Rayyan yang berada digudang seorang diri itu memerhatikan seorang gadis yang hampir nyawa nyawa ikan akibat dikerjakan oleh Rayyan.
"Encik..bu.. bunuhlah saya encik..saya..saya dah tak tahan" ujar gadis itu. Keadaan gadis itu makin teruk tapi sudah namanya Tengku Rayyan Daniel, mamat tiada belas kasihan itu.
"Ini balasan kau sebab hutang tak dilangsaikan. Froy! Lepaskan kesayangan aku!" Arah Rayyan. Froy yang rasa serba salah itu teragak-agak mahu melepaskan harimau milik Rayyan itu. Dia tau apa kenapa Rayyan mahu harimau itu dilepaskan..habis riwayat kau perempuan..
"Jangan buang masa aku!" Jerit rayyan kemudian froy mula melepaskan harimau Rayyan.
"Aku nak kau gembira dengan hadiah yang aku bagi. Jumpa dekat neraka bitch" ujar Rayyan sebelum dia menoleh kebelakang. Terdengar bunyi tulang temulang gadis akibat digigit oleh harimau. Froy yang melihat mahu termuntah.
"Lepas harimau aku kenyang, kau masukkan dia dalam sangkar faham. Sisa perempuan tu kau masuklah jugak dalam sangkar tu." Arah Rayyan dan froy hanya angguk sahaja.
"Aku nak balik" katanya sebelum dia beredar dari gudang itu. Kereta BMW miliknya dihidupkan enjinnya dan berlalu pergi.
Sebelum dia kerumah, dia singgah sebentar di Petronas mahu membeli air Pepsi dan mengisi minyak. Sampai di kaunter pembayaran, dia membayar duit air dan duit minyak.
"Just keep the change" kata Rayyan sebelum dia keluar dari situ. Mata para gadis tidak lepas memandang jejaka kacak itu. Malah pekerja di situ jugak tidak melepaskan peluang...sudah empat tahun dia bekerja disini, ini kali pertama ada pelanggan sekacak dia singgah disini! Jodohku mungkin?
Rayyan pula hanya buat muka biasa. Minyak terus diisi sehingga penuh. Dia memerhati gadis gadis yang tidak lepas memandangnya. Hanya sedikit senyuman yang diberikan olehnya untuk para gadis ini mampu membuat mereka menjerit.
Perempuan. Nampak lelaki hensem dah jadi histeria, sawan babi. Perempuan penuh dengan hipokrit!
Selesai saja Rayyan mengisi minyak, dia teruskan perjalanan menuju kerumah. Darah yang berada dipipi kanannya dilap kemudahan dihisap. Sudah lali dengan darah.
"Dua orang musuh yang belum aku bunuh adalah kau dan kau. Sampai seru aku, baru aku tunjukkan belang aku." Ujarnya sendiri.
****************************
Sementara Hana masih rancak berbual dengan alan tiba tiba terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Bila dilihat Rayyan baru pulang.
Alan mengecilkan matanya apabila terlihat satu tompokan darah pada kolar baju Rayyan. Kepala abah dia!? Aku dah agak dah.
"Apa kau dah buat Rayyan?! Kau jangan buat hal Rayyan! Kau ni memang pukimak Rayyan..kau nak buat fikir sikit ada orang baru dalam rumah ni Rayyan. Mana perempuan tu?" Marah alan.
"Dah mampus. Pergi mampus lah dia, dia tak bayar memang kena dengan aku!" Jawab rayyan dingin.
"Wei babi! Kau faham tak dia tu susah!? Dia tiap tiap minggu jumpa aku menangis bagitau aku kau pukul dia!? Kau rilex sudahlah! Dia tinggal lagi seribu setengah kot. Kau ni ada otak tapi tak guna" lawan Alan.
"Pergi matilah dia pukimak!? Aku kisah apa!? Masa yang aku bagi dekat dan cukup lama untuk dia bayar baliklah sial?!" Jawab rayyan kemudian dia menuju ke atas.
