32

1.3K 97 22
                                    

Adam yang membaca ayat Syazlin terus terkesima. Apakah? Dia menatap ayat itu selama 5 minit. Syazlin gila atau dia tersilap baca?

Aku pon sayang kau.

No, aku suka kau.

I love you.

Saranghae, saranghaeeeeeeeeeee!

Is it real? Or I'm dreaming?

Adam menepuk kuat pipinya. Pergh sakit. Dia mengaduh kesakitan.

"Kenapa tak tumbuk terus muka tu?" tanya Datin Ani, ibu Adam.

"Eh mama." Adam terkejut dengan soalan mamanya terus duduk. Nak berangan pon duduklah dalam bilik. Ni pergi duduk di ruang tamu tu buat apa?

"Kenapa dengan anak mama ni? Tak habis lagi sakit perut sampai nak tampar muka yang hensem tu pulak?" Datin Ani mengambil tempat di sebalah anak tunggalnya itu.

"Tak ada apalah ma. Saja nak mencantikkan kulit." Jawab Adam bersahaja sambil tersengih memandang mamanya.

"Ish merapu apa Adam ni? Pelik-pelik betul." Datin Ani tergelak kecil memandang anaknya itu.

"Papa mana ma? Tak nampak pon?" Adam mula mencari-cari keberadaan Datuk Azman Cassiel. Tak nampak pon kelibat dia hari ini,padahal hari sudah malam. Adam mula meletakkan kepalanya di riba mamanya.

"Papa pergi pejabat. Dia cakap ada benda yang nak kena selesaikan." Jawab Datin Ani sambil mengusap rambut anak terunanya yang manja.

"Hari sabtu pon kerja. Dah lama kita tak makan sama-sama. Rindulah ma." Adu Adam sambil memeluk tubuh. Datin Ani tersenyum memandang anaknya.

"Papa kan kena cari rezeki. Janganlah merungut, tak baik tau."

"Ha dengar cakap mama tu Adam. Jangan asyik merungut je." Tiba-tiba kedengaran suara Datuk Azman di ruang tamu. Aik?

Adam terus bangun dan memandang ayahnya yang berdiri tegap di hadapan pintu utama. Kelihatan segak Datuk Azman dengan kemeja biru muda yang dipakainya. Nampak muda!

"Paaa." Adam tersenyum sebelum mendekati papanya lalu menyalam tangan Datuk Azman sebelum memeluknya sebentar. Jarang jumpa anak lelaki manja dengan bapak.

"Manjanya anak awak ni sayang." Usik Datuk Azman sambil memandang isterinya sebelum memeluk kembali Adam. Datin Ani mengambil beg dan kot suaminya.

"Ikut perangai abanglah, tu yang dia manja sangat tu." Datin Ani join sekaki untuk mengusik Adam.

"Mana ada Adam manja. Suka hati je cakap Adam macam tu." Jawab Adam sambil cuba mengawal machonya sebelum bermain-main dengan rambutnya.

"Dahlah, jom kita makan. Papa dah lapar ni." Ujar Datuk Azman sambil memegang perutnya. Mereka tiga beranak mula menuju ke meja makan untuk menikmati makanan yang disediakan satu-satunya wanita di dalam rumah itu.

Selesai saja makan malam, mereka mula bergerak ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama. Datin Ani menatap dulang yang mengandungi tiga cawan yang berisi coklat panas.

"Papa ada sesuatu yang nak dibagitahu ni." Suara Datuk Azman tiba-tiba memecahkan suara pembaca berita di televisyen.

"Bagitahu apa pa?"

"Haah bang, abang nak kasi tahu apa?"

"Isnin akan datang kita sekeluarga akan ke Amsterdam. Maybe, tinggal di sana selama seminggu." Kata Datuk Azman sambil tersenyum sebelum menghirup coklat panas buatan isterinya.

Adam dan Datin Ani tersenyum lebar. Dah lama tak pergi bercuti. Terakhir kali ialah setahun yang lalu.

"Betul ke pa?" tanya Adam dengan perasaan teruja. Datuk Azman mengangguk sebelum Adam tersengih dengan lebarnya.

"Adam nak kena bagitahu Syaz! Adam naik bilik dulu. Assalamualaikum, selamat malam." Adam tergesa-gesa berlari menuju ke bilik tidurnya. Kedua-duanya menjawab perlahan salam Adam.

