25

15.2K 458 3
                                    

"Ni rumah siapa ni Adam? Awak nak bawak saya pergi rumah siapa ni?" Soal suzana sambil dia memandang wajah lelaki itu yang sedikit tegang. Masih marah aku lagi ke?

Alan tidak mengendahkan persoalan dari suzana malah ditarik tangan Suzana agar mengikuti langkahnya. Malah sebelah tangannya lagi memegang satu beg hitam.

Pintu rumah tersebut diketuk sampailah ada yang sudi membuka. Wajah tegang anak buah dragon tidak berikan kesan apa apa pada alan tapi beri rasa takut pada gadis ini sehinggakan dia memegang lengan baju aku terlalu kuat.

"Kenapa awak bawa saya datang sini? Saya tak nak duduk sini den..dengan aku diorang semua.." kata suzana gagap. Air peluh sudah mula membasahi tudungnya yang berwarna putih suci.

"ARGHHHH!!! PERGI!!!" Jeritan seorang gadis membuatkan Suzana bertambah takut. Air mata pula yang jatuh membasahi pipi gebunya. Wajah daripada kulit putih bersih bertukar jadi merah!

"Aku nak jumpa dragon." Jawab Alan tenang. Suara jerit jerit dalam bilik tidak asing lagi baginya malah dia selalu jugak buat macam tu dekat perempuan. Nikmat bro!

"Dragon tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang. Kau pun tau kan apa dia buat dalam tu?" Jawab Chong tegas sebelum matanya memandang gadis yang diculiknya sebelum dia memberikan senyuman nakal.

"Panggil dia sekarang. Aku nak hal penting nak cakap."

" Kau fah...."

Kcik! Pistol dihalakan pada dahi Chong. Jangan main main dengan alan! Dalam baik dia juga ada jahatnya.

"Call him or you die. Choose one Chong. Jangan main main dengan adam charter" ugutnya. Chong mendengus sebelum dia memanggil bossnya.

Alan memandang suzana yang dari tadi tak lepas memegang lengan bajunya..

"Takut?" Soal alan.

"Takut" jawab suzana.

"Yow Adam. What are you doing here?" Ujar dragon. Dia sedang membawa seorang gadis yang amat dikenalinya.

"Yana?" Panggil alan. Yana memandang wajah alan dengan pelik.

"Kau kenal dia?" Soal dragon. Alan geleng kepala.

"Tak. Cuma muka dia macam adik aku yang meninggal dulu" bohong alan tapi matanya memandang Yana dari atas ke bawah. Wajahnya lain dengan apa yang aku nampak sekarang?

Dulu dia ceria. Bukan nak kata aku selalu usha dia tapi kadang kadang dia datang juga kerumah nak jumpa hana tapi sekarang? Wajahnya kusut, air mata tak henti henti jatuh malah bahagian bahunya yang terdedah itu terdapat kesan love bite.

Sian kau yana kena jadi mangsa binatang macam dia! Tak pe..aku akan tolong kau.

"Aku nak budak ni" jawab alan. Suzana hanya memandang alan dengan takut.

"Adam..saya bukan barang awak nak beli" kata suzana. Sekali lagi alan mengendahkan kata kata suzana.

"Aku hanya bagi pinjam bukan untuk beli. Perempuan yang aku dapat tak senang kau nak...."

Bak! Beg hitam dicampak diatas lantai. Dragon menyuruh Chong membuka beg tersebut. Chong buka dan mengeluarkan sesuatu dan ditunjukkan pada Dragon.

"100 ribu cukup? Atau kau nak aku tambah lagi?" Kata Alan tenang. Dragon tersenyum dan terus meluru ke arah adam dan menepuk belakang alan.

"Good boy. Lebih dari cukup so aku nak ambik perempuan ni bila?"

"Kalau boleh sekarang" alan menjawab.

"So dia dah jadi hak kau. Ambillah" kata dragon gembira.

"Kalau perempuan yang kau pegang tu berapa pula?" Soal alan sambil jarinya ditundingkan kearah yana. Dragon memandang yana sebelum pinggan ramping yana dipegang kemas.

"Perempuan ni hak aku dan aku tak akan jual dekat sesiapa. Sampai bila bila pun" jawab dragon.

"Kalau tak ada apa apa lagi kau boleh blah" halau dragon sebelum dia bawa yana ke biliknya.

"Jom" kata alan. Suzana hanya mengikuti langkah alan. Dia dah 'dibeli'. Betapa murahnya harga diri aku.