Hana melihat alan yang sedang sabar menahan amarah didada. Alan mula memandang Hana kemudian dia tersenyum manis.
"Awak okay ke?" Soal Hana.
"Aku okay je. Aku dengan Rayyan memang macam ni, selalu gaduh tapi biasalah family kan? Gaduh manja lepas tu okay balik" jawab Alan.
"Satu pesanan dari aku. Dalam kalangan kami bertiga, kau boleh rapat dengan aku tapi jangan alex and rayyan sebab diorang satu kepala. Aku ni kira okaylah daripada diorang, bolehlah ajak berbual tapi dengan kau jelah dengan perempuan luar sana pergi mati sama dia! Aku gerak dulu tau. Bye" ujar alan kemudian dia pergi naik keatas.
"Okay bye" ujar hana. Dia gembira sebab ada kawan baru macam Alan hehehe. Kemudian tiba tiba Alex yang disangkanya alan oleh hana turun semula. Dia mula duduk dihadapan Hana.
"Apa yang kau dengar tu kau anggap itu cerita nenek moyang kau. Kalau aku dapat tau kau bocorkan rahsia ni, aku campak kau dalam sangkar harimau" ugut alex. Hana mula pelik.
Tadi baik? Kenapa tiba tiba lain pula perwatakan dia sekarang?
" Siapa nama kau?" Soal alex.
"Kan tadi awak dah tau. Kenapa tanya lagi?" Soal Hana pelik.
"Ouhh okay. Bye" ujar Alex kemudian dia terus menuju keatas. Hana mula berfikir dan dahi ditepuk.
"Aku lupa diorang kembar! Yang tadi tu mesti Alex kan." Ujar Hana sendiri. Tak lama lepas tu dia mula bangun dan menuju ke bilik. Orang tua bercakap tak elok kita campur.
Hana mula menuju ketingkat atas. Aku mula fikir kejap.
Tadi papa tunjuk bilik aku dekat mana? Bilik aku antara dua bilik yang berhadapan ni je! Aku dah lupa lah!? Bilik AKU mana satu???
"Bilik ni kot." Kata hana. Dengan penuh keyakinan didada dia buka pintu bilik tersebut. Bila dia masuk bilik tersebut, terasa macam dia dekat hotel pula!
Bilik simple tapi dekorasi dia lawa! Bukan bilik aku ni? Habis ni bilik siapa?
"Apa kau buat dalam bilik aku ni?" Suara garau dari belakang buatkan Hana sedikit tersentak lalu dengan perlahan-lahan dia menoleh kearahnya.
Rayyan!?
Rayyan tanpa baju dan berseluar pendek itu dilihat Hana sekilas pandang kemudian dia terus menutup matanya. Dosa!
"Aku tanya kau buat apa dalam bilik aku ni!" Kata rayyan sebelum Rayyan mengunci pergerakan gadis kecil itu.
"M...m.. maaf! Saya..s..saya lupa bilik saya dekat mana je! Janganlah apa apakan saya!" Jawab Hana laju tanpa memandang Rayyan. Dia doa banyak banyak moga ada orang masuk bilik ni cepat!
"What are you doing Rayyan? Dengan adik pun kau nak jugak ke bro?" Sergah Alan tiba tiba. Dia menolak tubuh Rayyan dan menarik lengan hana.
"Bilik kau dekat depan tu je. Sebelah bilik aku. Ingat tu! Jangan salah masuk bilik lagi. Ini nasib baik kau nampak dia pakai seluar, kalau kau nak dia bogel? Mahu lembut tulang kaki kau?" Kata alan. Hana terus lari masuk ke bilik. Malu!
"Kau ni potong lah! Aku baru nak main main dengan dia!" Marah Rayyan kemudian di terus baring atas katil empuknya itu. Alan sudah geleng kepala.
"Kau punya main tu, memang kau ajak main atas katil jawabnya sahabat! Nasib baik aku masuk cepat. Dah merah muka adik kau tu." Jawab Alan.
"Apa apa jelah!"
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...