Datuk Mansor iaitu daddy kepada Syaz dan kembar melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu bersama isterinya, Datin Amnah. Mereka baru pulang daripada bercuti di Tokyo selama beberapa hari.
Anak-anak? Ah biarkan.
Dia berasa hairan apabila rumah itu terasa kosong. Mana pergi anak-anaknya?
Dia memerhatikan sekeliling ruang tamu itu, dia ternampak anak tirinya sedang elok tidur di atas sofa sambil menonton televisyen.
"Aiman. " panggil Datuk Mansor.
Tiada sahutan.
"Aiman Aqil. " panggilnya lagi. Masih juga tiada sahutan.
Datuk Mansor berjalan mendekati Aiman sambil isterinya mengikut dari belakang. Dia memegang bahu Aiman dan anak tirinya itu seakan-akan terkejut.
"Eh daddy, mama bila sampai? Aiman tak perasan pon? " tanya Aiman sambil mengusap belakang kepalanya.
"Macam mana kamu nak perasan kalau asyik berangan je. Daddy kamu tu berulang kali panggil Aiman. Kamu tu yang tak dengar." Bidas Datin Amnah iaitu ibu kandung Aiman Aqil.
"Err.. Sorry mama, daddy. " Aiman tersenyum paksa.
Datuk Mansor meneliti wajah Aiman. Asal nampak lain macam ni?
"Aiman, kenapa dengan dahi kamu tu? Mata lebam, bibir pecah. Kamu gaduh dengan siapa ni?" Tegur Datuk Mansor secara tiba-tiba.
Datin Amnah yang tidak perasan terus memandang wajah anak terunanya itu. Terus terbeliak matanya. Langsung, dia bergegas ke sofa yang diduduki anaknya. Muka Aiman dipegang dan dibelek sepuasnya.
"Hah? Err tak ada apa lah daddy." Terus dia senyum. Kekok.
"Please, Aiman. Jangan tipu mama and daddy. Siapa yang pukul anak mama ni. Pleaselah cakap! " Datin Amnah mengoncang kuat kedua-dua bahu Aiman.
Aiman menelan liurnya yang terasa kesat.
Kalau dia bagitahu perkara yang sebenar, mahu mampos dia kena belasah dengan daddy.
Aiman terfikir sesuatu dan tersenyum sinis. Matilah kau Syazlin. Aku akan buat hidup kau merana.
"Sebenarnya daddy.. Amril yang pukul Aiman."
"WHAT!!!" Datuk Mansor terjerit kuat. Terkejut dengan kenyataan Aiman bahawa anaknya yang paling pendiam boleh membelasah abang tirinya sendiri.
"Ya daddy. Tapi Amril tak rela pon daddy. Am terpaksa ikut arahan Syaz untuk pukul Aiman." Tipunya lagi.
"Hah?! Ya Allah! Kamu cakap benda betul ke ni? " Datuk Mansor memicit-micit perlahan kepalanya.
"Betul daddy, Syaz buat macam ni sebab dia takut Aiman bagitahu daddy perangai dia yang sebenar. Dia bawa masuk jantan dalam rumah ni. Aiman sebagai abang tegur dia tapi dia melenting dan tolak Aiman sampai terhantuk bucu meja. Then, dia suruh Am pukul Aiman. " dengan riak wajah yang sayu Aiman bercerita. Dasar pembohong.
Datuk Mansor termakan dengan pembohongan Aiman. Dia mengurut pelipisnya perlahan.
"Siapa jantan tu Aiman? " tegas Datuk Mansor bertanya. Dia memandang Aiman tajam.
"A-- Adam" gagap Aiman membalas.
Datuk Mansor meraup wajahnya. "Allahuakhbar. Sekarang Syaz dekat mana? "
"Tak tahu. Dia pergi dengan Adam sampai sekarang tak balik-balik. " Aiman menambah perasa. Jantan tak guna.
"Allahuakbar!!!" Datuk Mansor menguakkan rambutnya ke belakang. Dia tidak boleh berfikir apa yang anak perempuannya lakukan.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...