5

20.2K 771 3
                                    

Rayya sedang menikmati chicken chop denga penuh khusyuk manakala hana menjadi pemerhati gelagat rayyan ketika makan. Aduh! Sedap pulak tengok dia makan!

Tiba tiba dia memotong sedikit chicken chop kemudian dicucuk menggalakkan garfu dan dihalakan pada aku.

Dia tau ke aku terliur pandang dia makan tadi? Air liur meleleh ke??

"Nah! Kau makanlah sikit. Dari tadi kau pandang aku makan sampai aku tak selera! Jijik!" Jawab rayyan tanpa perasaan. Hana hanya diam tapi mulut dibuka untuk'menerima' suapan dari rayyan walaupun dia terasa hati tadi.

Dia mengunyah dan menunjukkan jari thumbs up pada rayyan tanda chicken chop nya sedap! Sedap gila kot!

"Kau duduk sebelah sekarang!" Arah rayyan.

"Hah?"

"Aku tak suka ulang balik ayat aku. Kau patut fokus apa aku cakap tadi!?" Marah rayyan tapi tangannya sedang menarik kerusi disebelahnya. Hana perlahan lahan bangun dan mengubah tempat disebelah rayyan. Tiba tiba jantungnya berdegup hebat! Aduh!!!!!

"Aku suruh kau duduk sebelah aku bukan aku suka kau tapi sebab ada orang usha kau dekat hujung sana. Aku tak nak nampak kau murah sangat so sebab tu aku suruh duduk sebelah aku" jawab rayyan.

Hana sabar Hana! Aku tau kau kuat! Menyesal kau ikut dia tadi Hana!? Ya allah, murah sangat aku dekat mata dia??

"Biarlah diorang nak pandang saya pun, dia ada mata..dia pandang lah. Apa function ada mata tapi tak pandang?" Lawan hana.

"Aku tak suka. Sebab kau aku punya. Aku seorang je boleh pandang kau faham?"

Jawapan rayyan sebentar tadi mengejutkan hana. Terus saja matanya memandang wajah rayyan. Pada masa sama, rayyan mendekatkan lagi kedudukannya dengan hana kemudian tangan sebelah diletakkan diatas kerusi hana. Mata mereka bertaut lama sebelum Hana mula bangun dari duduknya. Terasa tidak selesa!

"Saya nak ke tandas kejap. Makan cepat sikit, saya dah mula ngantuk dah." Jawab Hana sebelum dia meninggalkan rayyan disitu.

"Perempuan. Mudah percaya dengan ayat manis dari lelaki heh!." Ujar rayyan sendiri.

Kemudian matanya mula memandang dua orang lelaki yang tadi tetapi mereka sudah tiada. Cepat betul diorang hilang??

   Hana yang berada dihadapan cermin tandas mula memandang wajahnya yang bersih itu. Dibasuh wajahnya berkali-kali dan dia mengomel sendiri.

"Jangan percaya dengan kata kata dia Hana. Jangan cepat terpengaruh dengan kata kata dia"

Diulang ayat itu berkali kali sehingga dia puas. Setelah puas baru dia keluar dari tandas.

"Lama kau dalam tandas. Berak batu ke?" Soal rayyan tiba tiba. Asap vape dihembuskan ke udara dan sempat juga rayyan membuat bentuk O bila dihembuskan asap vape.

"Saya basuh muka je tadi. Awak dah habis makan belum?" Soal hana tapi rayyan tidak menjawab malah terus pergi menuju ke kereta. Hana pula hanya mengikut langkah rayyan dari belakang.
   
      Didalam kereta, Hana mula menyandarkan tubuhnya pada seat. Matanya dah tak boleh buka dah! Ahh aku nak tidur!!!? Goodnight semua.

Dalam beberapa minit rayyan terdengar bunyi dengkuran halus dari hana lalu ditoleh kearah hana dan terubat Hana sudah nyenyak. Kebetulan, lampu merah menyala dan rayyan menarik seatbelt milik Hana dan dilock!

Wajah Hana ditenungnya. Matanya yang bulat, hidungnya yang tak seberapa nak mancung dan bibir merah yang kecil. Orang tak akan percaya umur dia 23 tapi orang akan tengok dia umur 16.

