23

15.7K 491 10
                                    

Alan terbangun dari tidurnya apabila terasa bahu sebelahnya berat. Bila ditoleh kekanan, dia lihat suzana lena tidur beralaskan bahunya. Bahagian bahunya terasa panas.

Dia nangis? Dalam tidur? Peliknya???

"Walid..zana tak dapat tunaikan janji Walid. Walid nak sangat kan tengok zana berjaya? Walid nak tengok zana jadi ustazah kan? Zana minta maaf sebab Zana tak dapat nak kotakan janji walid. Zana anak derhaka" jelas suzana dalam tidur. Alan disebelahnya hanya menjadi pendengar setia. Ustazah?

"Umi..zana minta maaf juga sebabkan kemalangan umi tinggalkan Zana dengan Walid. Sampai sekarang zana tak dapat nak maafkan diri zana. Zana penyebab nyawa umi melayang! Zana benci diri zana. Kalau masa boleh putarkan balik, biar zana yang pergi!" Ujar suzana lagi. Suzana memukul tubuhnya sekuat hati sehingga lah Alan cuba untuk mengejutkan suzana dari tidur.

"Kau dah kenapa? Mengigau sambil pukul pukul badan ni? Kau mimpi apa?" Marah alan. Suzana memandang anak mata milik alan.

"Awak kacau tidur saya." Jawab suzana. Dia bersandar pada dinding dan mula lelapkan mata semula.

"Umi kau meninggal sebab kemalangan ke? Walid kau pun sama?" Soal Alan tiba tiba. Mata Suzana kini terbuka perlahan sebelum dia memandang alan dengan pelik. Mana dia tau?

"Mana awak tau?" Soal Suzana.

"Kau bercakap time tidur. Aku dengar je lah. Kalau tak nak cerita tak pelah. Aku bukannya nak dengar pun, nak tau je"

Kalau kau dengar, kau tau jugak? Benda sama je masalahnya!

"Masa tu, saya cuba lari dari rumah sebab umi dengan Walid nak kahwinkan saya dengan anak kawan dia tapi saya tak nak. Saya tentang habis habisan then saya keluar dari rumah. Umi kejar saya dari belakang tapi waktu umi saya kejar tu, ada satu kereta datang rempuh satu pokok besar dan himpap kereta umi. Umi kemudian meninggal dekat tempat kejadian." Jelas suzana. Dia menarik nafas panjang sebelum dia sambung semula kisahnya.

"Walid pulak masa dapat tau, dia jadi tak tentu arah sampai dia kata saya ni tak payah lahir pun tak apa. Dua bulan Walid kemurungan, duduk dalam bilik tak keluar. Sampailah satu hari, saya masuk dalam bilik.. Walid gantung diri dia dalam bilik mandi." Jawab suzana. Air mata jatuh. Menyesal tak guna sebab benda dah jadi.

"Sebabkan saya tak nak kawin dengan anak kawan walid, dua nyawa melayang. Kalau saya kawin dengan dia mesti benda ni tak akan jadi kan? Walid nak saya jadi ustazah tapi minat saya bukan kearah itu tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik untuk diorang."

"So kau nak rasa menyesal?" Soal alan.

"Menyesal pun tak guna awak. Benda ni semua berpunca dari saya. Sejak mereka meninggal, banyak benda buruk timpa saya. Saya hampir hampir kena halau dari rumah sewa, hampir kena buang kerja, rumah saya kena rompak. Banyak lagi lah" ujar Suzana.

"Tapi saya tak rasa benda ni satu beban untuk saya pun sebab saya tau Allah tengah uji iman dan kesabaran saya. Setiap kali saya habis solat, saya akan doakan umi dan Walid biar diorang selamat dekat alam sana." Katanya sambil tersenyum lalu dia lap air mata yang bersisa.

Secara spontan, tangan Alan naik diatas kepala suzana dan mengusap lembut. Jangan tanya kenapa!

"Kenapa?" Soal Suzana pelik. Bahagian tudung yang mendedahkan bahagian lehernya diikat kemas.

"Saja." Jawab Alan. Alan bangun dan terus meninggalkan bilik tersebut tapi dia bawa suzana keluar dari sini.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"

"Ikut je aku. Tak payah banyak tanya" jawab alan tegas.

Sampai dikereta milik alan. Dia menyuruh gadis itu masuk terlebih dahulu sementara dia sedang mendial nombor seseorang.

Lima belas minit, baru alan mula masuk dalam perut kereta. Enjin kereta dipanaskan beberapa minit sebelum dia meninggalkan gudang lama tersebut.

************************************

"Hana!" Jerit alex apabila terlihat hana sudah terbaring diatas tanah. Aidan pula sedang menyimpan pistol sambil matanya memandang kearah tempat dimata lelaki tadi berdiri.

"Boss. Nampak gaya macam dekat sini pun macam tak selamat je boss?" Teka Aidan.

"Memang pun. Budak bangang tu time kita dah terbang sini baru nak call aku cakap dekat Egypt pun ada balak naga hodoh ru!" Jawab Alex geram.

"Tak pe. Selagi aku ada, aku akan lindungi dia dari bahaya" jawab Alex sebelum tubuh gadis kecil itu dicepung dan dibawa ke rumah yang disewa untuk beberapa hari.

"Where is the key? Which One?" Soal Alex sambil tangannya memegang beberapa kunci. Nasib baiklah budak ni ringan.

"Sorry..i forgot where the key" ujar Rahman sambil dia mencuba membuka pintu berkunci itu dengan kunci kunci tersebut.

"Kau buat lawak zaman bila ni babi! Takkan kau tak tau mana satu kunci pintu utama, kunci grill, kunci jamban?! Lain kali ingat lah." Marah alex. Time time budak ni pengsan lah kau nak buat lawak Egypt kau dekat sini! Kau belum dengar lawak Malaysia!

"Hak alah, kecoh ah lu. Kau macam tak kenal aku je." Marah Rahman. Terbuntang mata Alex dan yang lain lain.

"Boleh cakap melayu siut. Lagi fasih dari boss lah" jawab kong. Alex menjeling tajam kearah kong. Dasar anak pungut betul!

"Kenapa tak cakap awal awal kau boleh cakap melayu." Soal kong.

"Kau tanya boss kau kenapa aku tak cakap melayu." Perli Rahman. Yang lain sudah memandang Alex.

"Sebab aku tak pernah tanya dia pandai cakap melayu ke tak. Aku saja je tak nak tanya sebab nak bagi korang yang bangang abadi ni speaking sikit. Horse pun korang cakap kucing liar. Rahman! Cepatlah!"

Rahman tersenyum. Akhirnya dia berjaya membuka pintu. Yang lain sudah masuk. Ketika Rahman mahu masuk ke rumah, ada satu kereta hitam berhenti tidak jauh dari sini tapi nampak gaya macam tengah pandang rumah ni je?

Tanpa membuang masa, dia terus melangkah masuk ke rumah. Sampai ke sini korang ikut? Manusia manusia!

Okay guyss..so untuk bab ni sis buat pendek sikit je dari sebelum ni sebab idea sis sampai situ je hehehehe.. sorry kalau tak best..mwahh

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now