Syazlin terus bersandar ke dinding hospital setelah dia melangkah keluar daripada pejabat doktor cantik.
Perkhabaran yang membuatkan dunianya kelam seketika.
Sampul surat bersaiz A4 itu dipeluknya rapat ke dada. Kerusi dibahagian tempat menunggu didudukinya.
Tangannya menggenggam erat bahagian tepi kerusi sebelum matanya dipejam rapat.
Allah.
Allah.
Allah.
Hanya nama Allah yang meniti di bibirnya.
Sudah tiada air mata yang keluar. Dia penat dengan semua ini.
Perbualannya bersama Doktor Clara terngiang-ngiang di telinganya.
"Saya minta maaf tapi saya perlu beritahu awak tentang hal ini. Your cancer has moved to stage 4. Hati awak dah fully rosak. Saya rasa awak boleh nampak kesannya ke atas diri awak. For your sake, we must do liver transplant."
"Kos pembedahan mungkin antara RM100,00 ke RM120,000."
Mana aku nak cekau duit banyak tu?
"Tapi sebelum kita jumpa penderma hati yang sesuai untuk awak, awak akan lalui satu proses untuk membunuh sel-sel kanser dalam badan awak. It's called Radiofrequency Ablation(RFA) or rhizotomy."
Kepala disandarkan ke dinding hospital sebelum dihantukkan perlahan.
Aku tahu Kau duga aku sebab Kau tahu aku mampu.
Aku berserah kepada-Mu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"Minggu depan awak akan mula berumah di wad. Saya harap awak bertabahlah ya. "
Kalau aku tak tabah, mungkin aku dah bunuh diri. Tapi, aku masih ada iman.
Dengan langkah yang longlai, Syazlin bergerak ke arah lif untuk turun ke lobi. Segala jenis manusia di dalam lif hanya dipandang seketika sebelum dia mula merenung pintu lif sehingga mahu tembus.
Pintu lif terbuka, kakinya melangkah laju menuju ke luar hospital dan bergerak ke arah perhentian bas.
"Syaz. "
Seperti mendengar namanya disebut, dia terus berpaling untuk mencari gerangan yang menyeru namanya itu.
Mata mereka bertembung sebelum Syazlin menghalakan pandangannya ke arah jalan raya.
Jantungnya mula berdegup laju.
"Syaz please, look at me. "
Syazlin menggeleng laju tanpa menjeling sedikit pon manusia ditepinya itu.
Dalam hati dia berharap, basnya akan cepat-cepat tiba kerana dia sangat tidak sukakan situasi seperti ini.
Bagai mendengar rintahan hatinya, bas yang ditunggu tiba. Syalin bangun dengan pantas untuk bergerak ke arah bas. Namun, lengannya lebih pantas ditarik oleh Adam.
"Syaz please, aku nak cakap dengan kau. " Matanya memandang dalam mata Syazlin yang kekuningan.
Kau sakit ke?
Syazlin pantas merentap tangannya dan sekali lagi dia menuju ke bas. Namun apalah nasibnya, baru sahaja dia bergerak satu langkah bas itu telah meneruskan perjalanannya.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...