"Baiklah, apa ucapan yang awak nak sampaikan pada peminat peminat awak diluar sana? " kata wartawan yang berdiri disebelah CEO Royals Resort itu.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada anda semua, tanpa anda tiadalah Royals Resort ini. Insyaallah dalam masa setahun lagi saya akan buka lagi satu cawangan hotel di negara jiran iaitu Thailand."
Si isteri yang duduk di sofa tersenyum lebar span melihat ketampanan si suami di kaca tv. Perut diusap lembut.
"Insyaallah satu hari nanti anak mama akan berjaya macam papa. Mama tak nak kamu terikut dengan perbuatan jahat papa kamu"
******************
Beberapa tahun yang lalu...Kompang dipalu.. pengantin baru..
"Woi!" Bahuku ditepuk kuat oleh seseorang. Jelingan tajam aku hadiahkan dekat dia!
Ibu aku bayar zakat untuk bahu aku tau tak! Suka hati kau je nak pukul pukul!
"Kau tak nak tangkap gambar dengan family baru kau ke? Besar jugak family baru kau kan?" Ujar Aryana atau yana saja. Aku toleh belakang dan lihat si ibu sedang gembira bersama dengan keluarga barunya kemudian aku pandang Yana semula. Nasi yang tinggal sedikit pada pinggan aku gaul dan disuap kedalam mulut.
"Malaslah aku. Aku tak nak kacau hari bahagia ibu aku. Makanan yang diorang masak ni sedaplah!" Ujar aku sesekali aku puji masakan daripada catering mahligai impian ni. Sedap gila! Patutlah laris syarikat dia.
Yana yang dari tadi asyik geleng kepala terus berhenti seketika. Dia terpukau pada seorang jejaka yang duduk tidak jauh dari kami, sambil leka bermain phone dengan earphone masih ditelinga
"Ermmm..Hana." panggil yana.
"Yes?"
"Tu siapa eh? Yang pakai baju melayu maroon tu" soal Yana sambil menunjuk kearah jejaka tersebut. Hana memandang kearah jejaka yang ditunjuk oleh Yana sebentar tadi.
"Actually tu lah abang baru aku. Dari aku anak tunggal dalam keluarga tiba tiba aku ada abang. Kenapa?"
"Tak ada apa apalah. Aku tak tau pula Tan Sri ada anak lelaki. Seingat aku dia tak ada anak so terkejut sekejap AHAHA." Ujar Yana sambil tergelak kecil sambil memandang jejaka itu semula.
Tan Sri Tengku Ahmad Fuad Ismail. Siapa tak kenal baik tak payah duduk Malaysia! Orang New York, Indonesia dengan Perancis pun boleh kenal dia. Dialah satu satunya pemilik Hotel Royals Resort peringkat global itu. Nak kata kaya? Yes dia memang kaya sekaya kayanya, kalau tak kaya mana keluarga ni mampu beli Ferrari and Lamborghini sebiji!!!?
Anak dia pulak? Tengku Rayyan Daniel merupakan bakal pewaris hotel Royals Resort itu dalam masa beberapa tahun akan datang nanti. Tapi entahlah, aku rasa dia ni scary lah, seram! Dia ada aura menakutkan.
"Hana. Aku cau dululah, ariq dah bising dekat rumah suruh aku balik. Abang aku sorang tu memang tak boleh tengok aku senang sikit. Kirim salam dekat ibu kau tu tau. Actually abang tiri kau pandang kau tu heheh bye" kata Yana lalu dia buat handshake sebelum dia pergi.
"Yana! Kejap kejap!" Jerit Hana sebelum dia membasuh tangan dan berlalu menuju ke meja yang meletakkan makanan. Bungkusan plastik yang terdapat makanan diambil dan diberikan pada Yana.
"Ni ada lauk lebih, kau bagilah family kau. Kirim salam dekat family aku, ada masa aku datang sana ye" kata Hana. Yana hanya mengangguk dan terus pulang kerumah.
Tiba tiba lengannya direntap kuat oleh seseorang. Bila Hana menoleh kearah orang itu ternyata dia adalah Rayyan.
"Aku nak bagi satu amaran dekat kau. Kau dengar sini baik baik! Bilik aku family aku tak pernah masuk dan kau sebagai orang baru dalam rumah ni jangan pandai pandai nak masuk dalam bilik aku faham! Kalau kau ingkar, bala akan menanti kau." Kata rayyan dingin sebelum dia berlalu tetapi dia berpatah balik kearah Hana.
