"Satu!"
"Dua! "
"Tig---- alaaaaa." semua penyokong mengeluh apabila Syazlin tidak dapat melakukan spike.
Ya, Syazlin tengah main bola tampar sekarang. Jangan risaulah, dia dah sembuh sepenuhnya selepas beberapa bulan.
Syazlin mengelap peluhnya yang menitik-nitik sebelum dia kembali fokus bermain.
Situasi sekarang berpihak kepada pihak lawan dengan mata 19-15.
Beza 4 mata! Set pertama sekolah Syazlin telah memenanginya.
Kalau mereka kalah set kedua, ya selamat datang set ketiga. Rubber match.
Syazlin mula mengambil posisinya di hadapan jaring. Dia mengangkat kedua tangannya tinggi dan melompat untuk menahan bola pihak lawan. Dan dia berjaya! Sekolah Syazlin mula mengejar pihak lawan.
Kedengaran suara pelajar-pelajar SMK Bukit Ungu, sekolah Syazlin, bersorak untuk pasukan mereka. Adam dan Laura juga bersorak untuk pasukan sekolah mereka.
Adam yang basah akibat peluh setelah sudah perlawanan bola tampar antara sekolahnya dan MRSM. Pihak lelaki bawah 18 telah memenanginya dengan 25-20 dan 25-24.
"Syaz,fighting! Awak boleh banggakan sekolah kita!" Jerit Laura yang berada di tempat penonton. Sis, adakah anda lupa bahawa suara itu aurat? Jeng jeng jeng.
Adam hanya menggelengkan kepala sambil mengelap mukanya dengan tuala 'good morning.'. Dia berada agak jauh dari Laura kerana Adam tahu dia tidak selesa. Tambahan lagi, Adam yang hanya memakai jersey volleyball tanpa lengan.
Seksi sungguh.
Ralit dia memerhati Laura Hanna yang bertudung bidang 60 itu bersorak kepada Syazlin. Sejak berkawan haritu, mereka menjadi sangat rapat. Serupa belangkas!
Jeritan pelajar yang kuat menyedarkan Adam.
Oh, pasukan sekolahnya telah menjuarai set ini. Ini bermakna, pasukan bola tampar lelaki dan perempuan bawah 18 dapat masuk semi-final! Yihaaaaaaa!
Adam bangun dari duduknya lalu bergerak ke pasukan sekolahnya. Opssss, cari Syazlin sebenarnya.
"Woi!" Jerit Adam di tepi telinga Syaz yang sedang bersembang dengan Laila, player libero; player yang paling rendah.
"Eh bengang telinga aku! Kau ni kenapa?!" Jerit Syaz kepada Adam sambil menggosok telinga kanannya.
Adam ni, suka sangat jerit dekat telinga Syazlin. Cair tahi telinga.
"Maaf sayang, bukan kau tak tahu sebab apa kan?" Jawab Adam bersahaja tanpa menghiraukan Laila di situ.
"Sebab apa?" Soal Syazlin sambil mengerutkan dahinya yang banjir dengan peluh.
"Sebab kau tu pekak badak sumbu, badak air, segala badak ada dekat kau. Tu yang kena jerit tu. Bagi berdengung sikit gegendang telinga kau dengar suara aku yang merdu lagi lunak ni." Jawab Adam sambil tersengih seperti kambing. Kambing hitam yang paling hodoh sekali!
Syazlin yang kegeraman terus menampar lengan Adam yang tidak berlapik itu bertalu-talu. Laila yang memerhati terus berlalu pergi. Malas masuk campur hal rumah tangga orang.
Adam hanya mengelak. "Woii dah dah! Sakitlah bingai." Adam menggosok lengan putihnya yang mula kemerahan. Tamparan spiker! Memang menyengat!
"Ha padan muka kau. Cari pasal lagi." Balas Syazlin sambil membuka penutup botol minumannya. Haus.
Adam yang memerhati Syazlin melanggah air terus menolak kuat botol itu.
YOU ARE READING
Syazlin Ameera [✔]
Teen Fiction2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. "Aku tak ada anak seperti kau! Kau keluar daripada rumah ini, aku taknak tengok muka kau lagi! " -Da...