Usai sahaja hana mandi. Baju kurung sudah terletak elok diatas katil bersama selendang putih. Tanpa buang masa aku ambil dan aku pakai.
Alex yang duduk diruang tamu muka pelik. Alan nak pergi mana?
"Bro. Nak kemana?" Soal Alex.
"Shah alam."
"Sorang je?" Soal Alex.
"Berdua. Aku bawa budak tu jalan jalan..asyik terperuk dalam rumah je" katanya.
"Kalau aku kata tak boleh? Apa kau nak buat?" Soal rayu tiba tiba. Dia memusingkan tubuhnya kearah Alan dan memberi senyuman sinis pada saudara itu.
"Aku tak perlukan keputusan kau Rayyan. Aku tak minta pendapat kau. Kalau kau kata tak boleh itu bukan masalah aku, aku hanyalah nak bawak dia jalan jalan saja." Jawab Alan tenang sambil matanya menikam mata si harimau yang garang.
"Budak tu aku punya. Apa apa keputusan aku yang buat." Kata rayyan dingin. Kini giliran alan pula senyum sinis kemudian dia menyilangkan tangannya.
"Bagus kau ni... belum apa apa budak tu jadi hak kau. Rayyan.. rayyan. Daripada kau buat Hana macam tu, baik kau lepaskan dia je rayyan. Kau nak jaga dia tapi kau dia macam tu." Ujar Alan berani.
"Jangan cakap macam kau ni baru keluar dari syurga alan. Kau dengan aku sama je, tak ada beza pun. Kita sama sama pembunuh."
"Sekurang kurangnya aku tak membunuh depan dia. Kau penyebab dia trauma, dan kau penyebab dia fobia dengan kau!"
Kolar baju alan dipegang kuat. Jelas bahawa alan dan rayyan kini dalam keadaan mahu bertumbuk.
"Wowowow babi sekalian. Chillah bro, sebab budak tu je korang nak gaduh? Come on lah." Ujar alex yang mahu redhkan keadaan.
Kalau gaduh ni mahu terbalik rumah beb!
"Alan..saya dah..." Hana yang baru saja turun terkedu melihatnya mereka bertiga. Hana sudah mula takut bila melihat rayyan yang kini sudah memandangnya.
"Kau nak pergi mana?" Soal rayyan dingin sambil melepaskan kolar Alan. Hana tidak menjawab malah matanya hanya memandang alan.
"Tak payah jawab. Buang masa." Jawab alan lalu dia menarik tangan hana agar mengikuti langkahnya. Setibanya dihadapi pintu keluar.
BANG!!!!!
"Arghhh" terjerit Hana. Pahanya luka akibat terkena sedikit peluru rayyan.
Alan dan Alex turut terkejut dengan tembakan tadi. Alan mula meluru kearah rayyan dan menumbuk wajah rayyan. Kolar baju raya pula dipegang.
"Kau memang babi rayyan. Kau memang celaka." Ujar alan geram.
Tubuh alan ditolak kasar. Rayyan mula bangun dan terus meluru kearah Hana.
Hana pula makin lama makin berundur kebelakang. Takut dengan Rayyan punya pasal. Tubuh Hana dicepung rayyan sebelum Hana meronta untuk diturunkan.
"Kau tak payah sibuk hal aku." Ujar rayyan pada Alan.
"Kau diam!" Arah rayyan pada Hana pula. Hana hanya akur tapi dalam hati minta Alan bantunya. Rayyan makin lama makin buat Hana jadi tak tenteram!
Pintu bilik rayyan dibuka. Dihempas tubuh Hana diatas katilnya yang bersaiz king. Rayyan menuju kelaci mejanya dan dia mengambil kotak first aid.
Dia menuju kearah Hana dan duduk disebelah hana. Tudung Hana dibuka, kain diselak sehingga menampakkan paha putih Hana. Tapi Hana turunkan semula kainnya, tangan diangkat untuk didaratkan kepipi rayyan tapi sempat dipegang Rayyan.
Tudung hana diambil dan dia mengikat kedua-dua belah tangan hana. Selesai dia mengikat, kain Hana diselak kembali. Kapas diambil dan dituangkan sedikit ubat sebelum disapu pada paha hana. Terdengar bunyi sakit dari hana.