Keluar saja dari perkarangan rumah dragon. Alan memberhentikan keretanya dihadapan RNR dan dia keluar dari keretanya malah suzana juga keluar kerana arahan dari alan.

Alan mendekati Suzana sebelum dia duduk diatas bumper depan sambil dia bersilang tangan. Dia memandang suzana agak lama sampai suzana rasa tak selesa.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal suzana.

"Su" panggil alan. Suzana hanya memandang.

"Kau dah bebas. Kau dah boleh pergi dari tempat ni..tak ada siapa akan buru kau lagi" kata alan. Suzana mengerti ayat yang dikeluarkan dari mulut alan tapi dia buat buat tak faham.

"Aku tau kau faham maksud aku su. Aku dah beli kau dan aku dah bebaskan kau, kau boleh cari kehidupan baru kau dekat mana mana je. Kau dah boleh pergi. Bye" ujar Alan. Dia mula masuk kedalam kereta tapi pintu keretanya dihalang oleh Suzana.

"Awak nak pergi mana?"

"Balik"

"Saya nak ikut?" Pinta Suzana.

"Buat apa?"

"Saya rasa saya dah kena halau dari rumah sewa sebab dah lama sangat saya tak bayar atas faktor kewangan. Kalau awak tinggal saya, saya jadi pengemis. Saya jadi gelandangan. Saya tak ada tempat tinggal" kata suzana. Alan mengeluh.

Menyusahkan aku je lah kau ni perempuan!

"Kau naik." Arah alan. Suzana mula masih kedalam kereta.

"Aku nak bawak kau pergi satu tempat. Kau jangan banyak tanya kalau kau tak nak aku tolak kau keluar dari kereta ni!" Ugut alan. Suzana angguk dan diam.

"Adam" panggil Suzana lagi. Alan sudah buat muka malas nak layan.

Babi betullah! Pahal aku tak tinggalkan je minah ni dekat RNR tadi? Berapa mulut dia ada ni? Tak penat ke? Aku penatlah nak dengar dia cakap!

"Apa lagi su. Aku penatlah dengar kau cakap." Jawab alan acuh tak acuh sambil dia menggaru kening kirinya. Suzana hanya tersenyum.

"Awak ni baik kan Adam? Saya terhutang budi dengan awak. Dalam hidup saya, saya tak pernah jumpa orang sebaik awak. Saya kerja dekat kedai makan tu pun, owner kedai dia selalu herdik, maki saya. Lepas hilang walid dan umi, saya tak pernah jumpa orang baik sampai saya jumpa awak" puji suzana.

"Aku jahat su. Baik aku dari luaran je, dalaman kau masih tak tau" jawab alan.

"Insyaallah, kejahatan awak akan berubah jadi kebaikan dengan izinnya. Saya percaya satu hari nanti awak akan berubah ke jalan Allah.." Kata suzana.

"Terima kasih." Ucap suzana tapi ucapan itu buat dia rasa lain.

Dia rasa dihargai.

Tiba tiba dengar laungan azan dari masjid berdekatan. Alan hanya buat bodoh saja.

"Awak tak nak singgah masjid solat kejap? Saya nak solat" soal Suzana. Alan tidak menjawab tapi keretanya bergerak kearah masjid berdekatan.

Diparkir kereta ditepi dan duduk saja di situ.

"Kau nak buat apa dekat sini?" Soal alan.

"Awak islam kan?" Soal Suzana. Mana tau dia bukan Islam. Tapi Alan hanya angguk.

"Ni kan Majid. Ni kan rumah Allah, mestilah saya datang nak solat, nak sembah Tuhan. Awak tak nak solat ke" jelas suzana. Alan geleng kepala.

"Tak pelah kalau macam tu, awak kunci pintu ni elok elok tau." Pesan Suzana kemudian dia berlalu pergi. Alan hanya memandang suzana tanpa memandang tempat lain hanya gadis itu yang dipandang.

Insyaallah, kejahatan awak akan berubah jadi kebaikan dengan izinnya. Saya percaya satu hari nanti awak akan berubah ke jalan Allah..

Alan hanya tersenyum. Kalau boleh naklah jugak berubah jadi baik sebab aku sendiri pun dah malas nak jadi jahat. Berapa banyak dosa aku dah buat sepanjang hidup aku? Tak terkira.

Phone dikeluarkan dan dibuka game pubg.

Heheh sorry guys late update. Sis ada benda nak habaq kat hampa semua, kakak sis nak pinjam phone sis selama sebulan jadi sebulan jugak sis tak akan update cerita ni ye? Maaf guys.. sebulan je heheje mwahhh.

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now