"Semangat betul dia nak cerita dekat Syazlin. Apa nak jadilah Adam ni. Perangai macam budak-budak." Bebel Datuk Azman.

"Abang bukannya tak tahu betapa rapatnya mereka berdua sejak kecik lagi. Berkepit macam belangkas." Datin Ani tersenyum teringatkan gelagat Adam dan Syazlin yang rapat.

"Sebab terlalu rapat tulah yang merisaukan abang. Harap tak berlaku perkara yang akan memalukan keluarga." Datuk Azman mula bersuara serius.

"Tak ada apalah bang. Jangan fikir negatif sangat. Syazlin tu baik budaknya. Bukan awak tak kenal dia." Datin Ani cuba membela nasib kedua-dua anak kesayangannya.

"Saya tahu yang, Syazlin tu pon panggil saya papa tahu tak? Dah rasa macam ada menantu." Datuk Azman tersengih memandang isterinya. Tadi, dia sahaja mahu menguji isterinya. Dia sangat kenal dengan Syazlin dan adik-adiknya. Sejak kecil mereka selalu bermain bersama anaknya,Adam.

"Ada-ada ja lah awak ni. Dah, jom tidur."

"Yalah, yalah jomlah sayang oii." Datuk Azman bangun daripada duduknya dan menuju ke tangga menuju ke biliknya dan diikuti Datin Ani.

-----

Adam yang berasa teruja dengan perkhabaran papanya terus menelefon Syazlin. Dia terlupa sudah dengan mesej Syazlin yang boleh menghentikan jantungnya siang tadi.

Syazlin yang menerima panggilan masuk daripada Adam terus keras kejung. Aduh, dia malu dan segan dengan Adam disebabkan kejadian Aryan berbalas mesej dengannya tadi. Sumpah Aryan memang nak kena! Dari tadi dia mengelakkan dirinya daripada berjumpa dengan Syazlin.

Syazlin menjawab panggilan telefon dan meletakkannya di telinga tanpa berkata apa-apa. Yang dia dengar hanyalah suara Adam yang teruja entah kenapa.

"Syazzzzzzz, lusa aku nak fly ke Amsterdam! Weh aku excited gila weh!" kata Adam sebelum berbaring di atas tilam empuknya.

Syazlin hanya tersenyum tapi hanya mendiamkan diri. Awkward gila!

"Asal kau senyap ni weh? Kau cakap cepat, nanti kang aku tak beli apa-apa untuk kau baru tau." Adam mengubah posisinya kepada meniarap.

"Alaaaa, janganlah macam tu. Belikan aku hadiah banyak-banyak. Tak beli siap kau!" haaa keluar pon suara emas korea kau tu.

"Aku tahulah, nanti aku beli. Kenapa kau senyap tadi?" tanya Adam sekali lagi.

"Errr Adam, pasal mesej siang tadi tu..."

"Mesej apa? Ohh yang tu." Belum sempat Syazlin menghabiskan ayatnya, Adam mencelah lalu terdiam.

"Tu bukan aku yang mesej kau. Tu Aryan weh. Kau tahu kan dia punya gila suka kenakan orang. Aku berani sumpah, tu bukan aku. Jangan kau simpan dalam hati pulak." Ujar Syazlin beria-ria untuk menjernihkan keadaan dan membersihkan namanya. Ini semua Aryan punya pasal!!

"Dah simpan dalam hati masalahnya." Kata Adam perlahan.

"Hah, apadia? Aku tak dengar." Syazlin bertanya apabila dia seperti mendengar Adam bercakap sesuatu.

"Eh mana ada aku cakap apa-apa. Entah-entah, hantu yang bisik kat telinga kau." Adam mula meloyar buruk. Nyampah aku.

"Kau jangan buat perangai la gila. Aku cepuk kau baru kau tau." Marah Syazlin sebelum memandang ke sekelilingnya. Eh, tahu takut jugak?

Adam tertawa besar mendengar ayat Syazlin. Mereka berbicara sehingga jam menginjak ke 2 pagi. Sakan betul.Masalah yang ditimbulkan Aryan telah mereka tenggelamkan dengan sebaik-baiknya.

Umat islam kan tak elok bermasam muka? Walaupun aku ni sentiasa manis ha gituwwww.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now