29

14K 447 22
                                    

Di sebuah restoran mewah, Hana hanya diam memandang makanan yang dipesan oleh Alex.

Wastern food is not my taste. Aku orang melayu jadi lidah aku tak biasa makan makanan barat. Tekak tak boleh kamceng!

"Kau pahal tak makan. Aku suruh kau makan bukan jadi patung! Dah makan" marah Alex.

Penat aku bawak, siap belanja tapi boleh dia jadi tugu dekat sini!

"Saya tak makan makanan barat. Tekak tak boleh terima.. kalau awak nak awak jelah habiskan" ujar hana.

"Laaa kenapa tak cakap awal awal. Kalau tak dari tadi aku dah habiskan makanan kau sekali. Aku memang tengah lapar tahap kerbau dah ni. Terima kasih eh" kata alex dan dengan tak tau malu dia ambil semua makanan aku lepas tu dia letak dekat tempat dia then sambung makan.

Kadang kadang dia ni lucu juga. Kadang kadang garang tak tentu pasal.

Rayyan pun macam dia jugak. Susah nak dijangka.

"Please at this time i begging you to stop think about Rayyan. I hate it!" Jawan Alex mendatar.

Mana dia tau?

"I can read your mind Hana. Stop think about him" kata Alex lagi. Dia bangun dan terus membayar makanan yang telah dipesan. Langsung aku tak ada selera nak makan! Babi betul!

Kemudian dia terus menuju ke kereta tanpa mempedulikan Hana. Hatinya kini bagai dicucuk cucuk bila Hana asyik memikirkan Rayyan. Habis aku ni dia tak pernah nak fikir?

Hana mula masuk kedalam kereta. Dia memusingkan tubuhnya dihadapan Alex.

"Bukan saya tak pernah fikirkan awak tapi awak cuba faham rayyan kan sakit. Itu saudara awak. Awak pun selalu juga saya fikir, dah makan belum, awak sihat ke tak. Hah pinggang tu dah kurang ke sakit dia. Bolehlah dikatakan hari hari saya risaukan awak. Pasal sayalah awak sakit tau! Semua orang saya ambil berat. Awak, Rayyan dengan Alan kan keluarga saya. Saya sayang awak semua" pujuk hana.

Alex memandang hana. Sejuk hati aku dia pujuk. Tak jadi terus nak marah lama lama!

"Dah tak marah kan. Dah drive saya nak lelapkan mata" jawab Hana kemudian dia melelapkan matanya.

"Tidurlah budak! Lelap sampai kiamat pun takpe" ujar Alex kemudian dia memandu dengan cermat.

****

Alan singgah sebentar di seven eleven yang berdekah dengan rumah Rayyan. Air Coca-Cola diambil dan juga coklat KitKat.

"Su?" Alan terkejut apabila ni adalah kali pertama dia bertemu setelah enam bulan tidak berjumpa.

Suzana hanya tersenyum sebelum dia memberikan harga barang dengan cermat.

Alan memerhati gadis ini. Baru perasan kulit muka dia putih kemerahan, kini tudungnya semakin labuh. Perfect!

"Semuanya 7.40 sen Adam." Ujar suzana. Mata bertentang mata dan tangkas dia menghulurkan duit bernilai rm 10 pada Suzana.

"Baki dia kau simpan je" jawab Alan sebelum dia beredar keluar dari situ. Tanpa sedar Alan tersenyum sendiri.

"Wow suzana. Lelaki tu asyik pandang kau je waktu kau scan barang dia tadi Suzana. Dahlah hensem, mat Saleh, mata dia lawa. Perghhh! Sesuailah dengan kau yang pendek, muka manis, mata pun lawa jugak" puji rakan sekerja suzana. Suzana mengendahkan pujian dari rakannya.

Jam sudah menunjukkan angka 11 malam maka shif dia untuk hari ni sudah habis. Beg dikemas sebelum dia keluar dari kedai.

Suzana menghentikan langkahnya apabila terlihat Adam sedang memandangnya sambil rokon dihisap. Badan disandarkan pada keretanya.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Masuklah" ujar Alan kemudian dia masuk ke dalam kereta begitu juga dengan suzana.

Pintu dilock membuatkan suzana rasa tidak selesa. Dahlah kita depan kedai, nanti diorang fikir apa pulak?!

"Kau takut ke?" Soal alan. Lampu dibuka agar dia dapat melihat wajah manis Suzana.

"Takut sebab apa?"

"Yelah aku dulu kan pernah buat jahat dengan kau. Mana tau kau takut ke bila aku nak jumpa kau" jawab Alan selamba. Suzana geleng kepala.

"Saya tak pernah takut pada manusia melainkan dia buat benda yang boleh jatuhkan air muka saya sebagai perempuan. Hanya Allah SWT saja yang saya takut sekarang" ujar Suzana lembut tapi mampu menyentap jiwa alan.

"Kau dah solat?" Soal alan. Suzana geleng kepala. Niat lepas habis kerja dia nak singgah solat dekat masjid berdekatan.

Alan mula menggerakkan keretanya menuju ke sesuatu tempat.

"Mana awak nak bawa saya?" Soal suzana.

"Masjid. Kau kan nak solat" jawab alan ringkas.

"Awak nak solat juga?" Soal suzana.

"Tengoklah macam mana." Ujar alan kemudian semua senyap sepi.

"Kadang kadang tuhan hantar ujian pada kita untuk tengok iman kita. Untuk Dia tengok samada hamba dia boleh harungi atau tak.. Allah hantar ujian maksudnya dia sayang kita" jelas suzana.

"Apa yang kau cuba nak sampaikan su? Kau nak perli aku ke? Aku tinggalkan kau dekat tepi jalan nanti" ugut Alan.

Suzana senyum. Kemudian dia menyambung semula sesi ceramah freenya.

"Cinta boleh buat kita bahagia tapi cinta juga boleh buat kita terseksa. Bila kita suka orang tu and orang tu suka kita balik itu dinamakan rezeki atau mungkin jodoh tapi bila kita mencintai seseorang itu tapi dia berbuat sebaliknya maksud tuhan nak kita cari somoene yang lagi baik dari dia. Saya pernah dengar ayat ni ustaz dan saya sampaikan pada awak" kata suzana.

Alan diam.

Macam kena je ayat tu dekat aku?

"Usahalah banyak mana pun untuk buat orang yang awak cinta tu happy tapi kalau tuhan kata dia bukan pemilik tulang rusuk kiri awak, itu semua sia sia" kata suzana lagi sebelum kereta berhenti betul-betul dihadapan masjid.

"Lock pintu ni kalau awak tak kemana mana." Pesan Suzana sebelum dia keluar dari kereta dan masuk kedalam.

"Suzana. Kau buat aku keliru dengan perasaan aku sendiri."

****

Rayyan keluar dari bilik mandi dengan bertuala sahaja. Dia berdiri dihadapan cermin.

Bila terlihat parut parut yang ada pada tubuhnya membuatnya dia berfikir.

"Apa aku buat dulu sampai berparut ni?" Soal rayyan sambil dia menyentuh parut pada tubuhnya malah dia terperasan ada tatu papa dadanya.

Tatu harimau?

"Nice tattoo. I like!" Puji Rayyan sebelum baju dicapai dan disarungkan pada tubuhnya.

Ditepi dinding dia memandang ada satu gambar seorang gadis yang tersenyum. Dia menuju kearah gambar itu dan ditenung.

Dengan tak ada perasan dia mengambil bingkai itu dan dicampak ke dalam tong sampah sebelum dia keluar dari bilik.

Tak ada apa apa yang aku ingat walaupun satu!

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now