Beg sandangnya digalas dibahu kiri sebelum resit hospital itu dibaca dengan teliti.
Kali ini kemoterapi di hospital selama 3 hari membuatkan bil hospitalnya melambung.
Selalunya tak sampai satu hari pon, jadi harganya lebih murah.
Walaupun sangatlah tidak murah bagi orang sepertinya.
Ini mungkin disebabkan tiang itu. Eiii geramnya aku.
Nampaknya, malam ini dia dah kena mula kerja di restoran. Banyak duit yang perlu dia simpan kembali.
Pagi esok, Syazlin akan sambung kerja di kilang kopi sehingga jam 5 petang seperti biasa. Malamnya, kerja di restoran Kak Roi yang menjadi sumber rezeki pertamanya sejak tahun lepas.
Sayang Kak Roi!
Resit disimpan di dalam beg sebelum dia berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang tidak jauh daripada hospital itu.
Tambang bas lagi murah daripada tambang teksi.
Jadi, bas adalah pilihan terbaik untuk orang yang super jimat sepertinya.
Lagipon membazirkan amalan syaitan. Allah murka dengan orang yang menggalakkan pembaziran.
Selagi boleh berjimat, Syazlin akan terus berjimat.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
[Surah al-Israa : 27]
Pandangan dilemparkan ke luar tingkap sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di dalam bas. Telefon di ambil sebelum aplikasi instagram dibuka.
Gambar perkahwinan Ezmeer dan Laura terbentang luas dihadapan matanya.
Wah, dah kahwin.
Selamat pengantin baru.
Syazlin tersenyum kecil sebelum profil kedua-dua mempelai itu dibuka lalu diblock.
Blocking negative people is one of the ways to continue live.
So, do I.
Setelah tiba di perhentian bas di kawasan rumahnya, Syazlin menekan butang di dinding bas sebelum membayar tambang.
Dia berjalan kaki menuju ke rumahnya yang tidak jauh daripada situ. Letih kemoterapi pon belum habis.
Saat dia membuka pagar rumahnya, tuan rumah itu menegurnya.
"Syazlin, lama tak nampak? Kamu pergi mana? " Pak Cik tersenyum sambil menyoal Syazlin yang berada di pagar rumah. Syazlin hanya tersengih.
"Rumah kawan. " pendek sahaja jawapan Syazlin. Dia harap pak cik itu tidak akan menyoalnya lagi. Dia masih merahsiakan tentang penyakitnya kepada semua orang. Yang tahu hanyalah Kak Roi, pegawai HR kilang dan Datin Ani.
"Tadi Adam datang cari kamu, pak cik cakap pak cik tak tahu sebab memang pak cik tak tahu pon kamu ke mana. " bersungguh-sungguh pak cik itu bercerita sehingga terteleng kepala.
Syazlin yang mendengar nama Adam disebut terus memandang tuan rumah itu tepat pada matanya. Dia mengeluh perlahan.
"Pak cik kalau Adam cari saya, pak cik cakap saya dah pindah. Saya tak nak jumpa dia buat masa ini. " Syazlin tersenyum hambar sebelum berlalu masuk ke dalam rumah sewanya.
Mungkin sampai bila-bila aku tak nak jumpa dia.
Pak cik itu hanya mengangguk tanda faham sebelum dia turut beransur ke dalam rumahnya.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...