Adam melangkah longlai masuk ke kelas. Tiada semangat langsung mahu belajar. Dia memandang si Laura Hanna yang berada di tempatnya. Buat homework maybe?
Adam bergerak ke meja gadis itu.
"Hai Hanna." Tegur Adam sambil duduk di kerusi berhadapan dengan meja Laura.Laura memanggungkan kepalanya lalu tersenyum kepada Adam. "Eh, hai Adam."
"Awal awak datang hari ni, Adam?" Tanya Laura yang berasa pelik.
"Haah, saya bangun awal tadi. Malas nak tidur balik." Adam memberitahu Laura. Selepas dia keluar dari hospital pagi tadi, dia terus mandi dan terus datang ke sekolah.
Laura hanya meng-oh-kannya saja. "Eh, Syaz datang lagi tak hari ni? " Tanya Laura.
"Tak. Dia belum dapat keluar dari hospital. Maybe, dalam dua tiga hari dia boleh discharge ." Kata Adam yang teringatkan kawannya yang mulut becok itu. Macam tak sakit je.
"Syaz sakit apa sebenarnya? Sampai masuk hospital tu. Teruk ke?" Tanya Laura lagi. Homeworknya juga sudah ke mana apabila topik Syazlin dibuka.
"Kalau dah masuk hospital tu agaknya memang teruk la kan, Hanna?" Tanya Adam kembali sambil tergelak kecil. Comel je Laura Hanna ni.
"Ishhh awak ni." kata Laura perlahan sambil tersenyum malu. Dia menundukkan kepalanya menghadap meja.
Adam tersenyum lebar. Comel!
'Aduh, Hanna. Asal kau ni comel sangat eh? Aigo.'
"Awak tak nak melawat Syaz? " Adam bertanya setelah lama berdiam diri. Agak kekok kerana suasana kelas yang sunyi. Rakan sekelas mereka belum datang.
"Boleh ke saya melawat Syaz?" Tanya Laura dengan teruja.
"Eh boleh. Asal pulak tak boleh?" Adam membalas sambil mengerutkan dahinya.
"Yalah, saya takut Syaz marah. Dia kan tak suka saya." Perlahan Laura berkata.
"Ishh mana ada. Syaz tu memang macam tu. Perangai dia dari dulu tak berubah-ubah. Kalau awak nak melawat dia, awak boleh ikut saya lepas sekolah nanti. Okey?" Adam meng-offer-kan dirinya untuk membawa Laura berjumpa dengan teman baiknya.
"Hmmm, okeylah kalau macam tu. Saya ikut awak je lah." tenang Laura membuat keputusan.
Adam mengangguk lalu bergerak ke tempat duduknya apabila beberapa orang classmatesnya telah tiba. Adam tersenyum sendiri. Ya, dia happy sebab dapat berbual dengan crushnya walaupun sekejap.
Adam terus mengeluarkan buku kimianya dari beg sekolah. Sekarang waktu kimia, dan pelajar 4 Dahlia perlu ke lab sebelum diketuk oleh Cikgu Sarah. Dia memang pantang pelajar yang lambat datang ke kelasnya. Ayatnya yang paling diingati oleh 4 Dahlia ialah 'pelajar kimia kena berjalan seperti doktor, bukan seperti selebriti' tapi tetap ada pelajar yang masuk lambat ke kelasnya. Memang cari nahas.
Adam mengambil tempat duduk di meja nombor dua, bersebelahan dengan Syazwan. Sunyi pulak bila belajar tanpa Syazlin. Kalau tidak, dia yang sering bertanya soalan kepada Cikgu Sarah. Adam dengan tekun menyalin isi-isi penting yang ditayangkan. Mahunya biul kepala kalau tidak menyalinnya. Yalah, kena tuju dengan heels Cikgu Sarah. Fuh.
Setelah mengajar bab ikatan kimia. Cikgu Sarah memberikan soalan kepada setiap pelajar. Sampai sahaja dimeja Adam, Cikgu Sarah berasa seperti kekurangan.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...