"Pedih sangat ke aku sapu?" Soal rayyan lembut. Perlahan lahan hana anggukan kepala. Pedih gila wei..ni baru calar bukan peluru dia yang masuk!
"Sikit je lagi" ujar rayyan. Dia mula membalut paha hana dan selesai. Diturunkan semula kain hana kemudian rayyan duduk disebelah Hana. Ikatan rambut Hana dilepaskan.
Haruman shampoo yang wangi menggerakkan naluri seorang lelaki seperti dia. Dia mula bermain dengan rambut Hana sesekali dia mengucup rambut Hana yang lembut itu dan dia sengaja membuat ikatan tocang pada rambut Hana kemudian dia lepaskan kembali.
Tiba tiba rayyan memeluk tubuh hana.
"Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak buat kau macam ni.. aku terlalu takut hilang kau hana. Aku takut nak melepaskan kau dekat orang lain." Ujar rayyan perlahan.
"Tapi kenapa awak seolah olah nak dera saya? Kenapa awak culik saya? Apa salah saya dekat awak" soal hana ingin tahu. Rayyan diam malah pelukan semakin erat.
" Aku boleh jaga kau. Aku boleh bawak pergi mana mana yang kau nak." Ujarnya lagi. Tubuh Hana dicepung sekali lagi dan dia mula membaringkan tubuh Hana dengan berhati-hati lalu rayu jugak turut baring disisi Hana sambil tubuh Hana dipeluk erat.
"Rayyan. Awak tau kan kita bukan muhrim? Kita tak ada ikatan yang sah rayyan. Dosa awak buat macam ni." Kata hana. Rayyan angkat kepala lalu memandang wajah Hana lalu pipi Hana diusap lembut.
"Aku tak kisah. Aku memang dah banyak dosa aku buat. Aku dah lali." Ujar rayyan lembut kemudian dia meletakkan kepalanya pada bahu Hana.
Hana pula diam. Nafas rayyan telah menyentuh kulit lehernya! Ikatan ni pahal payah sangat aku nak bukak ni!!!
"Cuba nak buka ikatan tu Hana?" Teka rayyan.
" Biarlah kekal ikatan tu. Kejap lagi aku nak ikat kaki kau biar kau tak dapat pergi mana mana" ugut rayyan. Hana memandang rayyan geram.
" Nak tendang aku? Silakan"
Kaki Hana kini dikunci oleh rayyan. Dah tak mampu nak gerak lagi dah! Nasib baik kaki yang tak luka tu kepit!
Bantal diletakkan diatas dada Hana kemudian baru tangan rayyan mendarat diatas bantal. Jari rayyan muka bermain dengan telinga hana, jelas wajah Hana kini sudah merah. Malu mungkin?
"Aku takkan lepaskan kau. Selagi aku tak mati selagi kau aku punya!" Ujar rayyan sebelum matanya perlahan lahan ditutup rapat dan terlena.
Hana tak mampu nak buat apa apa. Tubuh sudah dikunci oleh rayyan. Dia harus memikirkan cara untuk lepaskan diri dari rayyan. Dia dah rasa macam berdosa gila bila dalam keadaaan macam ni!
Perlu ke aku gigit dia ni? Gigit sampai dia blah? Eh tak boleh, tak pasal-pasal pistol melekat dekat dahi aku! Mati aku nanti!
Dalam Hana usaha untuk lepaskan diri, ada yang memerhati dari luar kamar tidur rayyan. Nampak senyuman paksa dia disitu.
Entah kenapa hari ni perit sangat bila nampak rayyan dengan Hana macam tu. Terasa bagai dirobek robek hati ni! Boleh bunuh diri lah kalau nampak!
"It's okay alan. It's gonna be okay! Kau hanya perlu tunggu.. tunggu dan tunggu. Tapi sampai bila aku nak kena tunggu?" Soal alan dalam diam.
Sudah lama hatinya menjadi dingin dengan wanita. Inilah kali pertama dia berasa tertarik dengan wanita dan wanita itu salah yang berada dalam pelukan rayyan!
Sorrylah kalau tak best sebab sis buat ni untuk isi masa lapang je hehehe. And sorry kalau ayat tu terabur.
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
Storie d'amoreHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...