15

16.6K 573 11
                                    

Sampai saja di satu tempat lapang. Alex memberhentikan kereta. Diarah Hana untuk turun sementara Alex mahu memarkir keretanya ditempat tersorok.

Kereta mahal ni. Jenuh aku pujuk rayyan suruh beli ni weii!.

"Kau masuk dalam kapal tu sekarang! Aku tak nak kau merayau rayau. Duduk diam diam dalam tu faham?!" Kata alex. Hana angguk kepala kemudian kereta hilang dari pandangan. Manakala Hana pula memandang kapal kecil itu sebelum dia naik dengan hati hati.

"Kau ni siapa?" Soal seorang lelaki kemudian dia mengacukan pistol kearah aku. Hana tidak berani nak cakap apa apa malah tangan diangkat paras bahu!

"Wei sundal! Aku tanya kau ni siapa? Kau pahal tiba tiba masuk?! Kau tau tak kitorang siapa?! Kau keluar sekarang!" Tengking kelak itu. Belum sempat Hana mahu turun ke bawah, dia nampak alex sudah merenung tajam ke arahnya. Tangan dimasukkan kedalam poket sambil dia hisap rokok.

"Kau nak pergi mana budak? Aku cakap jangan merayau kan? Kau pahal degil sangat ni? Aku suruh anjing diam pun dia faham! Kau nak aku guna bahasa apa?" Marah alex. Hana telan air liur.

Didalam nak suruh aku keluar, yang diluar suruh aku masuk!

"Alex!? Budak ni siapa?!" Marah lelaki itu. Alex memandang wajah lelaki itu dan kemudian dia dia beri isyarat pada Hana agar masuk. Hana akur dan dia masuk tapi sempat dia memandang wajah bengis lelaki itu. Seram!

"Budak tu adik boss. Kita kena jaga budak tu faham? Kalau boss tak ada bermakna aku jadi boss besar korang sekarang  faham? Kau Kong, jangan berkasar dengan budak tu kalau kau tak nak kepala kau kena pancung dengan aku. Aku tau kau macam mana kong." Ugut alex dingin. Sifat kong yang anti dengan perempuan memang semua orang tau. Kalau nak bunuh perempuan,kong paling berani.

Kong mendengus sebelum dia mula masuk dan diikuti oleh Alex. Didalam kapal hanyalah Alex, Hana dan tujuh orang lagi anak buah rayyan termasuk yang bawak kapal ni.

Alex masuk dan mula duduk di seat paling hadapan. Malah Hana duduk jauh dari seat dari Alex. Hana memandang luar tapi otaknya ligat berfikir kemana mereka nak bawa aku?

"Kucai! Jalan" arah alex. Pintu kapal ditutup dan kapal mula bergerak naik ke langit. Semua orang didalam tidak bercakap walau sepatah pun termasuk Hana. Rokok yang dihisap dipijak dan dibuang dalam tong.

Ketika kapal sudah terbang tinggi diatas awan, kepala Hana terasa berat dan berdenyut-denyut sakit. Dia mahu muntah tapi dia cuba tahan selagi mampu. Ada seorang lelaki disebelah Kong mula perasan yang wajah Hana sudah lain.

"Alex. Budak tu sakit ke?" Soalnya pada alex. Alex kemudian meninggikan kepalanya dan memandang Hana yang sedang sakit.

Alex memejamkan matanya menahan sabar sebelum dia bangun dan menuju ke arah Hana. Dia mengambil tempat disebelah hana kemudian dia memegang wajah Hana yang berpeluh-peluh itu sebelum tisu diambil dan dilap pada wajah Hana.

"Aidan. Kau ambik aku kotak kecemasan dekat sana sekarang!" Arah Alex. Adam tanpa merungut dia pergi ke pantri dan ambil kotak kecemasan dan kembali ke alex sambi dia menghulurkan kotak pada alex.

"Kau ni kan! Memang betul betul menyusahkan aku!? Dah tau kau mabuk udara tidurlah! Kau gatal sangat mata tu pandang luar pahal!? Bodoh!" Marah alex. Minyak angin diambil dan disapu pada tepi dahi Hana dan dibelakang tengkuk hana. Plastik jugak diberi pada Hana untuk langkah berjaga-jaga.

