68 [Final]

6.1K 205 153
                                    

"Daddy, we need to talk. Once again, Aiman nak bagitahu semuanya. Aiman dah tak sanggup nak hadap semua ni. " Aiman terus mengikut langkah Datuk Mansor yang terus bergerak laju ke ruang tamu.

"Sit. Sekarang, Aiman bagitahu semuanya dekat daddy. I'm listening." Datuk Mansor duduk disofa empuknya dengan kaki yang bersilang. Dia berpeluk tubuh memandang anak tirinya yang semakin matang sejak berhijrah ke negara orang.

"Ni semua pasal mama. Mama seorang perempuan yang sangat tamak. Daddy sedar atau tak, mama sekarang sedang bertungkus-lumus nak rampas harta daddy. Aiman--" belum sempat Aiman menghabiskan percakapannya, Datuk Mansor terus memotong dengan wajah yang tegas.

Aiman menelan liur.

"What are you talking about? Mama tak mungkin macam tu lah. I know my wife so well. " Datuk Mansor memandang tajam wajah Aiman yang menunduk.

Aiman menarik nafas dalam sebelum dia memberanikan diri untuk melawan panahan mata Datuk Mansor.

"Aiman bukan cakap kosong, Aiman ada bukti." Aiman memainkan video Datin Amnah yang berhubung dengan peguan tentang cara untuk mengubah wasiat suaminya secara haram.

Datuk Mansor berkerut-kerut menonton video itu sebelum dia tergelak kuat.

"Nonsense."

"You need to trust me. It's real! " suara Aiman naik seoktaf sebelum dia menyedarinya dan memohon maaf.

"Pasal Syaz dan Adam. Itu semua rancangan mama. Mereka berdua tak bersalah dalam hal ini. Mama yang salah! Mama yang fitnah Syaz supaya daddy benci dia. Maka berkuranglah satu penghalang dia untuk dapatkan harta daddy. " terang Aiman bersungguh-sungguh.

Datuk Mansor yang kelihatan terkejut terus memicit dahinya yang terasa berdenyut-denyut.

"Percayalah cakap Aiman, Aiman anak dia. Aiman tahu semua rancangan dia. Jadi daddy,please ambil tindakan sepatutnya. Aiman dah tak sanggup nak bersubahat dengan mama. Aiman dah insaf. " kata Aiman sambil mendekati bapa tirinya. Tubuh Datuk Mansor dipeluk erat.

"Maafkan Syaz daddy. Ini semua bukan salah dia. Dia tak bersalah langsung dalam hal ini walaupun sedikit. Selama ini, dia tersiksa disebabkan perbuatan mama. She has no one but you." Aiman menepuk perlahan belakang badan Datuk Mansor yang tegang.

Dia kelihatan marah.

Datuk Mansor hanya berdiam diri tanpa berbicara. Ekspresi wajahnya merungkaikan segala-galanya.

Habislah Datin Amnah apabila melangkah masuk ke rumah ini nanti.

"I'm home! Eh sayang, you tak kerja hari ini? " Sebaik sahaja Datin Amnah melangkah masuk ke dalam rumah, dia terus bergerak untuk memeluk Datuk Mansor.

Datuk Mansor hanya menolak tangannya kuat ssbelum berdiri menghadapa isterinya. Matanya mencerlung tajam menghadap wajah isterinya. Gigi dikertap kuat.

Datin Amnah tetap cuba untuk memegang lengan suaminya namun cepat-cepat ditarik oleh Datuk Mansor.

"Don't touch me! "jerkah Datuk Mansor kuat sehingga terangkat bahu Datin Amnah.

"You ni kenapa? Kenapa nak marah I tiba-tiba ni? " Datin Amnah terus memandang suaminya itu dengan pandangan menyampah.

"Sebab I dah tahu semuanya pasal you. Pasal rancangan jahat you. I sangat tak sangka I beristerikan perempuan hati busuk macam you! Sampai hati you nak musnahkan keluarga I? " Datuk Mansor mencengkam kuat bahu isterinya. Rayuan Datin Amnah yang kesakitan itu hanya diabaikan.

"You baru sedar I ni perempuan berhati busuk? Kesiannya you. " Kata Datin Amnah sambil tertawa besar.

Kelakar jugak laki aku ni.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now