Disebabkan doktor tidak mahu mereka bertiga mengganggu Syazlin yang sedang tidur dan berehat, jadi mereka bertiga bergerak ke surau untuk menunaikan solat subuh.
5.57 a.m.
Lama betul mereka stay di hospital itu.
Keadaan Syazlin?
Entahlah, belum melawat lagi.Mereka berteleku di atas sejadah surau itu sambil memikirkan sesuatu.
Nak pergi sekolah ke tak?
Pergi? Tak pergi?
Pergi? Tak pergi?
Mereka memandang muka masing-masing dan membuat keputusan iaitu :
i) Kembar tak pergi sekolah
ii) Adam pergi sekolah.Amacam? Bernas tak idea itu?
"Jom kita pergi jenguk akak." Ajak Amril setelah sekian lama mereka bertiga membisu.
"Hmm jom lah. Kejap lagi aku kena pergi sekolah pulak, bukan macam dua orang tu." Adam sempat memerli kedua-dua kembar itu sambil melipat sejadah dan diletakkan kembali ke dalam rak yanh disediakan.
Aryan dan Amril hanya tersengih.
Mereka bertiga menuju ke wad Syaz.
Aryan menolak pintu wad itu dan dia terkejut bukan kepalang apabila melihat kakak kesayangannya itu.
Sebab apa?
Syazlin Ameera boleh duduk bersilang kaki dan makan epal sambil tengok televisyen pagi-pagi begini. Kau rasa? Tak macam orang sakit langsung.
Adam, Aryan dan Aryan hanya ternganga menonton aksi Syazlin yang tak serupa orang sakit walaupun dah macam mumia.
Syazlin yang tersedar ada orang yang memerhatinya terus mengalihkan pandangan ke arah pintu wad yang sedia tertutup. Dia tersengih memandang triple A yang mulut ternganga itu.
"Korang apahal tengok aku macam tu? Seram tahu pagi-pagi macam ni. " Syazlin mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Jam dipandang, 6.30 pagi.
Mereka berjalan mendekati Syazlin. Amril berada di sebelah kiri katil Syaz manakala Aryan di sebelah kanan. Adam berada di hadapan katilnya.
Syazlin mengangkat-angkat kening ala-ala Ziana Zain sambil melihat mereka bertiga.
Aryan melekapkan tapak tangannya ke dahi Syaz yang berbalut kain putih.
"Hmmm tak panas pon." Gumam Aryan perlahan.
"Ari, memanglah dahi akak ni tak panas. Kau nampak tak berapa lapis dia balut ni? Aduhhh adik kesayangan aku ni, bengong juga ye?" Kata Syazlin sambil gelak terkekek-kekek.
"Kak. " panggil Amril.
"Yes? " balas Syaz sambil memandang wajah handsome adiknya itu.
"Akak ni tak trauma ke? Am pelik la, kalau perempuan lain mesti menangis meraung macam orang gila. Tapi akak ni relax macam tak ada apa-apa. Siap boleh bergelak ketawa lagi tengok tv. " Amril memandang wajah kakaknya yang penuh luka dan calar itu. Curious.
Aryan dan Adam hanya menganggukkan kepalanya.
Syazlin mengeluh perlahan.
"Akak ermmm haih. Akak bukan tak rasa takut langsung, to be honest, I'm really scared but I have to fight those feelings. Akak kena lupakan perkara tu walaupun sekejap. Siapa je boleh lupa orang yang hentuk kepala sendiri ke dinding kan?" Syaz tergelak kecil. Mereka memandang Syaz seperti hendak telan.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...