31

1.5K 101 25
                                    

Voicenote daripada Adam semalam menyebabkan mood Syazlin totally melayang. Sampai hati dia! Dia hanya membiarkan mesej Adam tanpa membalasnya. Maleh aku!

Dia berpeluk tubuh dan bersandar pada katilnya sebelum memikirkan aktiviti yang hendak dia lakukan selepas ini. Dengan tergesa-gesa dia berjalan ke meja belajarnya untuk mengambil laptopnya. Layan k-drama lah.

Sekejap ketawa, sekejap marah, sekejap menangis.

Sangat normal bagi penggemar drama Korea.

Syazlin mula menangis apabila sampai scene dua mempelai ini terpaksa berpisah disebabkan keadaan yang tak mengizinkan. Dia menekupkan mukanya ke bantal dan menangis teresak-esak habis basah bantalnya dengan air mata serta air hingusannya. Apa yang sedih sangat pon tak tahu lah.

Aryan yang melewati bilik kakaknya itu terhenti seketika. Bunyi apa macam orang mengilai tu?

Aryan menekapkan telinganya kepada pintu bilik Syazlin. Dahinya berkerut apabila mendengar suara kakaknya yang menangis. Hah sudah! Dah kenapa pulak tu?

Aryan menerobos masuk ke dalam bilik kakaknya dan terlihat kakaknya yang tidur mengiring dengan matanya yang sembap dan tersedu-sedan. Dia duduk di tepi Syazlin dan memanjangkan leher sambil melihat apa yang ditonton kakaknya sehingga menjadi seperti orang kena sawan.

Legend Of The Blue Sea? Drama zaman bila hang tengok ni Syaz.

Aryan menolak bahu Syazlin untuk mengganggunya. Syazlin hanya membiarkannya tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin.

"Aduh akak ni kenapa? Menangis kuat gila macam mati laki." Aryan mula berbaring di bantal kakaknya sambil memandang skrin laptop. Keadaan sekarang ialah kepala bertemu kepala. Haa kongsilah kutu sorang sikit.

"Sedih kot drama ni. Nasib Lee Min Ho aku hensem." Ujar Syazlin sambil mengelap air matanya.

"Ari tengok tak adalah sedih sangat sampai boleh melalak macam pontianak." Balas Aryan sebelum menarik kuat rambut kakaknya yang serabut itu.

"SAKIT LAAA! KAU NI APAHAL!" marah Syazlin sambil menampar kuat lengan adik bongsunya itu. Sakit gila, macam nak terkeluar kulit kepala aku.

Aryan terus melepaskan tanganya daripada rambut Syazlin lalu mengusap laju lengannya yang terasa perit. Dia mengerutkan dahinya.Syazlin ni kalau pukul orang macam nak membunuh.

"Sakit la akak. Nak siat-siat kulit Ari ke apa? pedih gila." Adu Aryan sambil melihat tangan putihnya yang sudah merah.

"Yang kau pergi tarik rambut aku tu buat apa? Kalau terkeluar otak aku tadi macam mana? Tak sempat aku nak ambik SPM tahun depan." Syazlin mengusap kepalanya yang pedih sambil menjeling Aryan.

"Ari nak bergurau je lagipon mana ada orang tarik rambut sampai terkeluar otak." Aryan menahan tawa mendengar ayat kakaknya itu. Apa bendalah terkeluar otak? Kadang-kadang bodoh jugak minah ni.

"Kalau nak gelak tu, gelak je lah. Buruk betul muka kau, macam beruk tengah tahan kentut." Syazlin menyikat rambutnya menggunakan jari sebelum mengikat rambutnya. Serabut pon serabutlah,malas dah aku nak bangun dari katil.

Terhambur jugak ketawa Aryan. Gelak macam orang tak betul. Apa yang lawak entah.

"Pfffft beruk tahan kentut." Kata Aryan sambil memegang perutnya sebelum ketawa lalu bergolek-golek di atas katil Syazlin.

Syazlin hanya memandangnya pelik sebelum kembali ke computer ribanya itu. K-drama yang paling latest dia cari. Aryan yang menggelupur itu dibiarkannya. Malas mahu layan orang sakit jiwa.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now