Mata cuba dibuka. Silau. Sekali lagi dia cuba akhirnya, matanya dapat dibuka.
Syazlin mengamati kawasan di sekelilingnya sambil mengerutkan dahi. Kenapa aku boleh ada dekat sini?
"Awak sekarang berada di bilik rawatan sekolah. Awak pengsan tadi." Nurse yang ayu dan manis bertudung itu dipandang.
Aku ni bukannya cliché sangat sampai tak tahu aku ada di mana sekarang ni. Cuma aku nak tahu kenapa aku ada di sini.
Untuk dielakkan dicop sebagai pelajar kurang sopan, Syazlin hanya mengangguk sambil tersenyum. Tangan kiri diletakkan di atas dahi sambil memandang syiling batu bilik rawatan. Atas bilik rawatan ini terdapat bilik bahasa. Sejuk betul bilik tu, aku pernah masuk sekali. Tu pon sebab ujian lisan tingkatan 3.
Wajah dialihkan kepada jururawat yang sibuk menyusun bekas-bekas ubatan di dalam bekasnya.
"Kak." Tegur Syazlin setelah sekian lama. Nurse yang sibuk dengan kerjanya terus memandang Syazlin lalu tersenyum. Uish jarang betul jumpa jururawat yang kuat senyum macam ni.
"Ya?"
"Sekarang dah pukul berapa?" Syazlin bertanya sambil cuba untuk bangun daripada perbaringannya. Empuk betul tilam di bilik rawatan ini. Sebelah tangan ditongkatkan untuk menyokong badannya.
"Dah pukul 1.30 petang dah. Kenapa?" Ubatan yang disusun sebentar tadi ditinggalkan. Dia bergerak mendekati Syazlin yang agak serabai. Anak tudung yang sudah menutup dahi, tudung yang senget adalah disebabkan dia berbaring terlalu lama.
Wajah yang terkejut itu diperhatinya sebelum dia tergelak. Kau ingat comel ke budak?
"Kak." Sekali lagi Syazlin memanggil. Kakak jururawat yang berdiri di sebelah katil itu terus mengambil keputusan untuk melabuhkan punggungnya di katil Syazlin yang masih mempunyai ruang.
Wajah Syazlin yang terpinga-pinga dipandang sebelum sebelah keningnya diangkat sebagai tanda soal.
"Lama betul saya tidur. Mujur saya bangun. Kalau tak memang terus dikebumikan di tanah perkuburan Islam ke apa?" Matanya berkerdip memandang ke pintu bilik rawatan.
Tergelak besar kakak jururawat itu mendengar ayat daripada pelajar sekolah itu. Hilang sudah keayuannya yang dijaga sejak dari tadi.
"Awak ni kelakarlah. Awak tu pengsan sebab hidung berdarah tadi. Panas sangat kot. Tapi, tiada apa yang serius. Alhamdulillah." Seusai dia berkata, dia terus menuju ke mejanya yang terletak agak hujung di bilik itu.
Syazlin yang mendengar terus memegang hidungnya. Berdarah? Macam mana boleh berdarah pulak ni?
"Assalamualaikum." Suara lelaki di pintu masuk bilik rawatan itu mendapat perhatian mereka berdua di situ.
"Waalaikumsalam. Masuklah." Ceria wajah kakak jururawat menyambut kedatangan Adam yang sudah semestinya sangat kacak di situ. Dengan baju sekolah lengan panjang yang dilipat sehingga ke siku berserta wajah pan Asia yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah ini.
Eh, apasal aku describe Adam ni? Kalau dia dengar, mahunya dia mendabik dada seminggu. Cis!
"Kau betulkan sikit tudung kau tu. Buruk betul rupa kau." Adam menegur Syazlin secara terus tanpa berlapik. Beg sekolahnya dan Syazlin diletakkan di tepi katil sebelum dia duduk di atas katil Syazlin. Bersila.
"Teruk sangat ke?"
Adam terus mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluar sekolahnya. Ikon kamera ditekan sebelum kamera belakang dihalakan ke arah Syazlin.
