40

1.8K 92 47
                                    

Datuk Mansor yang baru menjejakkan kaki ke rumahnya terus terkejut dengan tindakan anak perempuannya yang berani menampar isterinya itu. Dengan masalah di pejabat yang menyerabutkan kepalanya, pulang saja ke rumah ada pulak adegan yang tak menyenangkan.

"Syazlin Ameera!"

Suaranya yang kuat telah menyebabkan Syazlin memandangnya di pintu utama. Dia memandang tajam anaknya yang kelihatan terkejut itu. Dia berjalan mendekati kedua-dua wanita itu dengan perasaan marah. Memang nak kasi aku mati cepat ke?

"Kamu dah tak tahu adab ke Syazlin? Perempuan yang kamu tampar ni isteri daddy! Kamu sedar tak!" jerkah Datuk Mansor di hadapan anaknya.

Syazlin menundukkan wajahnya. Dia tidak berani menghadap wajah daddynya itu. Air matanya menitis satu persatu. Aku tak sukalah kena jerkah macam ni!

"Kamu dengar tak apa yang daddy cakap? Kenapa kamu tampar mama?" tanya Datuk Mansor dengan nada yang lebih rendah daripada tadi.

"Dia jatuhkan kek yang Syaz buat untuk daddy. Dia kutuk Syaz dan dia yang tampar Syaz dulu daddy. Dia yang mulakan, bukan Syaz." Syazlin berkata sambil memandang mata daddynya sebelum kembali menunduk. Dia menyapu air mata yang turun bagaikan air hujan.

"Syazlin tipu, abang. Saya tak cakap apa-apa pon dekat dia. Tiba-tiba je dia serang saya bang. Pipi saya masih sakit lagi kena tamparan dia tu." Datin Amnah mula memanipulasikan keadaan. Dia cuba untuk meraih perhatian dan kepercayaan suaminya. Mari kita tengok dia nak percayakan siapa. Aku atau kau, budak kolot.

"Saya tahu, Syazlin ni memang makin hari makin melampau perangai dia. Makin besar makin tak tahu nak hormatkan orang!" mencerlung mata Datuk Mansor memandang wajah anak gadisnya.

"Apa ni daddy, daddy tak percayakan Syaz ke?" perlahan sahaja suara Syazlin berkata.

" Macam mana aku nak percayakan kamu kalau kamu langsung tak reti nak hormatkan orang yang lebih tua! Aku tak pernah pon ajar kamu jadi macam ni."suara getir Datuk Mansor memeranjatkan semua orang yang berada di situ.

"Perempuan tu yang kurang ajar daddy! Dia rosakkan kek Syaz, kek yang Syaz buat untuk daddy. Syaz nak makan kek tu dengan daddy! Tolonglah faham! Perempuan ni yang tak tahu hormatkan orang, bukannya Syaz." Syazlin turut menguatkan suaranya. Dia memandang tepat panahan mata Datuk Mansor. Berbalam-balam bayangan Datuk Mansor di matanya.

Pang!!

Turun naik dada Datuk Mansor menahan amarah. Ini sudah kali kedua tangannya melayang di wajah anak gadisnya. Dia sudah tidak dapat menahan sabar.

"Kau nak makan sangat kek tu kan? Kau ikut aku!" Datuk Mansor menarik kuat tangan Syazlin menuju ke tempat kek coklat yang tertiarap tadi. Tudung dan rambut anak perempuannya ditarik sehingga Syazlin terdongak. Dia mengaduh kesakitan sambil menarik tangan daddynya daripada terus-terusan menarik rambutnya itu.

Datuk Mansor menolak Syazlin sehingga terjatuh terduduk sebelum mengenggam kek itu sebelum menyumbat masuk ke dalam mulut Syazlin. Dia ambil yang selebihnya lalu menonyoh ke muka anaknya.

Syazlin meronta-ronta minta untuk dilepaskan, air mata yang jatuh sudah seperti Niagara Falls. Mulutnya terasa penuh dengan kek yang disumbat. Sumpah aku tak boleh bernafas sekarang ni. Tangannya terkapai-kapai cuba untuk menghentikan tindakan ganas bapanya.

"Kau nak makan sangat kan? Ha makan lah, makan puas-puas! Menyampah aku ada anak biadap macam kau!" bekas tadi dihentak atas kepala anak gadisnya sebelum dia meluru naik ke bilik. Panas betul hati!

Syazlin menangis teresak-esak lalu cuba membuang kek yang berada di dalam mulutnya menggunakan tangan. Mukanya disapu perlahan untuk membuang sisa-sisa kek yang dilumur daddynya tadi. Kepalanya terasa berdenyut-denyut penangan daddynya.

Perbuatannya terhenti seketika dan tangannya jatuh ke sisi.

 Dia menangis. 

Meraung.

Ibu Ida yang dari tadi memerhati terus memeluk Syazlin. Tadi, dia tidak berani bertindak kerana Datuk Mansor tidak dapat diduga. Ibu Ida menggosok perlahan belakang Syazlin untuk menenangkannya yang tidak henti-henti menangis sehingga tersedu-sedan.

Sampai hati datuk buat anak sendiri sebegini. Dia hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan bertindak melulu. Sungguh tidak adil. Kasihan anak gadis ini.

"Sabar sayang, sabar. Ibu Ida sentiasa ada dengan Syaz okay. Jangan nangis macam ni, Mak Ida pon terasa nak menangislah kalau macam ni." Pujuknya.

"Daddy dah benci Syaz. Syaz anak tak guna. Syaz benci diri Syaz. Syaz nak mati." Perlahan suaranya seakan berbisik. Dia sudah kehabisan tenaga. Matanya berbalam-balam dengan air mata, kepalanya sakit, mulutnya pedih.

"Jangan cakap macam ni Syaz. Daddy sayangkan Syaz. Semua orang sayangkan Syaz." ibu Ida memeluk kuat badan Syazlin. Jangan meracau macam ni, Ibu. Ida tak kuat.

Tangannya terkulai ke sebelah Mak Ida.

Lehernya menjadi lembik.

Matanya tertutup sepenuhnya.

You know that moment when you can physically feel the pain in your chest when something breaks your heart?

I feel it right now.

-----


Datin Amnah yang memerhati hanya tersenyum sinis sebelum menuju ke tangga.

"Macam mana Aiman? Dah buat?" tanya Datin Amnah kepada anak lelakinya yang sedari tadi hanya membatu di tangga itu.

"Settle ma." Kata Aiman sambil menunjukkan video itu kepada mamanya.

Syazlin Ameera, tinggal sedikit saja masa sebelum kau berambus dari sini.

Syazlin Ameera [✔]Where stories live. Discover now