"Dan lagi satu, aku tak nak kau rapat dengan aku."
"Kenapa pulak? Awakkan abang saya, kenapa saya tak boleh nak rapat dengan awak" soal hana.
"Sebab aku anti dengan perempuan lagi lagi budak hingusan macam kau.Just stay awat from me okay? Kau buat buat aku tak wujud dalam keluarga ni faham?" Jawab rayyan sambil dia membetulkan tudung Hana yang senget.
Suka hati mak bapak kau je panggil aku budak hingusan! Aku dah besar lah!
"Last sekali, aku tak kau panggil aku abang. Jijik!" Rayyan mula berlalu meninggalkan Hana. Hana yang memandang Rayyan mula mencebik.
"Macamlah kita nak sangat panggil dia abang. Kita pun tak nak panggil dia abang, tak hingin!!" Kata Hana geram sambil dia menggosok lengannya yang terasa sakit dek cengkaman Rayyan tadi. Dasar tangan besi!
Tiba tiba terlihat ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang merenungnya disebalik pokok besar itu. Dia seperti sedang bercakap dalam talian dan terus berlalu pergi. Hana pelik.
"Siapa pulak tu?"
*******************************
Malam mula melabuhkan tirainya. Family bapa tirinya mempunyai keluarga yang sangat besar dan kebanyakan adalah lelaki yang mungkin sebaya dengan Rayyan.
Tapi umur dia berapa?
"Hana" panggil Tan Sri. Actually Tan Sri ni suruh aku panggil dia papa.
"Ye papa?"
"Boleh tolong panggil Rayyan turun? Dia ada dekat dalam bilik. Suruh dia makan" pinta papa. Hana hanya mengangguk kepala dan terus menaiki tangga menuju ke bilik Rayyan. Bilik Hana hanya berhadapan dengan bilik Rayyan saja tapi entahlah.
Kini dia sudah berada betul-betul depan bilik Rayyan. Ketika dia mahu mengetuk dia ingat balik apa yang Rayyan cakap petang tadi.
Aku nak bagi satu amaran dekat kau. Kau dengar sini baik baik! Bilik aku family aku tak pernah masuk dan kau sebagai orang baru dalam rumah ni jangan pandai pandai nak masuk dalam bilik aku faham! Kalau kau ingkar, bala akan menanti kau!
Nak ketuk ke tak nak? Nanti kalau tak ketuk diorang semua tunggu kat bawah pulak. Tapi kalau tak ketuk Rayyan dah warning awal dah!
Dia mula masuk kedalam biliknya dan mencapai phone. Dia dan ibunya baru saja masuk dalam group family Tan Sri, dicari nombor Rayyan satu per satu.
Hah! Dah jumpa. Dia terus menekan butang call pada whatsapp.
Tut..Tut..
"Aku dah cakap jangan kacau aku kan!? Kalau nak buru mamat tu pergi buru sorang, aku dah bagi senjata banyak dekat dalam kereta tu. Esok pagi baru aku gerak sana!? Tak faham ke!?" Tengking Rayyan.
"Hello? Rayyan, ni hana" jawab hana. Terdengar bunyi terkejut pada suara Rayyan.
"Hah kau nak apa call aku ni? Aku tak suka orang call pakai whatsapp!" Marah Rayyan dalam talian.
"Papa ajak turun makan. Semua tengah tunggu awak turun tu" pinta Hana takut. Aduh dia ni! Cakap baik baik kena marah.
"Hah nanti aku turun. Lagi satu! Apa kau dengar tadi tu bukan real pun. Aku hafal skrip dekat movie mat Salleh tadi. Tiba tiba mood nak menghafal sampai. Bye" jawab rayyan kemudian dia terus mematikan talian. Hana mengeluh. Nak hafal skrip pun janganlah time ni.
Dia mula bangun dan memandang cermin biliknya kemudian dia membetulkan tudungnya yang senget tu. Suis lampu dan kipas ditutup tapi aircond dibiarkan terpasang bagi bilik ni sejuk bila nak tidur nanti. Bila dia keluar, rayyan juga keluar dari biliknya.
Aku hanya memandang Rayyan sebelum aku terus berjalan menuruni tangga. Muka hensem tapi scary!
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...