Jaket baju hitamnya yang elok tergantung pada seatnya diambil dan digunakan untuk menyelimuti tubuh hana yang kecil itu.

"Budak kecik" ujarnya sebelum hidung Hana dicuit sehingga Hana merengek apabila tidurnya dikacau. Serta merta senyumannya mekar.

Sudah lama dia tak senyum sebegini dan hari ni baru dia dapat senyum. Sekali lagi hidung Hana dicuit lembut.

"Janganlah kacau tidur saya. Saya.." rengek hana sebelum suaranya mula hilang.

"Tidurlah hana."

Dia mula menggerakkan keretanya apabila lampu hijau mula menyala. Tanpa dia sedar, tangan kecil milik Hana berada dalam genggaman hangat milik rayyan.

"Apa kau cuba nak buat ni rayyan? Kau baru jumpa dia hari ni! Kau baru kenal dia tak sampai 48 jam..mana prinsip kau yang anti perempuan tu!?" ujar rayyan sendiri.

Dia mendengus kasar.

**************************

Hana tersedar dari tidur dan dia perasan bahawa dia berada ditempat lain. Tempat ni sangat tenang, tempat yang cerah walaupun matahari tidak kelihatan. Orang orang yang lalu dihadapannya sangat indah mata memandang! Diorang semua pakai baju sutera emas!

"Hana"

Hana menoleh kebelakang. Air mata mula jatuh dan terus meluru lalu dipeluk tubuh yang sudah lama dirindui itu. Dia juga membalas pelukan aku malah pipi kanan aku dikucup lembut.

"Anak abah sihat?" Soal abah. Hana angguk kepala.

"Adik rindu abah. Adik nak abah! Adik tak nak orang lain. Abah! Adik nak duduk sini dengan abah!" Ujar Hana sambil memeluk tubuh orang yang paling disayanginya itu. Sungguh kalau rindu tu boleh nampak, tak terkira rindu aku dekat abah.

"Masih jauh perjalanan hidup adik dekat sana. Abah nak jumpa adik ni sebab abah rindu sangat dengan anak abah yang manja ni. Tak berubah lagi perangai manja anak abah ni kan" jawab abah sambil dia mengusap pipi aku.

"Abah. Ibu dah kawin lain bah. Adik ada abang baru tapi abang baru adik tu seram lah abah tapi dia hensem" ujar Hana sesak dia mengutuk rayyan dihadapan abahnya.

Abah tidak menjawab  malah dia hanya tersenyum saja.

"Abah. Ni tempat apa? Tempat ni cantik sangat, tenang je bah. Rasa macam nak duduk sini je dengan abah" soal hana.

"Ni lah tempat yang kekal abadi. Tempat yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk orang yang taat dengan apa yang Dia suruh." Kawan abah. Hana angguk kepala.

Sekali lagi Hana memeluk tubuh abah. Air mata kembali menitis. Sungguh dia rindu pada abah. Tak terucap perkataan rindu dekat abah! Adik nak abah balik.

"Adik anak abah. Walau apa terjadi sekali pun, anak abah kena kuat, kena tabah hadapi semuanya sendiri."

"Abah sayang anak abah. Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi ye adik?" Kata abah. Suara abah semakin lama semakin terang dan akhirnya hilang.

"ABAH!!!"

Hana tersedar dari tidur. Dia mencari kelibat abahnya tapi gagal.

"Apa yang kau cari?" Soal Rayyan. Fikir nak masuk biliknya lepas angkat Hana masuk bilik tapi tiba tiba dia jerit.

"Mana abah saya? Saya rasa saya bercakap dengan abah tadi. Takkan dia hilang?" Soal Hana.

"Fikir logik. Bapak kau dah mati. Orang mati mana boleh hidup balik. Dah tidur" jawab rayyan selamba sebelum dia keluar dan menutup pintu bilik hana.

Dari luar dia terdengar bunyi esakan dari Hana. Dia nangis?

"Mana abah. Adik nak abah. Abang adik jahat, tak ada hati perut. Adik nak abah balik. Ya Allah"

Rayyan hanya membiarkan saja dan dia menuju ke biliknya.
   

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now