Klik!
Gambar yang diperoleh ditunjukkan kepada Syazlin dengan tawa yang ditahan-tahan. Mata Syazlin membulat melihat dirinya sendiri dalam telefon sahabat baiknya itu.
Memang buruk betul ni!!
Dengan pantas tangannya membetulkan tudung yang senget habis. Tawa Adam yang tertahan tadi terhambur jua. Perutnya ditekan kuat manakala sebelah lagi tangannya menampung badannya di atas katil.
"Dahlah wei, janganlah gelakkan aku." Telefon Adam dibaling perlahan ke arahnya. Adam terus mengambil telefonnya yang dibaling. Perempuan ni bukan boleh dibuat main. Kang berderai telefonnya nanti.
"Muhsin tu, kenapa dia ganggu kau." Adam mula membuka cerita yang seharian telah mengganggu kepalanya.
"Manalah aku tahu, dia tu psiko. Aku takutlah." Kata Syazlin sambil bermain dengan hujung tudung sekolahnya. Matanya tidak memandang Adam malah ditundukkan.
"Lain kali kalau dia ganggu kau, kau call je aku. Yang kau pergi hadap dia sorang-sorang tu dah kenapa?" Mood membebel diaktifkan. Kau ingat kau sorang je pandai membebel?
"Kau ingat aku sempat nak capai handphone aku? Dia heret aku kot. Aku punya karangan pon tinggal lagi satu ayat lagi nak habis." Syazlin menjeling Adam dihujung kakinya itu.
"Apa-apa je lah. Lain kali jadi perempuan tu janganlah murah sangat sampai senang-senang bagi lelaki sentuh." Adam berkata sambil tersenyum sinis. Dia memandang Syazlin yang kelihatan terkesima mendengar ayat daripada mulutnya itu.
Mendengar ayat itu, kaki Syazlin menjadi ringan lalu menendang Adam dengan kuat. Tanpa semena-mena, Adam jatuh daripada katil itu.
"Mulut kau ni asal lancang sangat? Kau ingat aku ni apa?" terjerit kuat Syazlin sambil memandang Adam yang menggosok punggungnya yang berasa sakit akibat momentum yang kuat tadi. Dadanya berombak laju menahan amarah.
Beg ditepi katil diambil sebelum dengan pantas dia memakai kasut meninggalkan bilik rawatan itu. Tinggalkan Adam yang bermulut busuk itu.
Sepantas-pantas seorang Syazlin, pantas lagi seorang Adam dalam mengejarnya.
Lengan Syazlin disambar sebelum ditarik untuk menghadapnya. Syazlin berusaha untuk membebaskan lengannya daripada tangan Adam. Tapi, makin kuat dia berusaha makin kejap pegangan Adam.
"Lepaslah." Perlahan suara Syazlin bersama air mata yang jatuh. Lengannya sakit tapi hatinya rabak. Sungguh dia tak sangka, ayat itu akan keluar daripada mulut sahabat baiknya sendiri.
Lantas tangan Adam yang menggenggam lengan Syazlin dilepaskan. Tanpa rasa bersalah dia mempelawa Syazlin untuk dihantar pulang.
"Jom, aku hantar kau balik. Kau pun bukannya sihat sangat."
Syazlin hanya mengikut langkah Adam tanpa mengeluarkan suara. Dengan harapan, Adam akan memohon maaf kepadanya semasa dalam perjalanan nanti.
Namun hampa. Hanya celoteh DJ radio yang mengisi kekosongan dalam kereta Adam. Tiada sepatah perkataan pon yang keluar daripada mulut mereka.
"Terima kasih."
Hanya anggukan daripada Adam yang diterimanya. Kenapa kau pulak yang tak nak bercakap dengan aku?
Mata Syazlin terbeliak sebaik sahaja dia keluar daripada kereta Adam.
Kenapa semua barang-barangnya ada di luar?
Wajah Adam yang turut melihat ke arah yang sama dipandang.
Dugaan apa lagi kali ini Ya Allah.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...