"Eh Adam, kau nak pergi mana ni? Kenapa gelabah sangat? " suara yang menegurnya dari arah belakang menyebabkan Adam berpusing 180 darjah sambil tersenyum hambar. Lengan panjang kemejanya dilipat hingga ke siku.
Aduh, masa-masa macam ni jugalah ada yang nak tegur. Beg laptop yang digalas itu cuba dibetulkan tempatnya. Kening yang berkerut seribu itu digaru perlahan. Rambutnya diraupkan ke bahagian belakang.
"Kau ada apa panggil aku? Aku nak cepat ni. " tanya Adam jujur sebaik sahaja rakan sekerjanya itu mula mendekat. Kening dijongketkan berkali-kali.
"Kau ni, asal jumaat petang je mesti kalut nak balik. Dari kau mula kerja sampai sekarang. Kau pergi mana sebenarnya. " suara itu mula menyoalnya lagi sambil tangannya laju menyalakan rokok dihujung bibir.
Adam menggulingkan kedua-dua biji matanya. Dia ni memang tak reti hormat orang ke? Aku sumbat rokok tu dalam tekak kau, baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
"Aku nak pergi kubur. Hari ni jumaat, pahala lebih sikit. " jawabnya bersahaja sambil menjeling mamat berjanggut ciput itu. Sudah-sudahlah tu hisap rokok. Perit dah dada ni.
"Kubur? Buat apa kat sana? Minta nombor ekor? "
"Syirik lah bro, aku pergi kubur sebab nak ziarah orang yang aku kenal lah." Adam mula berasa serabut dengan mamat itu. Kesabarannya semakin menipis. Sekali lagi ayat entah apa-apa keluar daripada mulut dia, memang aku hempuk guna beg laptop ni.
"Manalah aku tau, kotkot lah kau main nombor ekor kan? Orang zaman sekarang mana boleh percaya." Kata lelaki itu sebelum kembali menghisap baki rokoknya dan berlalu menjauhi Adam.
Adam mengurutkan dadanya perlahan tanda menahan sabar dengan ayat minta kaki mamat tu tadi. Nasib baik aku ni lebih matang dari dulu, kalau tak bersepai muka kau makan penumbuk aku ni.
Lif ditujuinya dengan pantas butang anak panah ke bawah ditekannya. Sambil-sambil dia melihat jam ditangannya itu.
4.00pm
Ting!
Adam terus melangkah ke dalam lif dan butang G ditekannya. Dia bersandar ke dinding lif untuk seketika. Bolehlah rehat kejap sementara nak sampai ke tingkat bawah dari tingkat 17 ni.
"Hi Encik Adam."
Terus terbuka mata Adam yang baru separuh tertutup. Badannya ditegakkan sebelum tersenyum memandang wanita bertudung yang menegurnya tadi.
"Hai Cik Wani." Balas Adam pendek. Cukuplah untuk tidak membuatnya nampak sombong. Badannya yang terasa letih ni kadang-kadang tak memberi kerjasama yang baik. Risau terlepas pada orang lain.
"Awal Encik Adam balik harini. Ada emergency ke?"
Ah, here we go again dengan soalan yang sama.
"Macam biasa, hari Jumaat saya ke kubur dan harini mama saya suruh balik rumah parents saya. Sebab tulah balik awal sikit harini." Jawab Adam agak panjang,
Wani menganggukkan kepalanya tanda faham apa yang disampaikan oleh Adam itu.
"Encik Adam ziarah kubur siapa?" Wani menyambung pertanyaannya.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...