Syazlin bergerak semakin merapati Adam dan akhirnya...
Dup dap dup dap
'Alahai jantung, diam kejap boleh tak? ' monolog Adam dalam hati.
PAP!
Tamparan padu yang dia dapat daripada Syazlin dan bukannya kiss.
"Aduh Syaz! Sakitlah. Kau ni kenapa? " marah Adam sambil menggosok pipinya yang mungkin berbirat dek tamparan padu seorang atlet bola tampar.
"Padan la dengan muka kau. Siapa suruh gatal sangat. Nak kiss konon. Penampar tu lagi okay daripada kau dapat penumbuk aku okay. " Syazlin menjelirkan lidahnya ke arah Adam. Adam hanya menjelingnya panas. Kurang asam punya member.
Amril yang memerhati dari tadi hanya terkekek-kekek ketawa. Lawak betul lah dorang ni.
Syazlin yang berdiri terjungkit-jungkit bergerak ke sofa yang diduduki oleh Adam. Dia menampar kaki Adam yang terletak boek punya atas sofa sebelum duduk di sebelahnya.
"Kau ni kenapa eh Syaz, kau punya sakit ni macam tipu je. Ikut suka hati kau je nak tampar aku sana sini. Eiii geramnya aku!" Luah Adam kegeraman sambil menjeling Syazlin yang berada di sebelahnya.
"Alah kau ni macam tak biasa pulak dengan tangan berbisa aku ni. Kau kan selalu jadi testimoni aku sejak dulu lagi. Kau cakap kau sayang aku, kan kan kan?" Syazlim mengelipkan matanya.
Kau ingat comel ke?
"Tahun bila aku cakap yang aku sayang kau ni? Aku rasa aku tak pernah ucap pon dekat kau." Jujur Adam.
"Eh pernah lah. Kan Am kan?" Terus Syaz menanya adiknya yang khusyuk dengan handphone ditangan.
"Hah? Am tak tahu apa-apalah pasal korang berdua ni. And one more thing, jangan ganggu Am boleh? Am nak main candy crush ni. "
"Huh, kau dengan Adam sama je. Suka sangat main candy crush." Luah Syazlin dengan nada tak puas hati.
"Ohh biasalah, kitorang gamers berjaya kot." Riak Adam sambil mendabik dada.
"Eh blah la kau. Perasan je lebih." Jeling Syazlin.
Ezmeer yang baru keluar dari tandas terus bergerak ke tempat mereka.
"Hai, borak apa ni. Rancak sangat nampak?" Tegur Ezmeer kepada mereka bertiga.
"Tak ada apa pon. Borak kosong je." Syazli tersenyum ayu memandang crushnya itu. Haih, kenapalah hensem sangat ni.
Berdebor aje teman ghase.
"Oh. Ha bro, baru bangun tidur? Nyenyak betul kau tidur tadi." Ezmeer menegur Adam yang kelihatan agak mamai. Agakla.
"Haah. Tunggu kau punya pasal sampai tertidur aku. Kau sampai bila Meer? " Tanya Adam tanpa perasaan. Dia memang tak ngam betul dengan Ezmeer nih. Entah lah nak.
"Baru je tapi sempatlah berborak dengan Meera dengan adik dia." Ezmeer terus memandang Syazlin. Mereka membalas senyuman. Arrr cair tengok senyuman Ezmeer.
Berbulu mata Adam melihatnya. Adam terus bangun dari sofa. "Dah dah lah senyum tu, sekarang jom kita makan. Aku ada bawa pizza tu." Celah Adam dalam detik-detik bahagia Syazlin dan Ezmeer.
Dengki!
Syazlin mengeluh perlahan. Kau ni kacau daun lah Adam!
Baru sahaja Ezmeer mahu mengangkat punggungnya, handphone yang berada dalam poket seluarnya berdering. Laju dia menjawabnya.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...