" Saya tak dapat nak janji apa apa pada kamu semua. Gegaran pada otak dia buatkan ingatan dia hilang tapi insyaallah kalau kamu semua semangat untuk tolong dia, mungkin dia akan ingat walaupun sedikit."
Botak memerhati rayyan yang terbaring diatas katil bersama dengan alat bantuan pernafasan. Dia terpelanting sampai ada something yang tusuk badan dia dari belakang. Tengkuk dia pun patah sebab hentakan pada tiang.
"Boss, hari ni turn saya jaga boss." Ditarik kerusi lalu dia duduk disebelah katil milik Rayyan. Badannya bahagian dada dibalut kemas kerna disitulah tempat dia tertusuk.
Wajah bossnya dipandang. Masih teringat masa pertama kali dia bertemu dengan rayyan.
" Kau keluar dari rumah aku! Aku tak ada anak macam kau! Kau dah conteng arang dekat muka kami. Aku bukan bapak kau faham!?" Tengking abah.
" Abah! Bukan Syukri yang ambil dadah tu bah! Sumpah bah!" Kata Syukri bersungguh sungguh. Beg dicampak jauh darinya sehingga terkeluar semua dadah dalam beg.
"Kau jangan jejak lagi rumah aku! Setapak kau masuk, aku panggil polis! Keluar" ditolak kuat tubuh Syukri dan beg begnya juga dicampak keluar.
" Mak..." Panggil Syukri. Mak hanya memandang dengan penuh sayu.
Nak dipeluk tubuh anaknya takut dia pun dihalau sekali.
Mak tau kau tak salah nak.. mak tau..
"Nah! Masuk! Ingat dia bukan lagi anak kau!" Ditarik kuat lengan isterinya agar masuk kedalam.
"Abang!! Jangan tinggalkan ikin bang" tersendu sendu si adik. Dipeluk erat tubuh si abang bagai tak mau dilepaskan.
"Ikin... abang..abang nak pergi kerja. Abang dah lambat, nanti abang balik kerja kita main sorok sama sama eh?" Ujar Syukri.
"Ikin dengar abah suruh abang keluar."
"Abah suruh abang keluar pergi kerja. Dah abang nak gerak ni..nanti kita sembang lagi ye? Ikin jaga mak dengan abah tu baik baik. Abang balik lambat hari ni." Dia melepaskan adiknya kemudian dia terus beredar dari situ.
Dalam perjalanan, dia memandang kiri kanan. Yelah, mana tau ada tempat dia boleh menumpang tidur ke? Perut pun dah lapar. Duit pun tak ada.
PINNNN!!
Syukri memandang kereta mewah yang berhenti disebelahnya. Tingkat kereta diturun.
"Masuk" arahnya.
"Tak pelah bang."
"Aku sebaya dengan kau. Tak payah nak berabang dengan aku. Masuk aku cakap" katanya tegas. Nak tak nak dia masuk jugak dan kereta pun bergerak.
"Aku tau kau kena halau dengan Family kau. Aku nampak semuanya" ujar lelaki itu. Syukri memandang pelik kearah lelaki itu.
"Jangan risau lelaki tu aku dah bagi pengajaran habis dekat dia."
"Kau nak bawak aku pergi mana?"
"Tak perlu kau tau. Yang kau kena tau sekarang, aku nak bawak kau makan. Kau lapar aku pun lapar." Jawabnya.
"Mak ayah aku?"
"Diorang punya pasallah. Ada nyawa, pandai jaga" ujarnya selamba.
"Siapa nama kau?"
"Secret. Rayyan"
Secret tapi bagitau jugak!
"Mak ayah kau jangan risau. Aku dah suruh budak budak aku tengok tengokkan."
Syukri al-haj lah nama sebenar aku. Biarlah sebenci mana pun mak ayah dekat aku tapi aku tak pernah benci diorang malah aku masih sayang mereka bertiga.
Dah makan belum
Sihat ke tak
Apa diorang buat..
Biarpun Rayyan jahat dimata orang tapi dia masih hati yang ikhlas nak tolong orang. Cuma dia malas nak tunjuk. Tapi tulah, kadang kadang bila perbagai Firaun dia sampai tu boleh buat orang takut.
'ada masa Syukri balik ye mak? Syukri sayang mak, abah dengan farah.'
