44

15.6K 504 8
                                    

HOSPITAL..

Jam menunjukkan keangka 3 pagi..hani masih setia dibilik wad memandang tubuh Alex yang sudah dijahit itu lantas pandangan terarah pada wajah lelaki itu. Bagaikan patung boneka.. bersih cuma ada calar balar sikit.

Ye Hani ikut sekali mereka ke hospital. Yana masih ada dalam bilik pembedahan dan yang dragon setia menemani didepan bilik pembedahan.

Hani mengeluh kemudian kaki diatur keluar. Tapi niatnya terbantut bila Alex memegang lenganku.

Hani memandang wajah Alex sebelum kening diangkat. Dia nampak ke aku angkat kening dalam gelap masalahnya! Ah!

"Where you want to go? Nak tinggalkan aku lagi?"

Dalam suara serak basahnya dia cuba berkata satu ayat yang hanya aku saja yang boleh dengar.

"Aku rindu kau..hidup aku cukup terseksa."

Hani mampu tutup mulut sahaja. Dia tau kata kata itu bukanlah untuk dirinya tapi untuk arwah syasya yang sudah lama tinggalkan kami semua.

Keluhan berat dilepaskan. Pegangan tangan dilepaskan kemudian dia menapak keluar dari bilik wad. Punggung dilabuhkan sebelum dia termenung sejenak dan dia terdengar bunyi seperti tangisan bayi. Kepala ditoleh dan dia nampak seorang jururawat perempuan menolak troli yang diletakkan satu tempat untuk bayi.

Ya. Bayi itu masih merah seperti baru saja keluar dari rahim ibu. Memandang tepat ke arahku kemudian tangisannya terhenti.

Alan pula secara kebetulan baru naik dari membeli makanan dan minuman terhenti langkahnya untuk masuk ke wad bila matanya tertacap pada satu tubuh yang duduk tidak berapa jauh dari bilik adiknya. Kemudian kakinya diatur pergi ke arah gadis itu.

"Tak takut ke duduk sini hah?" Soal alan lalu dia mengambil tempat berhadapan dengan hani. Air Redbull dibuka tutupnya dan diteguk sehingga habis. Hani menggosok lehernya bila lihat jejaka itu menghabiskan air dalam beberapa saat saja.. turun naik halkum dia.

"Kau kembar syasya ke?" Soal alan.

"Tak. Adik dia."

"Nama?"

"Hani."

"Alex tipu diri sendiri. Dia hanya kata dia dah lepaskan syasya dengan ungkapan dari mulut saja tapi bukan dengan hati.. kalau tak sebab dragon mungkin adik aku dah kawin dengan Syasya." jawab alan. Dia menyandarkan tubuhnya kemudian tangan disilang.

"Yelah kan."

"Kau takut dengan aku ke?" Teka alan. Hani memandang wajah alan..bila mata bertentang mata, tubuhnya seperti terkena renjatan elektrik. Kaku!

Mata yang boleh memukau sesiapa saja yang memandangnya. Indah.

"Kau teman Alex dekat dalam. Aku tak boleh teman dia, nanti mati pulak budak tu. Aku duduk sini je..apa apa panggil aku dekat luar" kata Alan dingin. Hani hanya angguk kepala kemudian dia bangun.

"Nah. Aku tau kau tak makan lagi, kau ambik je..makan dekat dalam" Plastik yang diisi makanan diberikan pada hani. Dengan pantas Hani mengambil dan mula menapak masuk kedalam.

Hati mula memainkan irama. Jantung mengepam dengan laju! Pipinya disentuh sebelum ditepuk kuat.

Alan pula mula mengeluarkan phone dari kocek seluarnya. Gallery dibuka sebelum dia termenung sejenak. WhatsApp dibuka dan dicari satu nama..selesai dicari dia mula perbualannya.

Alan
= Where are you? Masih dekat gudang?

Su is typing..

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now