Syazlin yang khusyuk bermain Snapchat terus terkedu apabila mendapat panggilan masuk.
Nama pemanggil itu membuat dia berasa seram sejuk.
Bulu romanya menaik.
Badan yang daripada tadi tidur menelentang terus mengiring menghadap cermin kaca yang menampakkan segala aktiviti para jururawat di luar.
Syazlin menarik nafas panjang sebelum menekan ikon berwarna hijau itu tanda dia sudah menerima panggilan itu.
Dengan perlahan, telefon didekatkan ke telinganya.
Arh, kenapa jadi slowmo macam si coki pulak ni?
"Hello, assalamualaikum anak mama." suara itu terus menjengah ke gegendang telinganya.
"Wa--waalaikumsalam mama. " tergagap-gagap Syazlin cuba menjawab salam Datin Ani yang tiada angin tiada ribut menelefonnya.
"Kenapa lama tak datang rumah mama? Syaz marahkan mama ke? " sayu kedengaran suara Datin Ani menyoal Syazlin yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
"Mana ada Syaz marahkan mama. Mana mungkin Syaz marahkan mama. Mama janganlah fikir macam tu. " Syazlin terus mengeluarkan ayat-ayat pujukannya yang entah berhasil atau tidak.
Tubuh badannya terus disandarkan ke kepala katil hospital.
"Kalau tak marah, kenapa tak datang jenguk mama?"
Syazlin menelan liurnya sendiri. Apa yang perlu aku buat ni?
"Maa, rindu. " dia cuba mengubah topik perbualan mereka pada masa itu.
"Datanglah rumah kalau rindu mama. "
Tapi tak berjaya!
Datin Ani tetap sahaja menyebut rumahnya itu.
Haish.
"Syaz bukan tak nak pergi tapi---"
"Tapi kamu bergaduh dengan Adam kan? Betul kan jangkaan mama? " Datin Ani terus menembak Syazlin dengan soalan yang bertubi-tubi.
Syazlin hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu ada di mana sekarang ni? Mama nak jumpa. "
Syazlin terus menegakkan badannya dengan mata yang terbeliak luas.
Tangan yang masih dilekat jarum IV drip itu dipandang.
"Sekarang Syazlin Ameera! "
Syazlin menepuk perlahan dahinya berkali-kali. Aduh, mampos aku.
"Syaz ada di hospital ni maa. " perlahan sahaja suaranya namun masih didengari oleh Datin Ani.
"Apa?! "
Syazlin menjauhkan sedikit telefon daripada telinganya apabila mendengar suara Datin Ani yang meninggi. Boleh pekak kalau macam ni.
"Ya macam tu lah maa. " Syazlin tersengih seorang diri sebelum membalas jeritan ibu Adam itu.
"Kamu tunggu jap, kejap lagi mama sampai sana. Assalamualaikum. "
Belum sempat Syazlin berkata apa-apa, Datin Ani terus memutuskan panggilan telefonnya. Syazlin menghembuskan nafas berat sebelum menggaru dahinya.
Ish, apa aku nak buat ni.
Pandangannya dilepaskan ke arah syiling hospital yang kosong.
Eh, tapak kasut?
Siapa yang berjalan secara terbalik di syiling hospital ni?
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...