************************************
PRANGG!!
Alex membuka matanya dari tidur. Dia bingkas bangun dan meluru kearah bilik dimana Hana berada.
"IBU!!! MANA IBU" jerit Hana. Dia seakan akan seperti orang mencari si ibu dimerata tempat. Alex menuju kearah Hana lantas tubuh kecil dibawa menuju ke katil.
"Apa kau cari? Tak malu ke terjerit jerit macam kena histeria? Kau ingat ni zoo ke apa?" Marah Alex.
Aku baru je lelap!
"Jom kita balik? Saya nak balik. Awak tolong masukkan saya balik nama saya dalam universiti tu ye?" Pinta Hana.
Dalam hatinya, dia nak balik Malaysia kalau boleh sekarang!
"I Said no Hana! Aku ulang sekali je and aku takkan ulang. Malaysia bahaya untuk kau duduk. Lagipun kau bukan ada sesiapa dekat sana!? Kau ada dekat sini ada aku!" Jawab Alex tegas.
"Ibu dengan papa ada dekat sana!" Bentak Hana.
"Diorang dah mati. Semalam! Tolonglah faham situasi aku Hana! Rayyan masuk ICU! Mak abah kau pulak dah mati! Kau jawab! Apa aku nak buat? Kalau aku balik sana takkan aku nak heret kau balik Malaysia jugak? Silap silap keluar kapal kepala kau kena shoot awal awal! Aku serabut lah Hana!? Dengan kau buat perangai lagi!" Marah Alex. Alex terduduk diatas lantai malah rambutnya yang kemas tadi kini kusut.
"Aku dah rasa macam sorang sorang kau tau tak! Semua beban sekarang dekat atas bahu aku!" Jawab alex. Hana terdiam.
Ibu..dah tak ada?
Air mata jatuh. Apa dah jadi dengan keluarga aku? Kenapa banyak sangat bala datang hempap aku? Apa dosa aku sampai aku jadi macam ni? Ya Allah..hidup aku kosong sekosongnya.
"Tinggalkan saya sendiri dalam bilik ni. Bagi saya ruang." Jawab Hana ringkas.
"Aku tau apa kau nak buat budak! Aku tak akan tinggalkan kau" ujar Alex.
"Tinggalkan aku! Kau penyebab hidup aku kucar kacir! Lepas ni apa lagi kau nak buat dengan aku! Kau nak bunuh aku! Aku benci semua orang! Aku nak mati!" Jerit Hana sambil tangannya memukul kuat kepalanya sehingga berdarah. Laju tangan alex memegang tangan kecil Hana tapi Hana sempat menolak kuat tubuh Alex kebawah.
"Ibu aku takkan mati sebab kau! Korang semua punca ibu aku mati!! Apa dosa aku buat dekat korang!" Kata Hana bagai dirasuk sesuatu. Serpihan kaca diambil, niat nak cucuk badan sendiri.
Srett!!
Darah menitik nitik. Hana terkejut.
Alex menahan sakit pada belakang badannya tapi tangannya masih memeluk tubuh kecil itu.
"Alex.."
"Its okay. Benda kecik je ni. Rayyan dah amanahkan aku untuk jaga kau elok elok, jangan bagi ada luka pun dekat badan kau tu. Tapi..erghhh" Alex terjatuh.
"Boss.." Aidan mula masuk.
"Bawak dia pergi hospital. Bagi dia rawatan" arah aidan.
"Tak perlu. Kau panggil je rahman datang sini bawak doktor, aku malas nak gerak sana dengan sakit sakit ni." Jawab Alex. Kemudian masing masing meninggalkan Hana kecuali Kong. Dia meluru kearah Hana kemudian dia mencekik leher Hana.
"Kalau apa apa terjadinya pada alex. Your my first target!" Ugut Kong sebelum dia melepaskan gadis itu.
Hana duduk sambil memegang lehernya yang terasa sakit lepas dicekik.
Apa aku dah buat?
Guyss i'm sorry kalau bab ni tak berapa nak okay sebab idea tak ada untuk bab ni huhuhu sorry...
P/s : untuk yang sis mintak korang pilih pasangan mana untuk sis buat cerita tu..nampak gaya macam ramai pilih dragon and yana..hehehe insyaallah dia akan buat..sis tak janji huhu..
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...