"Dah! Aku nak kau tidur sekarang!? Jangan buka mata. Perjalanan masih jauh" arah Alex. Ketika dia mahu bangun tiba tiba lengan bajunya dipegang oleh hana.

"Apa lagi kau nak budak?!" Marah Alex. Tak habis-habis nak bagi aku marah!

"Awak duduklah sini." Rayu hana sambil matanya memandang ke arah alex. Air matanya kini sudah bertakung tinggal nak jatuh ke lagi. Entah kenapa rasa nak nangis!

Alex mengeluh. Dia kemudian akur dan duduk disebelah Hana yang tidak mahu lepaskan tangan aku. Hana sempat berikan satu senyuman manis kearah Alex.

"Tak payah senyum. Meluat" jawab Alex tanpa memandang hana. Hana matikan senyuman itu kemudian dia menutup tingkap dan sandarkan kepala pada seat sebelum dia terlena.

Manakala alex pula, sedang leka tengok YouTube yang baru saja didownload tiga hari lepas. Nasib baik aku download, dapat juga hilang bosan haih. Anak anak buah rayyan semua sudah tidur kecuali dirinya sendiri yang tidak tidur! Hampeh semua tidur tak ajak.

Sedang leka dia menonton movie mat Salleh, kepala Hana sudah terletak diatas bahu milik Alex. Alex memandang hana yang lena sebelum dia menutup phone dan diletak dalam poket seat..dia mula melihat wajah Hana dari jarak paling dekat. Dari matanya sehingga ke bibir semua indah dan sempurna. Tiada cacat cela cuma dibahagian pipi ada sedikit kesan calar mungkin terkena benda tajam.

Betul kata Alan. Bila pandang wajah gadis ini, dia rasa sangat tenang malah dia rasa semua beban yang dia pikul hilang begitu saja! Kenapa kau hadir dalam hidup kami bertiga eh budak? Sebab kau hidup kitorang bertambah kucar kacir, haru biru!Kau nak apa dari kitorang sebenarnya?

Alex dapat rasa tangan Hana semakin sejuk. Dia buka jaket dan menyelimuti tubuh hana. Kemudian dia memeluk tubuh hana, biar dia rasa panas sikit. Kenapa aku jadi macam ni? Takkan kau suka budak ni?

Jangan Alex! Jangan!

Kepala Hana sedikit bergerak sebelum dia kembali lena. Hidung hana dicubit lembut sebelum kapala alex diletakkan diatas kepala hana. Tiba tiba dia senyum dan inilah kali pertama dia senyum dengan ikhlas setelah beberapa tahun dia tak senyum ikhlas. Pelukan Alex semakin lama semakin erat.

"Abah..."

Alex mula memandang Hana yang sedang bercakap. Mengigau ke apa?

"Adik rindu abah. Adik nak duduk dengan abah dekat sana. Ambillah adik abah. Dekat sini adik rasa terseksa, adik macam kena dera. Adik selalu kena marah. Abang rayyan dengan abang Alex selalu marah adik. Adik tak suka orang marah marah adik...ambillah adik abah." Ujar hana dalam tidur. Air mata sudah jatuh membasahi pipi gadis kecil ini..

Alex hanya membuat reaksi biasa. Rasa kesian pada orang sudah lama mati dalam hati aku. Tapi kenapa dia rasa simpati pada gadis ini sedangkan apa yang gadis ini kata tadi semua nya betul! Aku suka marah marah dia, aku suka paksa dia. Tapi aku buat macam tu sebab aku tak nak ada rasa kesian dekat orang tapi gadis ni?

Air mata gadis itu dilap menggunakan jarinya sebelum dia terasa Hana sedang memeluknya tanpa sedar.

"Budak. Kau peluk aku ni budak, kau tak sedar ke. Oii" kata Alex. Hana diam, dia masih diulit mimpi indah bersama abah.

Alex yang kaku tadi mula memeluk tubuh Hana semula. Kepala dilentokkan atas kepala Hana dan beberapa minit kemudian, Alex mula terlelap bersama hana.

Kalau masa boleh di putar semula, aku tak nak jadi macam sekarang.

Hye guyss sorry sebab sis terpaksa unpublish. And yeah! Now sis publish balik. Don't worry okay, sis tak tukar jalan cerita pun hehehe.

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now