuat mendengar ayat daripada jururawat itu.

Kepalanya semakin menunduk.

"Hargai dia selagi dia masih hidup. Akak kesian lihat Syazlin, dia macam tak ada sesiapa. Datang kemoterapi sorang-sorang. Tak ada yang datang melawat. Akak tahu dia sedih. Sangat sedih sebenarnya. But she good at hiding expression, no one knows what is inside her heart. She's our happy pill in this hospital so please appreciate her. She deserves to be happy. " kata Kak Siti sebelum dia meninggalkan Adam yang terkaku di situ seorang diri.

Dia dah besar, dah boleh berfikir sendiri.

Adam menolak pintu wad itu sebelum dia bergerak ke tepi katil Syazlin. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan.

Wajah pucat itu dipandang lama.

Aku minta maaf tak ada masa kau susah. Walaupun kau selalu sokong aku daripada jauh. Khilaf aku tinggalkan kau dulu.

Betullah, sesorang boleh jadi bodoh sebab cinta.

Aku tinggalkan persahabatan kita disebabkan oleh cinta monyet gila itu.

Aku bodoh.

Kepala dilentokkan ke atas katil Syazlin. Matanya menghadap tangannya Syazlin yang dicucuk IV drip yang keberapa kali. Mesti sakit kan?

Tiub itu disentuh sebelum digoyangkan perlahan. Adam tersenyum kecil.

Aku janji dengan kau, aku akan jaga kau.

Matanya semakin memberat. Mata terus ditutup sebelum dia turut berlayar dalam mimpi indah.

Aku harap aku mimpikan kau.


-----



Badan yang terasa sakit akibat tidur membongkok itu menyebabkan Adam membuka matanya.

Badannya ditegakkan sebelum direngangkan ke kiri dan kanan. Mulut yang menguap besar ditutup dengan belakang tangannya.

Matanya terus dihadapkan ke arah Syazlin.

"Ya Allah, terkejut aku. " Adam beristighfar selepas matanya bertemu dengan mata Syazlin yang merenungnya tajam. Dadanya diurut perlahan. Kalau malam-malam ni, konfem pengsan.

"Kau nak apa-apa ke?  Air? " tanya Adam setelah melihat Syazlin yang masih merenungnya tajam. Apa masalah dia ni.

"Aku nak--"

"Kau nak? " Adam memotong percakapan Syazlin yang belum sempat menghabiskan ayatnya.

Syazlin menjelingnya tajam. Adam hanya tersengih.

"Aku nak minta maaf. Aku kutuk kau macam-macam tadi. I'm really sorry. " jari-jemarinya dimain untuk mengelak daripada pandangan Adam.

"Kau tak ada salah pon dengan aku. Aku yang banyak buat salah. Aku pun minta maaf okay?"

Syazlim hanya mengangguk lemah.

"Kira kosong-kosong eh? " tanya Adam dengan bersemangat.

Mudah betul nak kosong-kosong.

Tapi Syazlin hanya menganggukkan kepalanya sekali lagi.

Hari angguk sedunia.

"Jadi, kita kawan balik kan? " Mata Adam kelihatan bercahaya apabila bertanyakan soalan itu. Dia rasa bahagia.

"Ya kita kawan. Not more than that. Aku tak nak. " tegas Syazlin meluahkan kata-katanya.

Wajah Adam berubah sedikit sebelum dia cuba mengawal air mukanya.

Friendzone.

Dia direject.

Peritnya.

Namun, tak apalah. Asalkan dia dapat Syazlinnya yang dahulu.

Adam senyum lebar. Cuba menutup rasa sedihnya. I deserve this.

"Okay, kita kawan sampai bila-bila. " kata Adam lalu memandang tepat mata Syazlin.  Mata yang sudah berbeza daripada dahulu. Sinar keceriaanya hilang.

"Aku nak pergi kafe, kau nak makan apa-apa? " Adam bangun daripada duduknya selepas sekian lama dia melabuhkan punggungnya disitu.

"Aku nak bihun tomyum. Sekian." jawab Syazlin sambil tersengih lebar.

Syazlin yang dulu dah kembali.

"Baik madam! " Adam menabik sebelum mereka ketawa besar serentak. Dia bergegas ke pintu wad dengan segera.

Tangga kecemasan dituruni dengan pantas. Lif terlalu ramai, jadi tangga adalah langkah yang terbaik.

Untuk Syazlin, lautan api sanggup diredah.

Cis.

Dia perlu hidangkan makanan Syazlin dengan cepat.

Princess saya sedang kelaparan!

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now